Sunday, 5 August 2012

BN PELIHARA RAMAI PEMBELOT DI SABAH?




Oleh : OSIN DIKUN

BARISAN Nasional Sabah sewajarnya dipersalahkan kerana membiarkan pemimpin dan tokoh politik di Sabah melakukan pembelotan terhadap parti dan kerajaan; malah menggunakan jentera BN dan Kerajaan untuk menyuburkan pengaruh pembangkang di Sabah.

Kemasukan dua orang 'Penderhaka' yang pengecut ke dalam aliran Pakatan Rakyat, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin membawa bersama keahlian parti masing-masing, menunjukkan BN Sabah tidak mempedulikan 'gertakan keling' dua 'Panglima' hilang gelanggang ini.

Walaupun riak politik yang cuba membadai Sabah berjaya ditampan Perdana Menteri melalui pemecatan Lajim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; namun UMNO dan UPKO mengambil masa terlalu lama untuk memecat keahlian 'Panglima' dan 'PangEnam' ini sehingga mereka mendapat simpati luar biasa daripada rakyat Sabah.

Dalam keadaan bertempik sorak dan gegak gempita seteru politik Datuk Seri Musa Aman iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berjaya melakukan silap mata 'memasukkan unta ke lubang jarum' sehingga seorang demi seorang tokoh mencuba nasib untuk menconteng arang ke muka Perdana Menteri.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Silam yang Pro-Shafie Apdal, Dr (Palsu) Haji Salleh Kalbi melakukan kesalahan disiplin apabila hadir dan berucap di Majlis SAPP yang ketika itu telah keluar daripada Barisan Nasional.

Barisan Nasional Sabah tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Salleh melainkan tidak memilih beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional Silam seperti tradisi BN sebelum ini yang melantik Ahli Parlimen sebagai Pengerusi BN Parlimen berkenaan.

Salleh kini mula berjinak dengan Pakatan Rakyat kerana telah menyumbang dana kepada Ketua Cabang PKR, Johani Abdul Halim; malah mungkin terpaksa menjilat ludahnya yang sebelum ini menjenamakan Anwar Ibrahim sebagai 'Kereta Terpakai'.

Salleh tidak mempunyai pilihan melainkan mengikut jejak Bumburing dan Lajim kerana tidak lagi mendapat tempat di Silam setelah tidak memegang jawatan di dalam parti atau BN; malah tidak disenaraikan BN Silam untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2008,

Malah Salleh terpaksa bersaing dengan adik Shafie Apdal iaitu Datuk Haji Mohd Yusof Apdal yang mengidam kerusi Parlimen Silam setelah pernah dilucutkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Silam setelah Lembaga Disiplin UMNO mendapati beliau bersalah mengamalkan poitik wang.

Selain Salleh Kalbi, seorang lagi tokoh yang mempunyai hiraki sosial dan pengaruh yang kuat, iaitu Pengerusi GLC Kerajaan Negeri Sabah, Suria Capital Holdings Berhad yang juga Timbalan Pengerusi Sabah Forestry Development Authority (SAFODA); Tan Sri Ibrahim Menudin kini mula berjinak-jinak dengan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat setelah diwar-warkan akan dicalonkan di parlimen Labuan bagi menentang calon UMNO pada PRU-13.

Berdasarkan rekod perkhidmatan dan profail peribadinya yang memberansangkan, Ibrahim yang juga Mantan Penasihat Khas Ketua Menteri Sabah, menggunakan kedudukannya dalam Suria Capital dan beberapa GLC lain untuk mengukuhkan pengaruh politiknya dan tidak segan silu menghadiri beberapa acara pembangkang dan menemui pemimpin Pakatan Rakyat secara terbuka.

Mungkin Ibrahim lupa bahawa beliau tidak ubah seperti keldai yang membawa garam merentasi padang pasir namun tidak menyedari garam yang dibawanya larut ketika menyeberangi sungai yang dalam.

Persoalannya, kenapa tuan keldai (GLC) membenarkan keldai (Ibrahim) membawa garam sedangkan mereka tahu garam pasti larut di dalam sungai dan keldai (Ibrahim) langsung tidak mengetahui bahawa yang dibawa itu adalah 'Garam'!

Berjayakah Ibrahim melakukan kejutan dan menggigit tangan tuannya yang memberi makan selama ini dengan melakukan kejayaan 'Hatrick' iaitu Keldai yang mendapat kepercayaan tuannya; keldai yang berjaya makan di gudang PKR dan membuang najis di dulang BN; dan menjadi keldai pertama di dunia yang dipilih sebagai calon parlimen?

23 comments:

  1. As a democracy country, one has the freedom to choose his/her political party.

    ReplyDelete
    Replies
    1. There is nothing we can do about them leaving the party, as this is their rights.

      Delete
    2. Kenapa pula berkata pembelot, masing-masing diberi kebebasan menyertai mana-mana parti.

      Delete
  2. Not easy to bring down BN. Even the oppositions do not have a strong pact.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa Aman said there are many opposition assemblymen and MPs left their party, but BN did not make any noise about it. Only opposition party are over excited about the two members of parliament leaving the party.

      Delete
  3. biasalah dalam politik malaysia...kita amalkan sistem demokrasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa Aman hope that no party members will back stab or sabotage the party, all members should unite and cooperate.

      Delete
    2. mereka nak belot dan keluar parti itu hak mereka. negara kita ada kebebasan memilih.

      Delete
    3. Harap PRU juga mencapai demokrasi.

      Delete
  4. apa2 pun, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada pru13 nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Chief Minister is confident that the people will continue to support BN because they were aware that only the BN government was capable of fulfilling promises made.

      Delete
  5. Datuk Dr Marcus Makin Mojigoh said BN is more solid now than it was before the defection of several leaders. Good that Lajim and Bumburing have left the party.

    ReplyDelete
  6. BN Sabah takkan terjejas oleh mereka yang keluar parti.

    ReplyDelete
  7. jejas BN atau tidak, kami menunggu perkembangan selanjutnya.

    ReplyDelete
  8. Ada juga pembangkang menyertai BN.

    ReplyDelete
  9. Harus hormati keputusan masing-masing. Lompat parti memang kebiasaan dalam politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree to no name, just respect their decision, thy are freely to make any decision.

      Delete
  10. Pembelot memang serius tuduhannya. Lompat parti sering berlaku dalam politik, tidak harus membuat tuduhan sebegini.

    ReplyDelete
  11. Bumbering and Lajim will bring along some votes from BN to opposition too.

    ReplyDelete
  12. BN Sabah semakin huru hara dengan kehilangan pemimpin yang berpengalaman di Sabah.

    ReplyDelete
  13. Serahkan undian kepada rakyat untuk menentukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat akan menentukan sama ada mahu bersama pembelot atau tidak.

      Delete
  14. Pembelot2 tu akan ramai yang lompat katak. Jadi, biarkan.

    ReplyDelete