Saudara Pengarang,
SAYA, Mohd Yusri Bin Azman
Shah mewakili Ikatan Pencari Kebenaran Sabah (IKPK). Pada kali ini kami mahu
dedahkan surat iringan yang kami hantar Perdana Menteri dan Kementerian serta Agensinya.
RAYUAN AGAR TINDAKAN SEGERA
DI AMBIL KE ATAS MEREKA YANG TERLIBAT DALAM SKANDAL JUAL BELI KAD PENGENALAN DI
SABAH.
Perkara di atas adalah
dirujuk dengan sukacitanya.
2. Sebelum ini saya ada
mengirimkan sebuah surat bertarikh 22.05.2012 yang bertajuk 'Laporan Individu
Yang Terlibat Dalam Menjual Beli Kad Pengenalan Di Sabah' kepada semua agensi
penting. Namun, sangat menyedihkan sehingga saat ini, belum ada sebarang
tindakan yang di ambil ke atas mereka. Saksi utama yang kami berikan iaitu Aziz
Bin Kasim (016-8105869) yang merupakan bekas majikan yang menjamin salah satu
pekerja asing yang telah pun mendapat kad pengenalan yang dibeli telah di
siasat beberapa kali oleh pihak Polis.
3. Namun, Polis seolah-olah
telah menutup semula kes ini. Kami merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan
siasatan ini. Malah, suspek meneruskan semula aktivitinya walaupun difahamkan
ada siasatan yang dilakukan terhadapnya. Saya juga mengucapkan syabas dan
tahniah kepada Pengarah Imigresen Sabah yang mengambil tindakan pantas dalam
menghalang agen berurusan di kaunter Imigesen. Namun, suspek masih meneruskan
dengan mengunakan bantuan orang lain. Orang seperti ini tidak akan insaf selagi
tidak dikenakan hukuman yang setimpalnya. Sebagai rakyat Sabah, kami telah membuat pelbagai usaha kami
untuk memastikan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas mereka. Atas
rasa kecewa yang teramat, kami telah menulis banyak artikel yang telah tersiar
di banyak media online termasuk di media pembangkang.
4. Media dalam talian
seperti Sabahkini.net serta sub-blognya dan blog pembangkang secara bertubi
tubi menyiarkan artikel kami. Puluhan ribu komen rakyat Sabah terutama kaum
bumiputera Sabah yang menyokong kami terus menyalahkan kerajaan dengan
melemparkan tuduhan tidak berasas. Ada di antara mereka mengatakan ini sebagai
produk baru kerajaan iaitu Projek IC 1Malaysia. Namun, kami sedar bahawa ini
sebenarnya bukannya diketahui oleh pihak kerajaan. Malah sikap agensi kerajaan
yang enggan bertindak mengikut aduan yang diberikan menyebabkan rakyat Sabah
terus menolak kerajaan sedia ada.
5. Hampir setiap hari, di Sabahkini.net
misalnya, ada sahaja artikel kami keluarkan demi memastikan usaha kami menjadi
realiti. Rakyat Sabah tidak mahu menunggu sehingga RCI ditubuhkan untuk
menyiasat isu ini. Hal sepenting ini sangat berlainan sehingga membenarkan
seseorang itu memegang kerakyatan dua negara dalam sekali gus. Secara peribadi,
saya juga merasakan RCI untuk menyiasat kerakyatan songsang adalah tidak wajar
kerana ia melibatkan hampir 2 juta orang selain menjejaskan kedudukan agama
Islam dan ekonomi negeri Sabah. Menyiasat perkara yang berlaku berpuluh-puluh
tahun lalu mungkin amat menyukarkan. Jika RCI dikuatkuasa, saya berpendapat
bermula daripada peniaga pasar sehingga ahli politik tertinggi juga akan
mendapat masalah. Bagi saya, selagi individu itu tidak ada membuat jenayah
berat di negara ini dan terus membantu memajukan negara, tidak ada salahnya
kerajaan memberikan kerakyatan kepada mereka.
6. Namun orang yang telibat
menjual beli IC seperti ini tidak harus dibiarkan. Mereka telah mempersendakan
perlembagaan negara kita. Mereka juga sedang dan akan membuat pelbagai jenayah
di negara kita. Jika mereka tidak ditahan segera, maka amat membahayakan keselamatan
negara dan rakyat Sabah. Tambahan pula, sokongan terhadap kerajaan Barisan
Nasional di Sabah semakin mula terhakis. Jika kerajaan bertindak dan menahan
semua yang terlibat, maka kami masih boleh mengharapkan kerajaan yang ada
sekarang masih mendengar suara rakyat terutama rakyat Sabah. Adakah kerajaan
mahu mempertahankan beberapa orang ini atau menginginkan sokongan beribu rakyat
tempatan Sabah yang sedang menanti jawapan isu ini? Sebaiknya, keluarkan
kenyataan media yang di mana tertumpasnya rangkaian ini ditunggu-tunggu oleh
rakyat Sabah. Saya berharap, pegawai dan pemimpin tertinggi sendiri mengetuai
siasatan hal ini supaya memperlihatkan komitmen tinggi kerajaan dalam
menyelesaikan masalah usang ini.
