Oleh
: ZULAIKHA ZULKIFLLI
PERDANA
Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menasihatkan kepada Polis Diraja Malaysia
(PDRM) supaya tidak berasa kecewa terhadap indeks dan persepsi mengenai
kenaikan kadar jenayah di negara ini.
Sebaliknya
Najib berkata, masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada PDRM serta
mengharapkan agar institusi polis itu dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang
dalam melaksanakan tugas.
"Kita
letak harapan tinggi pada PDRM. Jangalah rasa kecewa kalau ada polemik tentang
angka dan persepsi sebagainya. Itu bukanlah perkara yang baru bagi kita tetapi
kita boleh menunjukkan kemampuan kita yang semakin meningkat," katanya
ketika berucap di majlis buka puasa PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol),
Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Turut
hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin
Hussein serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Sebelum
ini, Ismail meminta supaya semua pihak tidak membuat spekulasi perhubung
pembebasan tahanan bawah Ordinan Darurat dengan peningkatan kadar jenayah di
seluruh negara.
Ismail
berkata kadar jenayah masih dalam kawalan dan polis sedang memantau keadaan.
Katanya,
tahanan Ordinan Darurat masih berada bawah pemerhatian polis dan pasukan itu
sedang mengambil langkah untuk memastikan individu terbabit tidak terjebak
dalam aktiviti jenayah.
Selain
itu, bagi meredakan kebimbangan jenayah, pihak polis juga turut mengadakan sesi
beramah mesra bersama pengunjung di pusat membeli-belah Mid Valley serta
kementerian dalam negeri mengadakan 'walkabout' di pusat membeli-belah sama.
Sementara
itu, Najib juga berkata, dengan transformasi minda masyarakat kini, kerajaan
serta PDRM perlu mengemaskini serta bersedia berhadapan dengan cabaran yang
pelbagai.
Beliau
juga berkata, sebagai sebuah institusi tunggak negara, PDRM yang berperanan
penting perlu mengemaskini garis panduan polis (SOP) demi mendapatkan
persekitaran yang baik.
"Kita
perlu kepimpinan yang tegas dan berkesan. Kita perlu garis panduan operasi
polis (SOP) yang dikemaskinikan dalam persekitaran yang baik. Kita perlu
gunakan segala teknologi yang termampu oleh kita yang boleh dimiliki oleh kita.
"Pendek
kata apa sahaja yang dikuasai kita, hendaklah sedaya upaya menguasai segala
yang boleh beri kelebihan dalam hadapi cabaran baru.
"Percayalah
bahawa kerajaan akan membantu PDRM untuk membangunkan keupayaan dalam erti kata
yang sebenar. Sebab ibarat kita berperang mesti dilengkapi dengan senjata dan
kekuatan. Baru boleh berjaya. Kalau berperang tanpa kelengkapan dan kekuatan, nescaya
kita akan tewas nanti," kata Najib lagi.
No comments:
Post a Comment