LAWAT….VK
Liew meninjau program Kem Kesihatan tajaan Jabatan Kesihatan Sandakan yang
diadakan di Kg Pulau Berhala Laut.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
USAHA yang dijalankan oleh
pihak Jabatan Kesihatan Sandakan dalam menganjurkan program yang dinamakan Kem
Kesihatan khususnya untuk kawasan kampung-kampung yang terpencil seperti Kampung
Pulau Berhala Laut Sandakan merupakan satu usaha murni kerajaan yang harus
disokong oleh semua pihak.
Dengan adanya program
seumpama ini yang dijalankan oleh Jabatan berkenaan haruslah diteruskan dan
hendaklah dipertingkatkan dari masa ke semasa kerana program sebegini dapat
mempastikan tahap kesihatan penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terpencil,
walaupun tidak seratus peratus terjamin tetapi sekurang-kurangnya mendapat
khidmat daripada kerajaan sepenuhnya.
Timbalan Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri yang juga selaku Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong
berkata demikian kepada Sabahkini. Net sejurus selepas melawat program Kem
Kesihatan tajaan Jabatan Kesihatan Sandakan diadakan di Pulau Berhala,
kelmarin.
V.K.Liew menjelaskan inilah
dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak merasa bosan dan jemu untuk
membela nasib rakyat bukan sahaja sekadar foKus kepada pembangunan asas,
ekonomi, kebajikan, pendidikan bahkan tahap kesihatan rakyat juga perlu diambil
kira dan diutamakan.
“Saya sebagai Ahli Parlimen
yang diberi mandat oleh semua kaum akan terus memainkan peranan ke arah
mempertingkatkan dan sentiasa mengenal pasti kesejahteraan hidup masyarakat
yang saya wakili ini sejajar dengan konsep kerajaan BN iaitu rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan,” ujarnya.
DEMI
TUGAS……Kakitangan Jabatan Kesihatan bersemangat walaupun di bulan Ramadan
sanggup menjelajah ke Pulau Berhala demi bangsa, negara dan agama.
Tambah V.K.Liew, sebagai
rakyat yang ingin kemakmuran kesejahteraan dan pembangunan pesat di satu-satu
kawasan kampung, mereka hendaklah memberikan sokongan terhadap dasar-dasar
kerajaan yang memerintah dan elakan mendengar propaganda-propaganda songsang
daripada pihak pembangkang yang sentiasa menabur fitnah kepada pemimpin
kerajaan BN, yang kononnya tidak menjalankan tugas dan tidak tanggungjawab
untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek itu semuanya tidak tepat.
“Mereka mengeluarkan
sentimen-sentimen sedemikian hanya sekadar untuk menarik perhatian rakyat
terhadap perjuangan yang tidak mempunyai hala tuju dan sia-sia sahaja. Mereka
hanya seperti burung kakak tua yang lantang bercakap, tetapi tidak mengerti apa
yang diperkatakan,” tegas V.K.Liew.
Sementara itu, Sabahkini.Net
yang cuba menghubungi Dr Jenifer selaku ketua program Kem Kesihatan tersebut
untuk meminta penjelasan lanjut tetapi gagal dihubungi.
No comments:
Post a Comment