Friday, 3 August 2012

ANWAR BAYANGKAN LAGI 'BERITA BAIK' DARI SABAH




Oleh : AIDILA RAZAK

SEPERTI menjelang episode 16 September, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin membayangkan lebih banyak 'berita baik' akan datang daripada Sabah.

"Saya akan kembali ke Sabah pada 12 Ogos, dengan kemungkinan lebih berita baik... Kita kena bersedia," katanya kepada pemberita dengan ringkas.

Dua anggota Parlimen BN Wilfred Bumburing (Tuaran) dan Lajim Ukin (Beaufort) minggu lalu meletakkan jawatan dalam parti.

Anwar juga mendedahkan, perbincangan dengan Lajim and Bumburing sebelum ini berlangsung beberapa bulan.

"Saya sudah maklumkan pemimpin PKR dan DAP. Bukan Lajim dan Bumburing saja, tetapi juga beberapa orang pemimpin lagi," katanya.

Katanya, PKR juga bersedia memberikan kerusi kepada pihak yang baru dalam Pakatan dan ia menjadi jaminan kepada kedua-dua ahli politik itu.

"Sama ada mereka boleh bertanding, saya beri jaminan mereka boleh. Sama ada PKR atau DAP, mereka diberi pilihan (memilih).

"Tetapi ia harus bawah Pakatan, dengan persetujuan pemimpin-pemimpin parti," katanya lagi.  (MKINI)

15 comments:

  1. Hebat betul Anwar mempengaruhi dengan janji2 manis beliau. jangan sampai semua pun menghampakan pula nanti kalau terlebih yakin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan terlalu yakin Anwar.. rakyat sekarang tau menilai mana betul mana yang tidak betul.

      Delete
  2. siapa agaknya 'beberapa orang pemimpin lagi' yang dimaksudkan oleh Anwar tu?

    ReplyDelete
  3. Kalau tiada kerjasama dari semua parti pembangkang, tidak mungkin juga impian Anwar untuk menguasai Sabah dan menjadi pemerintah akan berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang di Sabah masih lagi belum capai kerjasama.

      Delete
  4. Jangan percaya dengan janji Anwar, beliau ada agenda sendiri.

    ReplyDelete
  5. Anwar cakap saja lebih, jgn mudah percaya ada dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat sendiri juga harus menilai sejauh mana Anwar boleh dipercayai?

      Delete
  6. Jika benar, siapakah mereka ni? Pasti satu kejutan lagi.

    ReplyDelete
  7. Betul ke Anwar boleh membawa perkembangan kepada Sabah jika dibandingkan Musa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PR is not sincere with the Sabahans plight.

      Delete
  8. Jangan terekena pula perangkap janji manis yang tidak boleh direalisasikan.

    ReplyDelete
  9. Katanya, PKR juga bersedia memberikan kerusi kepada pihak yang baru dalam Pakatan dan ia menjadi jaminan kepada kedua-dua ahli politik itu.

    Pengagihan kerusi harus dibuat dengan adil agar semu aparti komponen memberi kerjasama.

    ReplyDelete
  10. If the 'berita baik' equals to defection another BN members, still the oppositions cannot defeat BN.

    ReplyDelete