Wednesday 1 August 2012

LDP SOKONG PEMECATAN LAJIM




WAWANCARA….V.K LIEW sedang diwawancara mengenai isu jawatan Timbalan menteri yang dibatalkan serta merta

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menyifatkan tindakan Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim MuAdzam Shah membatalkan serta merta jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang disandang Datuk Lajim Hj Okin memang wajar dan kena pada tempat; sejajar dengan Peruntukan Fasal (3) Perkara 43A bersama Fasal (5) Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan.

Kata V.K.Liew, tindakan tersebut wajar kerana jawatannya dalam kabinet digugurkan kerana beliau (Lajim) telahpun mengisytiharkan keluar daripada UMNO/BN dan sekaligus meletakan jawatan sebagai Ketua Cawangan, Pengerusi Barisan Nasional Beaufort, Ketua Bahagian UMNO Beaufort dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Demikian dijelaskan sendiri oleh Ahli Parlimen Sandakan, selaku Presiden LDP dalam satu sesi wawancara khas dengan Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan Yacht Club di Sandakan, semalam.

Katanya, tindakan Lajim meninggalkan UMNO/BN mungkin jalan terbaik bagi dirinya untuk menyertai parti Pakatan Rakyat; kerana tiada sesiapa yang boleh menghalang kehendaknya.

“Siapa yang tidak kenal Lajim Hj Okin? Mari kita sama-sama kembali mengimbau sejenak sejarah 1994 di mana kerajaan PBS pada masa itu hanya menang dengan majoriti tipis pada pilihanraya umum (PRU ke 9). Apabila Lajim melompat ke dalam UMNO/BN, maka PBS hilang kuasa," kata V.K.Liew  yang menjelaskan PBS telah memberikan pelbagai keistimewaan kepadanya, tetapi masih tergamak menghancurkan PBS yang turut diasaskannya.

“Sekarang dalam UMNO/BN, beliau cukup juga mendapat keistimewaan; menjawat jawatan yang cukup lumayan di persekutuan. Itupun masih tidak cukup. Kita tidak tahu apa lagi yang Lajim hendak daripada kerajaan UMNO/BN?” tanya V.K.Liew dalam nada kehairanan.

Pada pandangan beliau, kata V.K.Liew, ketiadaan Lajim dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedikitpun tidak menggoyah kedudukan BN di Sabah kerana ramai lagi pemimpin pelapis muda berkaliber yang bakal mengambil alih tempatnya.

Lagipun tambah V.K.Liew, dari awal-awal lagi memang sudah diduga Lajim memang minta dipecat. Itulah sebabnya dia  (Lajim) tidak mahu meletakan keahliannya daripada UMNO dan juga jawatan Menteri kabinetnya sebab kalau dipecat dia kononnya hero banyak orang simpati terhadap dirinya.

16 comments:

  1. hanya satu lagi yang lajim belum dapat iaitu jawatan KM sabah...beliau sudah lama mahukan jawatan tersebut...janji yang diberikan kepada beliau dahulu kini beliau mahu tagih..sekali lagi beliau 'dibeli'..

    ReplyDelete
  2. ketiadaan lajim dalam BN tidak mengoyahkan keutuhan BN sabah...bahkan BN sabah makin kukuh...parasit sudah lari..

    ReplyDelete
  3. Betul jugalah... ketiadaan Lajim takkan menggoyah kedudukan BN di Sabah:)

    ReplyDelete
  4. Saya yakin pasti ada calon yang lebih berbakat dan layak menggantikan tempatnya.

    ReplyDelete
  5. Perletakan jawatan oleh Lajim Ukin ini memang tidak mendatangkan kesan yang terlalu besar kepada parti dan kerajaan kerana Sabah dikhabarkan mempunyai barisan pemimpin yang mantap dan bersiap sedia untuk mengganti sebarang pemimpin yang tersasar daripada perjuangan.

    ReplyDelete
  6. Najib berkata dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian.

    ReplyDelete
  7. Rasanya semua pun sokong Lajim dipecat. tiada sokongan mahupun simpati untuk beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg patut pun Lajim dipecat. semua pun setuju.

      Delete
  8. Lajim pun enggan memberi komen atas perlucutan jawatannya. dia pasti dpt menerimanya.

    ReplyDelete
  9. Perjuangan BN masih positif di Sabah tanpa Lajim dan Bumbering.

    ReplyDelete
  10. Apakah sebab lajim kena dipecat?

    ReplyDelete
  11. Serahkan untuk rakyat sendiri untuk menilai.

    ReplyDelete
  12. lajim harus membuktikan bahwa beliau masih ikhlas dan sanggup memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  13. Lajim akan menyertai parti pembangkang yang kini lebih rapat misi perjuangannya.

    ReplyDelete
  14. Papar UMNO Divisional Chief Rahim Ismail describes Lajim as an opportunist with ulterior motives for aligning himself with the opposition. He says most political leaders in Sabah are familiar with Lajim's character and how he would conduct himself in the political arena. Rahim believes that Lajim is having a perception that the opposition has the upper hand and an edge over the present government in the coming general election, and claims that Lajim is a liability to UMNO and BN.

    ReplyDelete
  15. Lajim's decision to quit UMNO was not a surprise.

    ReplyDelete