PENDANG : Tugas Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bukan setakat membangunkan prasarana di
kawasan kampung tetapi juga merangka pelbagai strategi untuk meningkatkan taraf
ekonomi di situ.
Menterinya Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal berkata pelbagai program dilaksana termasuk penubuhan Pusat
Transformasi Luar Bandar (RTC) di Melaka, Perak dan Kelantan.
Di negeri lain, mini RTC
ditubuhkan bagi membolehkan petani memasarkan hasil mereka kepada orang ramai,
sekali gus dapat menjamin pendapatan lumayan dan peluang perniagaan kepada
penduduk, katanya kepada pemberita, pada majlis berbuka puasa bersama penduduk
Kampung Keda Lahar Tunjung, dekat sini pada Khamis.
Shafie yang juga Naib
Presiden Umno, berkata agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) perlu bekerjasama dengan
syarikat swasta bagi mematangkan lagi aktiviti ekonomi penduduk.
Selain itu institusi
kewangan perlu memudahkan urusan pinjaman kewangan bagi membolehkan penduduk
kampung yang menjalankan aktiviti perniagaan dapat memanfaatkan kemudahan
tersebut untuk meningkatkan hasil perniagaan. (Bernama)
No comments:
Post a Comment