Oleh : NIGEL AW
WALAUPUN perhatian kini
ditumpukan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peranannya
memberi kewarganegaraan kepada imigran di Sabah untuk mengundi, Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mungkin menjadi sasaran.
Ketua pegawai Eksekutif Institut
Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata, pengumuman Suruhajaya
Diraja untuk menyiasat perkara itu mungkin menjejaskan legasi Mahathir, namun
Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri juga merupakan sebahagian
daripada legasi tersebut.
"Ada orang yang masih
menyalahkan Anwar kerana membawa masuk Umno ke Sabah sebelum ini," katanya
yang menambah, pentadbiran Mahathir bertanggungjawab mempengaruhi semua menteri
kanan pada masa itu.
Sekiranya Anwar turut
terlibat, Ketua Umum PKR itu juga akan terjejas, katanya ketika dihubungi
Malaysiakini.
Kesan kepada Anwar adalah
serius jika siasatan suruhanjaya itu turut mengaitkan bekas orang kanan
Mahathir itu.
Tambahnya, Anwar kini juga
masih aktif dalam arena politik sedangkan Mahathir telahpun bersara.
"Ia mungkin menjejaskan
Umno bawah Mahathir yang merupakan generasi lama, tapi generasi baru
(pembangkang) akan merana jika Anwar terlibat," katanya lagi.
Tambahnya, Najib mungkin
terpaksa mengumumkan RCI tersebut untuk membendung perkembangan di Sabah, namun
ia mungkin memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk keluar dari
bayang-bayang Mahathir sekiranya berjaya menjejaskan Umno.
No comments:
Post a Comment