KOTA KINABALU: Persatuan
Perlindungan Alam Sekitar Sabah (Sepa) menggesa kerajaan untuk mengeluarkan
keseluruhan Seksyen 15 daripada Enakmen Perhutanan Sabah 1968.
Presidennya, Wong Tack,
berkata kerajaan perlu mengeluarkan Seksyen 15 daripada enakmen itu kerana ia
dapat melindungi akta berkenaan daripada disalahgunakan oleh mereka yang
memegang kuasa.
Beliau mendakwa ada
penyalahgunaan terhadap Seksyen 15 apabila ia membenarkan pencerobohan terhadap
155 ekar tanah Hutan Simpan Kukusan dan Bukit Trig, Tawau oleh syarikat berasal
dari Hong Kong.
Sehubungan itu, katanya,
Sepa ingin mengetahui alasan pemimpin kerajaan yang menurunkan tahap hutan
lindung dari kelas 1 kepada kelas 2 di hutan komersil dan seterusnya
membenarkan syarikat luar untuk memasukkan ia ke dalam perjanjian untuk ikon
landskap dan khazanah alam sepenuhnya. Ia juga berpotensi dijadikan tempat
bahan buangan sisa toksik.
Pada masa sama, beliau
menyeru supaya syarikat itu dihalang daripada meneruskan aktiviti yang
memusnahkan hutan simpan.
“Kami mahu pihak kontraktor
syarikat itu memberhentikan kerja dengan serta merta. Mereka telah meletakkan
jentera di kaki bukit. Jika kerja-kerja itu diteruskan, Sepa dan masyarakat
Tawau akan mengambil tindakan undang-undang untuk membawa pihak syarikat
berkenaan tampil ke hadapan. (UB)
Pihak yang berkuasa dan dipertanggungjawabkan seharusnya tidak menyalahgunakan kuasa mereka.
ReplyDeleteHarap penjelasan diberikan ke atas tindakan menurunkan tahap hutan lindung dari kelas 1 kepada kelas 2 di hutan komersil.
ReplyDeleteMaybe the Sabah Forestry Department can come forward to make an explanation regarding this matter so that the people will understand the issue better.
Deletekena pastikan hutan2 di Sabah diperlihara.
ReplyDeleteProtect our environment.
ReplyDeleteThink about the long term effect. Not focusing on the profits only.
ReplyDeleteDatuk Musa Aman is the only Chief Minister who paid attention to the Forestry Protection, he has stopped the logging and mining activities in Danum Valley, Ulu Segama and Maliau Basin. Maybe he will consider SEPA's proposal for the good of the environment.
Deletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/2012/02/musa-aman-conservationist-par.html
Hopefully Wong Tack's suggestion to remove section 15 from the Forestry Enactment will be considered by the government.
ReplyDelete