Oleh : DEBRA CHONG
KUALA LUMPUR : Melodi lagu 'Janji
Ditepati' yang dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan heboh
diperkatakan akan tetapi bukanlah disebabkan perkara positif masa kini.
Pengguna Internet mendapati
melodi lagu tersebut menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang
dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008 yang turut
membariskan penyanyi terkenal negara tersebut, Ruth Sahanaya.
Kontroversi terbaru, datang
hanya beberapa hari selepas Putrajaya terpaksa menukar logo Hari Kemerdekaan ke
55 yang direka secara buruk kepada logo 1Malaysia, menambahkan lagi malu
dikalangan pegawai kerajaan dan boleh menegangkan lagi dengan gergasi Asia
Tenggara itu.
Pada mulanya, kritikan
pengguna Internet Malaysia hanyalah pada lirik lagu “Janji Ditepati” akan
tetapi empat hari lalu serangan di laman sosial YouTube dan Facebook terarah
kepada melodi lagu tersebut apabila seorang penulis blog yang mengaku sebagai
penganut agama Kristian menghebahkan bahwa melodi lagu 'Janji Ditepati'menyamai
lagu gospel Indonesia bertajuk 'Serukan Namanya'.
Lirik 'Janji Ditepati' ditulis
oleh Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datu Seri Dr Rais Yatim.
“Lagu tema KEMERDEKAAN
MALAYSIA ke 55 kedengaran seperti LAGU Pujian di GEREJA,” kata penulis blog
yang tidak menamakan dirinya pada posting 30 Julai.
“Hal ini lagi mengejutkan sekiranya
lagu tema kebangsaan diambil dari lagu rohani org Kristen.
“Mungkin kementerian tidak
tau, tapi seharusnya pencipta lagu ini tidak berbuat demikian (menciplak) sebab
dia ditugaskan untk membuat lagu tema kemerdekaan,” katanya lagi.
Penulis blog tidak bernama
itu menggesa kementerian untuk meminta kembali bayaran kepada penulis lagu
tersebut yang liriknya ditulis sendiri oleh menteri dan menggantikan melodi
lagu tersebut kepada melodi lain.
Klip video lagu 'Janji
Ditepati' dan 'Serukan Namanya' telah dimasukkan dalam beberapa blog untuk
dibuat perbandingan. Laman Miricommunity.net popular di kalangan rakyat
Malaysia berasal Sarawak turut menyiarkan perbandingan antara dua klip video
ini.
“Amen, Yesuslah Raja!! Tapi
sorry ya, Rais Yatim dengan lagu ‘Janji Ditepati’nya sama style dengan lagu
ni,” kata seorang pengkomen di YouTube yang menggunakan nama moniker amoker27
dalam satu video klip yang telah dilihat oleh 100,000 pengguna Internet sejak
dimuat naik pada 5 September, 2008.
Lagu “Serukan Namanya”
dinyanyikan oleh kumpulan True Worshippers, yang diketuai oleh Sidney Mohede,
dimasukkan dalam album mereka yang dilancarkan pada 2008 bertajuk, “All Things
New”.
“Sekarang saya benar-benar
benci kepada kementerian kita kerana
menciplak lagu ini dan menjadikan kes politik di Malaysia,” kata pengkomen lain
YouTube yang menggunakan nama vandridel. “Betul-betul memalukan negara kerana
tindakan bodoh menteri kita. Maaf Indonesia!”
Permintaan maaf terhadap
Indonesia adalah merujuk kepada kekecewaan rakyat Indonesia sehingga menyerang Pejabat
Kedutaan Malaysia di negara nusantara itu dengan melemparkan telur, batu dan
kepingan kayu sehingga mencederakan kakitangan dan kerosakan harta seperti pada
bulan Jun baru-baru ini, apabila rakyat Indonesia mendakwa Malaysia mencuri
kebudayaan mereka selepas Rais mengumumkan langkah untuk menambah tarian Tortor
dari Sumatera Utara dan Gendang Gordang Sambilan sebagai warisan negara.
Kedua-dua negara mempunyai
pergeseran sejarah politik, ekonomi dan kebudayaan.
Akan tetapi, melodi lagu 'Janji
Ditepati' dikatakan dicipta oleh sekumpulan orang yang menggelarkan diri mereka
sebagai Aye, Jasnie, Arman E Six.
