Oleh : MOHD SABRI SAID
TASEK GELUGOR: Negeri Pulau
Pinang berjaya mengumpul 135,000 warga emas yang layak menerima sumbangan RM100
setahun kepada mereka sebagai penghargaan sumbangan bakti pada negeri ini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng
berkata, ia adalah hasil usaha cemerlang semua pihak dan merupakan 95 peratus
dari jumlah warga emas yang ada di negeri ini.
Ia sekaligus menunjukan
sokongan padu golongan terbabit untuk melincinkan pentadbiran yang cekap,
akauntabiliti dan telus (CAT) serta menyokong langkah bijak Kerajaan Negeri Pakatan
Rakyat menjagai hak mereka.
"Pertambahan bilangan
pendaftaran warga emas di negeri ini menunjukan sokongan golongan terbabit
terhadap usaha kerajaan negeri. Tindakan
Umno yang melemparkan fitnah kononya pemberian itu hasil sumber wang haram
tidak releven lagi, " katanya di hadapan penerima sumbangan warga emas dan
ibu tunggal Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Dewan Besar Sungai Dua pagi
semalam.
Kenyataan Setiausaha Umno
Negeri, Datuk Azhar Ibrahim memburuk-burukan usaha kerajaan negeri memberikan
wang RM100 kepada warga emas pada permulaan memperkenalkan dasar menghapuskan
kemiskinan tegar berlalu begitu sahaja.
Bahkan ada antara kumpulan
yang memulangkan wang itu sebelum ini awal-awal lagi sudah beratur panjang
mendapatkan wang berkenaan di tahun berikutnya.
Dasar kebajikan terutamanya
penghargaan kepada warga emas sambung Lim, sudah lama diamalkan di Thailand dan
lain-lain negara membangun.
Tetapi, di Malaysia dasar
itu tidak dipraktikkan, berkemungkinan kekayaan negara tidak mahu diagihkan
kepada rakyat kembali sebaliknya mahu diboloti oleh pemimpin yang tidak
bertanggunjawab.
"Masa memperkenalkan
dasar itu bukan main lagi Umno memperlekehkan dengan fitnah. Tetapi, lama
kelamaan apa yang mereka burukan makan diri dan akhirnya pengikut yang
sama-sama memulangkan wang kononya wang judi awal-awal lagi bertindak beratur
panjang tidak mahu lepas mendapatkan bantuan tersebut, " jelasnya.
Kepada semua rakyat, Lim
yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan
menegaskan, sudah sampai masanya rakyat menolak kepimpinan yang tidak telus,
banyak penyelewengan, perasuah, tidak hormati keadilan dan bertindak zalim
terhadap pendemo yang aman.
Keadaaan politik yang tidak
condong kepada BN mengusarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk
mengistiharkan tarikh pilihanraya umum ke 13, katanya.
No comments:
Post a Comment