BAU
BUSUK…..Amir menunjukkan ke arah parit berlubang tanpa penutup yang sudah
diadukan beberapa kali tetapi sehingga sekarang tiada tindakan lanjut daripada
MPS.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : JUMAWATI JUM
NAMA sahaja ada Khidmat
Aduan Rakyat yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), tetapi
rakyat buat aduan mengenai masalah perparitan sudah seminggu berlalu, tetapi
tiada sebarang tindakan diambil sehingga sekarang.
Memandangkan tiada pilihan
lain hendak ke mana laporan ini disampaikan melainkan hanya Portal Online Sabahkini
Net sahaja yang boleh menyuarakan hal-hal masalah rakyat kepada pihak yang
berkenaan.
Itulah keluahan dan rintihan
yang diluahkan kepada Sabahkini.Net oleh seorang pemilik Gedai Gunting Boy
iaitu Amir Hamzah di Blok 35 Lorong Hadapan sebaris dengan Supermarket One Stop
Sandakan.
“Saya sudah berulang-ulang
kali naik turun di pejabat Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) melaporkan bahawa
lorong pejalan kaki didapati berlubang-lubang dan bakal membahayakan orang
ramai; tetapi tiada sebarang tindakan diambil untuk memperbaiki keadaan
tersebut,” ujarnya yang kesal dengan sikap pihak MPS yang langsung tidak prihatin
terhadap masalah rakyat.
Kata Amir lagi, baru-baru
ini seorang perempuan tua terjatuh ke lubang besar tersebut sehingga
menyebabkan beliau pengsan.
‘Sikap lalai dan tidak
mengambil peduli MPS tentang masalah rakyat yang diajukan ini sedikit sebanyak
akan menjejaskan dan mencemarkan nama baik kerajaan Barisan Nasional (BN) di samping
kena tempias dan kesannya ialah Ahli Parlimen dan ADUN sendiri kerana orang
ramai tahunya menyalahkan bulat-bulat kepada wakil-wakil rakyat; sedangkan ini
semua angkara MPS yang tidak telus dalam menjalankan urus tadbirnya sebagai
agensi dan urusetia kerajaan di Sandakan,” tegas Amir .
"Keadaan ini bukan sahaja
membahayakan orang ramai yang berlalu lalang, bahkan parit yang tersumbat kerana
sudah bertahun-tahun tidak pernah diselenggarakan MPS mengeluarkan bau busuk
yang meloyakan,“ tambahnya lagi.
salam,kepada semua pembaca.masalah ini harus diambil berat oleh pihak mps terutam sekali presiden yang wajib turun padang melihat keadaan seluruh bdr sandakan.jgn hanya mendgr omong2 sedap dari kakitangan bawahan.tks.
ReplyDeleteIkut style DAP, Edward Mujie ni..:)
ReplyDeleteramai sudah terikut-ikut style Edward mujie, Edward dah menjadi Idola ramai.
Deleteapapun, MPS kena selesaikan masalah tersebut.
Khidmat aduan rakyat kena aktif dan berfungsi sentiasa.
ReplyDeleteMPS please be proactive with your works.
ReplyDeleteBut MPS is charging RM2K for those who wants to sell at the Ramadan stalls.
ReplyDeleteSEMUA ORANG-ORANG MPS TEMBERANG...GAYA SAJA LEBIH..
ReplyDelete