Dari posting video lagu
tersebut di YouTube di sini terdapat 255,000 kali tontonan semenjak dimuat naik
pada 27 Julai dengan 30,600 tidak menyukai berbanding 415 yang menyukai pada
pagi semalam.
Rais juga mengetahui
kritikan ini apabila dia telah menulis di Twitter dua hari lepas dan menjemput
orang ramai untuk berkongsi pandangan mereka mengenai lagu dia tulis liriknya.
“Apa pandangan sdr tntg lagu
janji d tepati? Di utube dah cecah 140k lebih. Tapi yg ‘ibu jari k bawah’ ada
juga,” kata menteri tersebut melalui akaun Twitternya @DrRaisYatim.
Beberapa penyanyi, penulis
lagu dan komposer yang dihubungi oleh The Malaysian Insider, juga mengambil
perhatian persamaan ketara antara melodi 'Janji Ditepati' dan lagu Injil ini akan
tetapi tidak mengatakan ia plagiarisme.
“Persamaan dalam melodi
biasanya membawa kepada isu plagiarisme,” kata pendidik musik Tay Cher Siang,
yang juga merupakan pengarah muzik untuk The Venue, tempat muzik secara
langsung di tempat beli-belah yang popular, Pavillion.
Beliau setuju bahawa
terdapat banyak persamaan antara dua melodi tetapi katanya lagi skala muzik
adalah terhad kerana ia cuma mempunyai 12 nota. Beliau bertambah lagi yang
komposisi musik pop biasanya mempunyai 7 nota.
Menurutnya lagi, “Walaupun
sememangnya saya tidak suka dengan keseluruhan yang ada pada ‘Janji Ditepati’
ini, saya ada keraguan terhadap isu plagiarisme ini.”
Beliau benci kerana ini
merupakan pencurian lagu secara terang-terangan, katanya lagi beliau tidak
ketahui sama ada komposer untuk 'Janji Ditepati' sedar akan persamaan yang ada
dengan 'Serukan Namanya' dan telah dipengaruhi oleh lagu tersebut dan meminta
keizinan untuk guna melodi itu ataupun secara sengaja menghasilkan semula
melodi itu tanpa memberi penghormatan terhadap inspirasi lagu tersebut.
Penyanyi lagu rakyat dan
penulis lirik Meor Yusof Aziddin, 45, setuju dengan pandangan Tay. Katanya isu
plagiarisme dalam melodi muzik adalah sesuatu yang subjektif. Beliau rujuk
kepada contoh melodi pop yang gunakan formula yang sama sejak zaman Beatles
pada 1960-an dan 1970-an.
Beliau berkata lagu
kebangsaan Malaysia, 'Negaraku', turut mempunyai melodi yang sama dengan lagu
Indonesia, 'Terang Boelan', dan ini boleh dijejak balik kepada lagu abad ke-18,
'La Rosalie', daripada seorang komposer Perancis, Pierre-Jean de Beranger.
Seorang lagi komposer yang
tidak mahu namanya diketahui umum tertarik dengan persamaan melodi di antara
lagu Hari Kebangsaan dan melodi lagu kerohanian Kristian itu.
“Persamaan substantif antara
sebuah lagu Indonesia injil Kristian dan lagu baru hari Merdeka Malaysia adalah
satu yang menarik, tidakkah anda terfikir begitu?” tanya beliau.
Gabungan Barisan Nasional
(BN) telah memilih 'Janji Ditepati' sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan
tahun ini, satu langkah yang dikritik hebat oleh pembangkang dan rakyat
Malaysia.
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR)
telah menuduh kerajaan BN merampas sambutan Hari Kebangsaan untuk kempen
politik mereka.
Mereka juga menuduh BN
menggunakan tema dan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan kempen
politik pilihan raya.
Jumaat lepas, Rais telah
mempertahankan di Twitter tema sambutan Hari Kebangsaan, mengatakan bahawa
“segala-galanya boleh melihat buruk jika minda ditutup”.
“Malaysia telah benar-benar
menjadi negara yang berjaya selepas 55 tahun merdeka. Mengapa tidak boleh kita
katakan janji ditepati?” katanya dalam satu respons kepada kritikan meningkat
terhadap tema kemerdekaan yang dikatakan mencerminkan tema kempen politik BN
menjelang pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi. (TMI)
sila TONTON VIDEOKLIP KRISTIAN dan bandingkan dengan JANJI DITEPATI!
No comments:
Post a Comment