PENGERUSI Badan Perhubungan
Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata mana-mana pemimpin dengan apa-apa
jawatan sekalipun, harus berundur secara baik jika sudah tidak yakin dengan parti
dan kerajaan yang mereka wakili.
Beliau berkata pemimpin itu
perlu berundur secara sukarela dan terhormat tanpa perlu diberhentikan daripada
jawatan yang disandang.
"Di dalam parti dan
kerajaan, kita ada peraturan dan etika. Kalau seseorang pemimpin itu, atau
menteri itu, atau timbalan menteri itu, tidak mempunyai keyakinan terhadap
kepimpinan parti, atau terhadap kerajaan yang mereka wakili, maka mereka harus
berundur secara baik.
"Jangan perlu (tunggu)
sampai diberhentikan. Sebagai 'gentleman' kita berhenti," katanya kepada
pemberita ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Umno Zon 6 yang merangkumi
kawasan Parlimen Silam, Semporna, Tawau dan Kalabakan di Masjid Al-Kauthar di
Tawau malam ini.
Musa mengulas kenyataan
Jabatan Perdana Menteri hari ini yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, berkuatkuasa serta-merta.
Sehubungan itu, beliau
berkata tindakan kerajaan Malaysia yang diterajui Barisan Nasional (BN) adalah
wajar.
Bagaimanapun, Pengerusi BN
Sabah itu menasihatkan semua kepimpinan Umno dan BN di negeri ini agar tidak
terikut-ikut atau membuang masa dengan isu Lajim kerana apa yang lebih penting
ialah bekerja keras untuk membela nasib rakyat.
Musa juga berkata kepimpinan
Umno dan BN perlu terus memperkukuh perpaduan dan kerjasama selain terus
bekerja kuat kerana mereka memikul amanah serta mandat yang telah diberikan
oleh rakyat.
"Kita tidak perlu
gentar, kita tidak perlu takut, kerana kita mempunyai kerajaan yang terbaik,
pemimpin yang terbaik. Kita ada trek rekod yang terbaik. Jadi, apa yang (perlu)
kita malukan, apa yang (perlu) kita gentarkan, apa yang perlu kita susahkan. Kita
berani kerana benar, takut kerana salah.
"Kita berada di
landasan yang benar. Ini yang saya katakan kepada rakyat negeri Sabah, dan
mereka mengerti. Orang Sabah matang berpolitik. Mereka tahu mana kerajaan yang
mereka mahu pilih dan mana kerajaan yang mereka mahu sokong.
"Jangan susah hati atau
gundah gulana. Yang penting kita terus bekerja untuk rakyat dengan keikhlasan,
bukan kepentingan peribadi," katanya.
Sehubungan itu, Musa meminta
semua pemimpin Umno dan BN di Sabah mengutamakan keikhlasan kepada kerajaan,
parti serta pemimpin, bukan kepentingan peribadi, kerana hanya melalui cara
itu, kerajaan dan rakyat akan terus hidup sejahtera.
Terdahulu, dalam ucapannya,
beliau berkata Malaysia kini berada di landasan yang baik di bawah kepimpinan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sentiasa berfikir serta
prihatin bagaimana untuk mengatasi masalah dan membantu rakyat.
Berbeza dengan pemimpin
'songsang' atau pembangkang, Musa berkata mereka ini pura-pura buta dan pekak
terhadap perubahan serta pembangunan yang berlaku di Sabah, namun rakyat mampu
menilai mana yang buruk dan baik untuk mereka. (Bernama)
setuju dengan KM...tidak perlu buang masa dengan isu Lajim kerana tidak memberikan manfaat kepada rakyat..
ReplyDeleteCorrect. We shouldn't put so much time for this issue. We should focus on something.
Deletebyk lagi isu lebih penting dari isu Lajim.
DeleteIsu Lajim ini hanya isu kecil..tidak payah di perbesarkan..Beliau keluar parti, tapi BN masih kuat lagi.
Deletefokus kepada usaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat...
ReplyDeleteYes, indeed. Why have to waste so much time in him?
ReplyDeleteLajim issue is already in the past. Let's focus on something else.
ReplyDeleteWe like it or not, Lajim is out of the league. So be it.
ReplyDeleteWell said.
ReplyDeleteYa memang kita tak patut pun buang masa dengan isu si Lajim ni. Banyak lagi hal yang lebih penting dari ini.
ReplyDeleteJadi lebih baik fokus kepada hal-hal yang mampu mendatangkan manfaat kepada rakyat, barulah best.
ReplyDeleteLajim,be gentleman!
ReplyDeleteBermula dari spekulasi sampailah masa ni memang sudah banyak masa yang diguna untuk melayan Lajim. jadi sekarang lebih baik semua jawatan digugurkan untuk beliau dan keahlian pun dibatalkan.
ReplyDeletebiarlah lajim dgn hal dia.
ReplyDeleteLagipun, lompat parti tu biasa bagi Lajim, beliau ingat beliau boleh jadi KM jika masuk parti pembangkang.
ReplyDeleteLajim wants to get publicity. Ceh..
ReplyDelete“Do not waste time making wild speculation. What is important, the government works round the clock in the interest of the people and has no time for empty talk,” said Musa.
ReplyDelete