Saturday, 18 August 2012

KIBARAN JALUR GEMILANG KURANG MERIAH





PATRIOTIK….Peter Pang bersama beberapa orang guru SJK (C) Lok Yok membentangkan kedua-dua bendera Negera dan negeri di hadapan sekolah berkenaan.

Oleh :SHAIMON S JUMADI

WALAUPUN rakyat Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum dan menganut pelbagai  agama dan perbezaan budaya, namun sentiasa menjalinkan keharmonian dan kerjasama sama yang erat antara satu sama lain.

Inilah keunikan negara kita jika dibandingkan dengan negara-negara luar lainnya yang sering mencetuskan pergaduhan sehingga mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa.

Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap ADUN Karamunting, Datuk Peter Pang Hin Yin berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran dan penyerahan Jalur Gemilang  dan Bendera Negeri Sabah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lok Yok di Jalan Cecilie, Sibuga Sandakan, kelmarin.

Kata Pang, keharmonian kaum ini didasari sistem perkongsian kuasa yang dijalankan dengan jayanya.

“Kita amat beruntung tinggal di bumi Malaysia ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) dan para pemimpinnya yang dipilih dan diberi mandat sebagai wakil rakyat menerusi proses pilihanraya terus berusaha tanpa rasa jemu dan bosan untuk membantu, bukan sahaja dalam aspek pembangunan infrastruktur; malah mengambil berat dan menjaga kebajikan semua kaum,” tegas Pang.

Sempena menyambut bulan kemerdekaan yang jatuh pada 31 Ogos  ini, Pang  merayu rakyat di Sabah meningkatkan semangat patriotikdengan mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah; bukan saja di premis-premis, bahkah juga dikenderaan.

“Memang tidak dinafikan, tahun ini nampaknya masyarakat kurang bersemangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang, khususnya di kenderan  persendirian mahupun kenderaan awam, berbanding dua tiga tahun yang lalu,” ujar Pang lagi.

No comments:

Post a Comment