Friday, 24 August 2012

JANGAN JADI SERIGALA PRIHATIN DI HADAPAN BIRI-BIRI


 


Oleh : MUTALIB M.D

KETUA UMNO Bahagian Ranau, Datuk Masidi Manjun membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Bersama Bersih, Dato' Ambiga Sreenevasan yang berlagak seperti Serigala ' di tengah sekawan biri-biri; sedangkan mereka mempunyai agenda tersembunyi apabila mengumumkan persaraan selepas Pilihanraya Umum Ke-13 jika Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya.

"Soal bila hendak bersara tidak penting dan tidak ada kaitan dengan kebajikan dan perjuangan membela rakyat. Persaraan yang bersyarat memberi gambaran bahawa motivasi dan pendorong utama beliau berpolitik ialah untuk merebut jawatan Perdana Menteri dan bukan membela rakyat seperti yang sering dilaungkannya," kata Masidi ketika dihubungi melalui telefon sebentar tadi.

Masidi yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Sabah turut mengecam tindakan Ambiga yang secara tidak langsung mengakui bahawa Bersih hanya relevan sehingga PRU13.

"Pengakuan ini dengan jelas membuktikan bahawa Anwar dan Ambiga adalah dalam pasukan yang sama yang sedang berusaha menumbang Kerajaan Barisan Nasional," ujar Masidi lagi.

Bersih, kata Masidi, sekadar bertopeng politik bagi meluaskan medan tempur politik Anwar untuk memerangi BN dengan menarik sokongan mereka yang bukan ahli mana-mana parti politik melalui NGO.

"Saya berasa agak pelik kenyataan niat bersara Ambiga yang dikaitkan juga dengan persaraan Anwar; seolah-olah perjuangan Bersih lebih kepada memastikan Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri," tegas Masidi yang membayangkan perjuangan Bersih dan Anwar akan berakhir sekiranya Pakatan Rakyat tewas.

Pengakuan ini, kata Masidi, sekaligus menghakiskan kredibiliti Ambiga sebagai pejuang 'non-partisan'/'non-political' dan menamatkan sebarang keraguan yang beliau/Bersih adalah rakan kongsi Anwar/Pakatan Rakyat dalam usaha mereka menumbang Kerajaan.

"Anwar dan Ambiga bagaikan serigala jantan dan serigala betina yang cuba berkelakuan baik di hadapan sekawan biri-biri yang sesat; sedangkan niat sebenar mereka ialah untuk membaham biri-biri berkenaan," sindir Masidi yang melihat Anwar menggunakan muslihat yang hampir sama dengan Ambiga dan berselindung di sebalik National Endowment For Democracy (NED) yang mendapat pembiayaan langsung Amerika dan sekutunya Yahudi.  

No comments:

Post a Comment