HULU LANGAT : Kerajaan
Selangor pimpinan pembangkang menjadikan masalah air sebagai isu politik kerana
bimbang rakyat sedar Menteri Besar Tan Sri Abd Khalid Ibrahim sebenarnya gagal
menangani isu itu sejak tiga tahun lepas, kata Pengerusi Gabungan Prihatin
Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan.
Beliau berkata oleh kerana
masalah itu semakin kritikal sehingga menyebabkan selatan Selangor terputus
bekalan air, kerajaan pembangkang mendakwa bahawa kerajaan persekutuan
berkonspirasi dengan Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn
Bhd (Syabas), yang menjadi syarikat pengendali rawatan air.
"Saya lihat kerana isu
air ini tidak berjaya ditangani dengan baik, maka rakyat akan buka mata. Jadi
kerana itu kerajaan negeri berdolak-dalik dan kambing hitamkan pihak-pihak
lain," katanya kepada pemberita selepas melawat loji pembekalan air Sungai
Langat di Batu 10, Hulu Langat bersama pemimpin setempat di kawasan selatan
Selangor, Khamis.
Sohaimi berkata, krisis air
bukan disebabkan tiada air di loji dan sungai tetapi kerana tiada persetujuan
di antara tiga pihak iaitu Puncak Niaga (sebagai pihak yang memproses air),
Syabas (yang membekal air) dan kerajaan negeri Selangor (yang sepatutnya
menyediakan infrastruktur).
Beliau turut meminta Menteri
Besar Selangor itu mengeluarkan kenyataan rasmi kepada rakyat berhubung isu itu
dan bukan menyerahkan kepada anggota exco untuk memberi pendapat masing-masing
sehingga bercanggah dan mengelirukan orang ramai. (Bernama)
No comments:
Post a Comment