NUSAJAYA, Johor: Akibat
sering tertewas dengan nafsu teman wanitanya, seorang lelaki warga Nepal nekad
mengambil pil ubat kuat seks dalam kuantiti berlebihan selain meminum satu tin
arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu.
Malangnya, hasrat lelaki
berusia 38 tahun itu untuk ‘bertahan lama’ ketika melakukan hubungan seks tidak
kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah hotel
bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Nusajaya,
Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar dikatakan
mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel
bersama teman wanitanya, warga Vietnam.
Menurutnya, kematian lelaki
itu disedari teman wanitanya berusia 24 tahun, jam 11 malam hari kejadian
selepas mangsa dikatakan tidak bergerak menyebabkan wanita itu panik.
“Pasangan itu dipercayai baru selesai
mengadakan hubungan seks sebelum tertidur dan pada masa sama, mangsa meninggal
dunia.
“Akibat panik dengan keadaan
teman lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan kepada pengurusan hotel
sebelum membuat laporan polis, jam 12 tengah malam,” katanya kepada pemberita
di sini, semalam.
Noor Hashim berkata,
siasatan awal di bilik didiami pasangan itu membawa kepada penemuan sebotol
ubat kuat dipercayai diambil mangsa sebelum mereka melakukan hubungan seks.
“Polis masih menjalankan
siasatan lanjut, namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan
kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Saya menasihatkan
orang ramai terutama lelaki lebih berhati-hati sebelum mengambil ubat kuat yang
dijual di pasaran kerana jika tersalah makan atau tidak sesuai boleh mengundang
maut,” katanya.
No comments:
Post a Comment