Oleh : CLARA CHOOI
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen
Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyatakan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad,
“lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali”, dalam
blognya semalam jelas menunjukkan pengakuan bekas perdana menteri diatas
kesalahan semasa memerintah negara selama 22 tahun.
Ahli parlimen PR Nurul Izzah
Anwar, anak perempuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengatakan bahawa musuh
ketat bapanya itu terdesak untuk terus relevan.
Nurul, naib presiden PKR,
berkata kata-kata Dr Mahathir adalah satu cubaan terdesak disaat akhir
untuk meyakinkan rakyat Malaysia untuk
mengundi bagi Barisan Nasional (BN), walaupun ia seperti memberikan undi kepada
“syaitan”.
Dr Mahathir sudah sangat terdesak ibarat,
“lelaki tua yang mahu terus kekal relevan”, katanya.
“Malangnya, suaranya adalah
tidak relevan, dan sebab itu dia bersuara bagi mendapatkan sokongan kepada
Umno-BN.
“Pengaruh beliau, jika ada,
hanya di kawasan luar bandar, dimana tanpa diragui beliau akan berjaya
pengaruhi,” kata ahli parlimen Lembah Pantai kepada The Malaysian Insider.
“Sekali lagi ... tidak lebih
daripada percubaan seorang lelaki tua untuk dilihat relevan.”
Dalam tulisan blog semalam,
Dr Mahathir memberitahu rakyat Malaysia adalah lebih baik “syaitan [mereka]
tahu” dalam BN daripada kerajaan
persekutuan PR, yang beliau kata akan membangkrapkan negara dengan janji-janji
populis.
BN telah mendengar rakyat
menukar banyak undang-undang dan dasar. Apa yang rakyat perlu lakukan adalah
untuk mendesak BN menjalankan apa sahaja perubahan yang diinginkan.
“Lebih baik syaitan yang
anda kenal daripada malaikat anda tidak kenal,” tulis bekas Perdana Menteri itu.
Ahli parlimen PAS, Dr
Dzulkefly Ahmad, berkata pengakuan Dr Mahathir BN sebagai “syaitan” tidak akan
memberikan apa-apa kebaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,
dan BN akan tetapi memburukkan keyakinan awam terhadap kerajaan semasa.
“Jika apa-apa, ia
menyukarkan mereka (BN) lagi, dan memberikan persepsi buruk terhadap BN
dikalangan pengundi atas pagar,” kata ahli parlimen Kuala Selangor itu kepada
The Malaysian Insider.
“Yang Najib berjaya tarik
dan dia dan BN adalah selari, kalau dimusnahkan oleh perkataan Dr Mahathir. Beliau
hanya menambah penghinaan kepada kecederaan.”
Bersetuju dengan kenyataan
ahli parlimen Kuala Selangor itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke,
mengatakan, perdana menteri yang paling lama berkhidmat, dikatakan masih
mempunyai pengaruh kuat dalam Umno, takut “kesalahan masa lalu” beliau akan
didedahkan jikalau PR memimpin negara.
Dr Mahathir sedang “panic”,
ahli parlimen Rasah itu menambah, dan bersedia untuk menggambarkan BN sebagai
“syaitan” dan PR sebagai “malaikat yang tidak dikenali” hanya untuk menanamkan
rasa takut kepada pengundi.
Seorang lagi ahli parlimen
PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, menyatakan, kenyataan Dr Mahathir tentang PR akan
menjadi lebih autoritarian daripada BN adalah tidak berasas oleh kerana PR
masih lagi belum memerintah Malaysia.
Beliau berkata Dr Mahathir
boleh melihat rekod PR dalam mentadbir empat negeri — Pulau Pinang, Selangor,
Kedah dan Kelantan — yang beliau dakwa ditadbir dengan baik.
“Lihatlah di empat negeri PR
... Semuanya berdasarkan tender terbuka, kita mendedahkan dokumen OSA (Akta
Rahsia Rasmi) supaya orang ramai boleh akses ... Apakah ini yang dinamakan
autoritarian?” kata beliau ketika dihubungi.
Dalam blognya semalam, Dr
Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama,
dengan janji perubahannya.
“Dalam kempennya untuk
menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” tulis beliau.
“Beliau berjanji untuk
menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah
tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan
sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.”
Menurutnya lagi, pembangkang
di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.
Beliau mengakui bahawa BN
telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai
rekod yang baik.
“Lima tahun sebagai tempoh
percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima
tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan
membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar
kerajaan.
“Walaupun kita lihat beliau
yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang
mengkritiknya.
“Kuasa dalam bahagian lain
kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti
parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment