PERIKSA…V.K
Liew sedang memeriksa projek air graviti.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
WALAUPUN ketinggalan serba
serbi kerana masalah topografi dan geopolitik, namun rakyat yang tinggal di pesisir
pantai dan kepulauan tidak terpinggir dalam menikmati pelbagai arus pembangunan.
Dasar kerajaan Barisan
Nasional (BN) menjadi tampuk pemerintahan di negara ini khusus di Sabah akan
meneruskan agendanya, bukan sahaja mempertingkatkan pembangunan, bahkan ekonomi
dan kebajikan penduduknya juga terus terpelihara.
Timbalan Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian sejurus selepas membuat
lawatan kerjanya meninjau projek ke Pulau Berhala bersama-sama rombongannya, kelmarin.
Katanya, penduduk Kampung
Pulau Berhala sangat beruntung kerana sejak kerajaan BN memerintah di Sabah
selama empat penggal iaitu kira-kira 20 tahun lalu, namun kampung ini tidak
putus-putus menerima pelbagai aspek pembangunan.
“Antaranya, pembinaan
jambatan, Masjis dan Madrasah, bekalan tenaga solar, Bangunan Sekolah Paip
Graviti dan pembinaan pangkalan Tentera Darat untuk menempatkan tentera RAMD
bagi menjaga keselamatan di perairan Sandakan,” jelas Liew.
KENANGAN…Raja
Muda Perlis Brig. Jenderal Tuanku Syed Faizuddin (lima dari kiri) dan V.K
Liew bergambar dengan Masyarakat Pulau
Berhala.
SEMANGAT
1….V.K Liew bergambar dengan murid-murid Madrasah Pulau Berhala.
“Kita tahu penduduk kampung
ini 100 peratus memang pengundi setia kepada BN sejak dahulu lagi dan sekarang
kerana mereka sudah mengecapi pelbagai kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan,”
ujanya.
Selama berada lebih kurang empat
jam di Pulau Berhala, V.K Liew dan rombongannya sempat menyambut kedatangan Raja
Muda Perlis, Brig. Jenderal Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulai Ibni Tuanku
Syen Sirajuddin Jamalulai ke Pulau tersebut untuk berbuka puasa bersama pegawai
dan anggota tentera di pulau berkenaan.
Turut serta dalam lawatan
tersebut Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan Charlie Pang; Pegawai Khas
kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong iaitu
Datuk Lim Ming Ho dan Setiausaha Bahagian UMNO Sandakan Hj Hamdan Hj Dikong.
Biarlah pembangunan adalah seimbang di semua kawasan.
ReplyDeleteThe local people deserve to get the help.
Deletesyukur dan bertuahlah kampung ni sebab tidak terpinggir dari pembangunan.
ReplyDeletepembangunan harus dilakukan disemua kawasan.
ReplyDeleteContinue to help the rakyat and BN will get the supports.
ReplyDelete