Sunday, 5 August 2012

JANGAN POLITIKKAN JK HASIL PETROLEUM




APA KHABAR...Dato Seri Mohd Shafie (dua kiri) bersalaman dengan Datuk Mohd Lan Alani (tiga kiri) sambil diperhatikan Dato Sri Nasir (dua kanan) dan Datuk Ramlee Marahaban (kanan) sempena majlis itu di Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta pihak yang berkenaan tidak mempolitikkan penubuhan jawatankuasa khas berhubung bayaran tunai hasil petroleum negara.

Ini kerana katanya, tujuan kerajaan adalah ikhlas untuk memastikan semua negeri di pantai timur Semenanjung yang menyumbang dalam pengeluaran petroleum negara menerima imbuhan yang sewajarnya.

"Yang penting kepada kita ialah wang yang diperolehi kelak dapat disalurkan untuk kepentingan rakyat dan kemajuan negara kita," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan khas dengan Ketua Umno Cawangan dan imam dari kawasan Semporna, di sini kelmarin. (Bernama)

No comments:

Post a Comment