7. Kami masih menaruh
kepercayaan yang tinggi kepada Kerajaan BN untuk memastikan tindakan dikenakan
ke atas suspek. Inilah peluang terbaik kerajaan untuk membersihkan nama
daripada pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Tindakan tegas perlu diambil ke
atas suspek termasuk membuang kerakyatan dan tidak membenarkan lagi mereka
kembali ke Malaysia. Perkara ini dikira perlu kerana mereka tidak tahu
menghormati undang-undang di negara kita. Jika ditangkap ketua mereka, tentu
orang orang lain yang turut mendapat kerakyatan jual beli ini juga boleh ditahan
sama. Kami menganggarkan terdapat 100 orang di Sabah telah mendapat kerakyatan
jual beli ini melalui kumpulan rangkaian ini. Mereka ini semua memperniagakan
Mykad. Mereka menjual IC untuk mendapatkan wang. Orang seperti ini berpotensi
tinggi mendatangkan kemudaratan kepada Negara.
8. Kami menyertakan lampiran
surat sebelum ini yang di hantar kepada kerajaan untuk memudahkan penyiasatan. Selain
itu,artikel kami di Sabahkini.net juga boleh diakses oleh kerajaan bagi
mendapatkan maklumat tambahan seperti 'Skandal Ic Projek Terbaru Di Sabah?'; 'Mulakan
RCI Di JIM Dan JPN Sabah'; Lancarkan 'Kemkot' Terhadap Kepentingan 'Keling';
Hantar '3 Keling' Ke Neraka!; Notis 7 Hari Agar '3 Keling' Tinggalkan Sabah!;
Kempen Anti Pati Dan Boikot Kedai India; '3 Keling', Kembalikan IC Dan
Berambus!; Boikot DPPIMS Dan KIMMA Jika Lindungi 'Keling' dan 'Hentikan Segala
Aktiviti Serta Merta!.
9. Barisan Nasional tidak
memerlukan undi orang seperti ini yang sanggup derhaka kepada ibu pertiwi kita.
Malah, semua suspek yangh terlibat tidak pernah pun mengundi setakat ini dan
difahamkan akan mengundi dalam PRU 13 buat kali pertama. Kami tidak lagi akan
menulis surat rasmi seperti ini kepada kerajaan kerana hanya membazir jika
tiada tindakan susulan daripada kerajaan. Kami akan hilang kepercayaan terhadap
kerajaan Barisan Nasional jika terus melengahkan hal ini. Namun, kami masih
yakin kerajaan mampu mengambil tindakan ke atas mereka ini untuk mengembalikan
sokongan penduduk tempatan Sabah yang mula menyokong parti pembangkang tempatan
seperti STAR dan sebagainya. Pastikan 'Ini Kalilah' Kerajaan buat yang terbaik
untuk rakyat Sabah. Kenyataan Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok yang berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22
kerusi yang diwakilinya di Sabah meningkatan kerisauan kami bahawa negeri ini
akan diperintah oleh mereka yang kurang berpengalaman.
10. Kami tidak percaya
kepada kemampuan pihak polis Kota Kinabalu dalam menyelesaikan hal ini. Tubuh
satu badan khas untuk menyiasat mereka dan tahan mereka dengan segera. Selepas
tertangkapnya semua suspek ini, maka kami akan menerbitkan artikel yang
menyokong kerajaan kerana kami memang percaya hanya Barisan Nasional yang mampu
membela nasib rakyat Malaysia. Namun, semuanya bergantung kepada pihak kerajaan
sama ada sanggup atau tidak mendengar suara rakyat tempatan Sabah yang meminta
aktiviti kurang sihat seperti ini dihentikan segera. Pastikan hukuman yang
dikenakan kepada suspek boleh mendidik masyarakat lain agar tidak melakukan
penderhakaan terhadap negara ini.
Kami lampirkan laporan tersebut
bersama visual yang diambil oleh pihak Sabahkini.net
Sekian, Salam Hormat,
MOHD YUSRI BIN AZMAN SHAH
alhamdulillah,saya setuju dengan apa yg dibicarakan diatas.kita rakyat sabah harus mengambil tindakan dan bekerjasama untuk memastikan,negeri tercinta bebas dari pti dan pdi ini.marilah anak sabah.'ini kalilah'.wallaualam.
ReplyDeletesemua harus mainkan peranan dalam tangani PATI.
DeleteKerajaan harus ikhlas untuk menyelesaikan isu PATI yang semakin diluar kawalan.
DeleteEasy to said than done. Not all Sabahans willing to sacrifice.
DeleteKalau pihak berkuasa ada kerjasama yang kuat bersama2 dengan rakyat pasti masalah ni dapat diselesaikan.
ReplyDeletesemoga ada tindakan segera yang diambil setelah aduan ini dibuat. siasat dan lakukan tindakan tegas ke atas pemilik IC projek.
ReplyDeleteya.. siasat dakwaan ini. jgn biarkan ia terus berlaku.
DeleteAduan ini perlu di siasat, dan jika di dapati bersalah, perlu ambil tindakan segera.
ReplyDeletePihak imegresen dan Jabatan Pendaftaran harus disiasat terlebih dahulu.
ReplyDeleteLihat jumlah pati yang berganda jumlahnya, susah untuk dibayangkan jika golongan ini menjalankan aktiviti yang haram, adakah kerajaan dapat menangganinya?
ReplyDeleteRCI masih tidak bertindak seperti yang dijangkakan. Kerajaan masih gagal mengambil langkah yang wajar.
ReplyDeleteKerajaan harus membuktikan keikhlasan untuk menyelesaikan masalah pati.
ReplyDeleteThe authorities must act immediately. Don't just wait and see.
ReplyDelete