KIMANIS : ANGGOTA Dewan
Undangan Negeri Kawasan Bongawan Datuk Karim Bujang berkata kehadiran lebih 30,000
orang ke majlis berbuka puasa rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak di SMK Bongawan II, dekat sini, semalam menunjukkan majoriti rakyat
pedalaman bawah menyokong Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata tindakan dua
Anggota Parlimen BN negeri yang menyokong pakatan pembangkang tidak menjejaskan
sama sekali aliran sokongan rakyat terhadap BN terutama di pedalaman bawah yang
merangkumi kawasan Parlimen Beaufort, Kimanis dan Sipitang.
“Saya melihat rakyat di sini
(pedalaman bawah) menyokong kuat Barisan Nasional kerana mereka tahu hanya BN
sahaja yang boleh membela nasib mereka.
“Selain itu, mereka semakin
yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri yang banyak melakukan pembaharuan
termasuk program transformasi kerajaan yang membawa kebaikan kepada rakyat,”
katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata rakyat
pedalaman bawah turut menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman
yang berjaya meletakkan kedudukan kewangan negeri pada landasan yang betul.
Sehubungan itu, Karim
meminta rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pemimpin
pembangkang yang cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan pelbagai isu demi
kepentingan politik.
Majlis berbuka puasa semalam
turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Musa, Menteri
Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein. (Bernama
Teruskan menyokong apa pun program yang dianjurkan oleh kerajaan. Setiap program ini bukannya untuk orang lain tapi untuk rakyat juga.
ReplyDeleteThe people needs to support the government programs to ensure that it goes smoothly as possible.
DeleteSemua program yang bercorak perpaduan dan kesejahteraan harus juga diberi sokongan.
DeleteRamai juga yang hadir kalau macam itu. Nampak sangat kerajaan masih mendapat sokongan daripada rakyat.
ReplyDeleteHopefully the government will do their best to retain the people's votes, fulfill the promises to the people as what the government's slogan- Janji Ditepati proposed to do, so that they will not lose their confidence towards the BN government. May be best party win the majority votes during the next GE.
DeleteMore than 30,000 people attended the Buka Puasa event with Datuk Najib Razak, it seems that the Prime Minister still gets the support from the people in the rural Sabah. Hopefully the people will vote the best party in the next GE.
ReplyDeleteSabah Special Affairs Department Director Abdul Manap Lakariba said Sabah's current financial standing is the best ever under the leadership of Chief Minister Datuk Seri Musa Aman at RM3 billion. Even the Auditor-General praises Datuk Musa's budget management. Hope that Datuk Musa Aman will continue to improve the state finance stability.
ReplyDeleteDatuk Dr Marcus Makin Mojigoh also said BN is more solid now than it was before the defection of several leaders. Lajim Ukin, Wilfred Bumburing and Maijol Mahap decision to leave the party does not threaten the Party's stability or the people's support. There is no reason to worry about the defection of these leaders, just focus on facing the GE.
ReplyDeletenampaknya BN masih mempunyai peluang cerah di Sabah.. ramalan2 pro pembangkang kononnya akan ada kerajaan baru selepas PRU13 tidak sama sekali tidak menggambarkan situasi sebenar di negeri ini..
ReplyDeletepeluang untuk BN menang di sabah lebih besar daripada pembangkang...
DeletePembangkang tidak perlu berangan2 untuk mnegambil alih kerajaan yang ada sekarang kalau janji2 yang mereka buat sebelum ni pun masih banyak yang belum dipenuhi.
DeleteItu juga bergantung kepada rakyat sendiri menentukannya.
DeleteBukan mudah untuk diramal parti mana yang akan menang, tetapi, segala persaingan harus dijalan dengan lebih amanah.
Deletesyabas kepada Najib.. kerap2 la datang ke Sabah.. makin kerap beliau datang ke Sabah, makin kukuh kedudukan BN di negeri ini.. dan semakin tertekan pembangkang2 di negeri ini..
ReplyDeleteTahun nilah Najib banyak kali datang di Sabah. bukan dengan tangan kosong tapi dengan khabar baik buat rakyat dan yang paling bermakna sekali dengan pengumuman tentang penubuhan RCI.
DeleteBN memang mendapat sokongan kuat dari rakyat..
ReplyDeletenyata BN masih disokongi rakyat
ReplyDeleterakyat sedar bahawa BN sentiasa mendengar suara rakyatnya
ReplyDeletesemoga BN akan kekal disokongi ramai
ReplyDeletesebilangan besar rakyat Sabah tentunya akan menyokong BN di musim PRU nanti
ReplyDeleteTunggulah keputusan PRU-13 keluar..
Deletesemoga BN maju ke depan dan kekal berkuasa
ReplyDeleteBanyaknya yang hadir! Confirm BN menang lagi!
ReplyDeleteramai betul yang hadir, ini menunjukkan BN masih mendapat sokongan padu dari rakyat.
ReplyDeleteSokongan rakyat kepada BN masih padu lagi
DeleteRakyat Sabah masih lagi menyokong BN
ReplyDeleteBN harus membaiki kelemahan masing-masing supaya rakyat akan terus memberi sokongan.
ReplyDelete30000, what abt the rest? are they support Bn too? Any PATI?
ReplyDeleteBn masih akan menang, tetapi berapa banyak kerusi yang akan dimenangi berbanding PRU12?
ReplyDeleteLajim dan Bumbering akan memberi kesan sampingan terhadap BN di Sabah di PRU akan datang.
ReplyDeleteParti yang ikhlas dan sanggup berkorban untuk rakyat adalah pilihan utama.
ReplyDeleteSokongan dan kesetiaan parti komponen akan menggalak kemenangan yang lebih cerah.
ReplyDeleteKehadiran ini tidak membuktikan apa sebenarnya, kami menantikan pru yang akan menjadi jawapan untuk semua.
ReplyDeleteSama2 kita tunggu keputusan PRU13. Penentuan.
DeleteSokongan rakyat kepada BN amat diperlukan.
ReplyDelete