Saudara Pengarang,
TAHNIAH kepada Sabahkini.net
kerana begitu vokal memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam isu kerakyatan
songsang dan penyelewengan dokumen pengenalan diri yang menghantui Sabah sejak
empat dekad lalu; namun amat malang sekali kerana semua ahli politik di Sabah
hanya mempunyai 'telur' ketika menjelang pilihanraya umum.
Mungkin agak kenyataan saya
agak keterlaluan, tetapi hakikatnya selama ini Isu Kerakyatan Songsang hanya
melibatkan warga asing kelas bawahan terutama warga India, Filipina, Pakistan, Indonesia
dan China yang jelek dan tidak cantik atau tidak mempunyai nilai 'SEKS' di
pasaran.
Manakala perempuan yang
jelita, ada rupa dan figura, tidak perlu melalui pintu imigresen kerana telah
dikebas oleh pemimpin politik yang lidah bercabang dan diberi kerakyatan
songsang tanpa perlu berbaris panjang atau menunggu lama untuk mendapat taraf
kerakyatan Malaysia.
Walaupun ada juga yang masih
belum mendapat kerakyatan Malaysia, namun perjuangan pemimpin politik berkenaan
tidak ikhlas kerana 'berbinikan dan bergundikkan' PATI atau Warga asing yang menyalahguna
status mereka semata mata kerana bersuamikan YB atau Menteri.
Dalam hal ini, saya menyeru
agar pemimpin yang menggunakan lidah mereka untuk mendapatkan kedudukan dalam
parti berhubung isu PATI tetapi dalam masa yang sama menjadikan PATI sebagai
teman 'seketiduran'; lebih baik berdiam diri daripada menyibuk dan
membingungkan rakyat Sabah yang semakin celaru dengan 'Gendang' yang dipalu
Perdana Menteri berhubung RCI.
Layakkah pemimpin politik
seperti Dr (Palsu) Salleh Kalbi, Ronald Kiandee, Donald Peter Mojuntin,
Samsuddin Yahya, Melvin Jaikul dan sebagainya mengutuk kanak-kanak yang
terberak dalam seluar sedangkan mereka sendiri membawa najis di dalam perut ke
mana sahaja, termasuk ke dalam masjid dan gereja?
Sebaiknya, pemimpin politik
yang bernikah atau bergundikkan warga asing terutama PATI meletakkan jawatan
dan melepaskan segala kemudahan yang diberikan kepada mereka kerana mereka
menyuburkan sindrom PATI dan menjadi koloni PATI dalam kerajaan.
Salam Hormat,
DATUK PATRICK SINDU
Mengenai ISU RCI ini kita tidak dapat buat apa-apa sekarang ini. Yang pasti kita cuba menanti semoga perkara ini akan dilaksanakan sebaiknya di Sabah bagi menangani masalah Projek IC yang berlaku. Kerajaan Negeri sememangnya sedang berusaha yang terbaik untuk memastikan masalah ini dapat ditangani.
ReplyDeleteThe Federal government have already set up a RCI panel and assigned members and leaders for it. Now the only thing left is to wait for the official announcement to start the inquiry on illegal immigrants problem.
DeleteBenarkah isteri beliau ini PATI? Ada bukti yang dapat mengukuhkan kenyataan ini. Rasanya tidak guna cuma cakap kosong saja.
ReplyDeleteactually, si Patric mahu namanya sebaris dengan pemimpin2 politik ba ni.. dia tidak tahu banyak lagi isu2 di Sabah yang belum dia sentuh..
DeleteSupaya lebih meyakinkan, lain kali sertakan bukti sekali ba..tidak mau ada dakwaan tapi tanpa bukti.
DeleteMaybe Datuk Patrick Sindu should give proof on which so-called ministers take PATI as wives or mistresses? Without proof, these allegations can only be labeled as rumors.
ReplyDeletehe don't have any proof.. that's why he bring this up in Sabahkini instead of lodge a police report..
Deleteapa lagi yang si Patric Sindu bising ni? RCI sudah diumumkan ba.. serahkan saja la tugas itu kepada RCI..
ReplyDeleteisu yang cuba dibangkitkan oleh si Patric ni sudah lama ba.. dia baru bangun ka ni? bagus dia join saja la politik.. banyak suara dia pun lebih kepada politik, bukannya suara NGO..
ReplyDeleteRCI untuk semua dalang projek ic, penerima ic projek, dan PATI!
ReplyDeleteRCI untuk tujuan menangani masalah PATI.
Deletekena buktikan benarkah isteri dia tu dpt kerakyatan songsang. jgn main tuduh saja.
ReplyDeleteJangan membuat fitnah. Sekiranya tiada bukti.
ReplyDelete