Sunday 12 August 2012

KERAJAAN BN UTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT




ANGPAU....Salah seorang pengundi Karamunting menerima Ang Paw Raya daripada VK Liew sambil saksikan oleh ADUN Sekong Datuk Sam

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

SERAMAI  lebih 3,000  pengundi di Sandakan yang berumur antara 50 hingga 60  tahun ke atas  masing-masing menerima pelbagai bantuan dan sumbangan duit raya  sebagai persediaan untuk menyambut hari lebaran yang bakal menjelang.

Sumbangan raya tersebut dikelolakan oleh Pejabat Ahli Parlimen P186 Sandakan dengan kerjasama Pejabat Bahagian LDP Karamunting yang disempurnakan Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Kiong.

Dalam ucapan alu-aluannya di majlis tersebut, V.K Liew menjelaskan sumbangan raya sebegini termasuk perayaan-perayaan lainnya seperti Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas ini memang sudah menjadi amalan dan budaya kepada para pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meringankan beban yang ditanggung golongan kurang berada untuk mereka membolehkan menyambut sama-sama berhari raya dengan penuh meriah.

“Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman memang sentiasa mengambil berat, bukan saja dalam aspek pembangunan insfrastruktur di kawasan Bandar mahupun luar Bandar, tetapi kedua-dua pemimpin ini telah mengambil kira tentang kebajikan rakyatnya diutamakan supaya mereka menempuhi kehidupan seharian yang lebih selesa,” ujar Liew.

Liew menambah Kerajaan BN  yang didukung oleh rakyat yang berbilang kaum tidak pernah mengabaikan  atau memingggirkan kebajikan dan sosio ekonomi mereka; malahan terus menerus mendapat bermacam-macam bentuk bantuan yang disalurkan oleh kerajaan lepas satu, satu lagi bantuan yang diberikan.

Sebagai contoh kata V.K.Liew, pemberian BR1M, Bantuan 1 Azam, Tayar percuma untuk Teksi, bantuan murid-murid sekolah dari tahun satu hingga ke Tingkatan 6 mendapat bantuan RM100 setiap murid dan bantuan Progam Sentuhan kasih.

“Sementara warga emas dan orang-orang tua, anak-anak yatim, dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan orang buta mereka tidak pernah tersisih atau jadi gelandangan malahan mereka ditempatkan di pusat kebajikan. Yang istimewanya segala keperluan hari makan minum semuanya ditanggung oleh kerajaan,” ujarnya.

Mengenai dakwaan parti pembangkang yang mendakwa bahawa kerajaan BN tidak telus dan tidak bertanggungjawab bukan saja dalam aspek pembangunan asas bahkan kebajikan rakyat juga terus terabai; V.K Liew menempalak para pemimpin pembangkang yang hanya tahu bercakap dan mencaci.

"Mereka menidakkan apa sahaja usaha murni kerajaan. Itu adalah agenda mereka untuk memutarbelitkan fakta-fakta songsang untuk meracuni buah fikiran rakyat supaya membencikan kerajaan BN, tetapi rakyat sekarang sudah sedar bahawa kerajaan BN lah satu-satunya kerajaan yang boleh membawa kemajuan negara dalam aspek  perdana pembangunan,  di samping  mampu menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini tanpa mengira siapa mereka,” tegas V.K Liew.

Para pemimpin pembangkang, tambah V.K Liew mereka ini tidak ubah seperti anjing yang suka menyalak bukit, tetapi bukit tetap tidak bergerak walaupun seinci inilah dasar dan agenda parti-parti pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan yang sedia ada.

Terdahulu dalam ucapan Pengerusi Barisan Nasional (BN)  Batu Sapi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya  antara lain menjelaskan  dengan adanya kongsi kuasa dalam pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang melibatkan parti-parti komponen seperti PBS, UPKO. LDP, PBRS UMNO, MIC, GERAKAN dan MCA ia jelas menjurus kepada mewujudkan perpaduan yang erat di kalangan rakan-rakan kompenan parti.

“Kerajaan BN bukan sahaja sekadar berupaya membangunkan negara dalam aspek pembangunan malahan mampu memupuk siratulrahm dan menyatupadukan semua kaum yang ada di negara ini, khususnya di Sandakan tanpa mereka anutan agama, budaya dan faham ideologi perbezaan politik,” ujarnya.

Ini jelas tambah Samsudin apa yang dilakukan oleh Parti LDP Bahagian Karamunting sebagai rakan seperjuangan dalam BN begitu prihatin kepada rakyat tidak mengira siapa mereka sama-sama mendapatkan bantuan raya daripada LDP.

Kata Samsudin lagi, tindakan dan usaha murni yang dilakukan oleh LDP menjaga  kebajikan kepada para pengundi kawasan Karamunting khususnya kaum Bumiputera. Ia merupakan  satu contoh dan teladan baik kepada rakan-rakan parti komponen BN lainnya agar mengikut jejak apa yang telah di lakukan oleh parti LDP.

11 comments:

  1. Saya tidak menafikan mengenai laporan ini. Itu sudah semestinya satu agenda yang penting dilaksanakan oleh BN kepada rakyat. Kerajaan BN akan memastikan yang mana setiap keutamaan dan kepentingan rakyat akan dapat dipenuhi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully the government will always prioritize the people's needs.

      Delete
  2. Kerajaan Barisan Nasional sememangnya kerajaan yang begitu prihatin dengak keadaan semasa rakyat. Kita harap kerajaan akan terus memberikan sumbangan yang bermakna kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. During the festival celebration, the people need to spend more, this angpow for 3,000 Sandakan senior citizen will help them cope.

      Delete
  3. I'm sure the distribution of Hari Raya Angpow for the Sandakan senior citizens will help reduce their burden during the festival season. Selamat Hari Raya to all.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukurlah apa yang diberi oleh kerajaan.

      Delete
  4. pembangkang paling tidak suka dengan bantuan2 seperti ini.. tapi rakyat yang menerima bantuan2 ini lebih tahu keikhlasan kerajaan dalam membantu mereka.. tidak seperti pemimpin2 pembangkang yang gemar mengambil kesempatan disebalik kesempitan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan bagi, ambil sajalah. rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari:)

      Delete
  5. Setiap perayaan boleh dapat angpaw. Bestnya! Kerajaan BN tidak pilih kasih dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete
  6. kesejahteraan rakyat mmg sering menjadi keutamaan rakyat.

    ReplyDelete
  7. Rakyat memang patut kerajaan utamakan.

    ReplyDelete