Tuesday, 14 August 2012

PAKATAN HANYA CARI KEUNTUNGAN DARIPADA RCI





KOTA BELUD : Parti pembangkang di negeri ini sebenarnya tidak berminat untuk mencari penyelesaian bagi masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan sejak sekian lama melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Sebaliknya, kata beliau pembangkang atau Pakatan hanya ingin mencari keuntungan politik melalui penubuhan suruhanjaya itu.

"Macam mana kita boleh tahu hasil sesuatu tugas yang belum dilaksanakan? Kita perlu beri masa secukupnya kepada anggota panel RCI ini untuk menyiapkan siasatan mereka.

"Malah, parti pembangkang tidak berminat langsung untuk menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah.

"Sebab itulah mereka terus menggunakan isu ini untuk menawan hati dan minda pengundi pada pilihan raya umum akan datang," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin. (Bernama)

33 comments:

  1. Namun kita rasa RCI ini sememangnya telah pun diterima oleh parti pembangkang juga. Parti Maju Sabah telah membuat desakan dan kerjasama badan-badan NGOs dan parti-parti politik di Sabah supaya menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bersabit dengan pendatang tanpa izin. Kerajaan pasti akan melaksanakan RCI ini secepat yang boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik kita menyokong RCI sepenuhnya.

      Delete
  2. Pemimpin Sabah juga menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing termasuk tuduhan pembangkang yang mendakwa pendatang asing diberikan kerakyatan dan didaftar sebagai pemilih. Maka dengan kehadiran RCI ini akan mampu menyiasat setakat mana kebenaranya dalam hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ad juag bukti dimana pendatang haram memegang mykad, ini bukan dakwaan atau rekaan cerita.

      Delete
  3. Datuk Ongkili yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),berkata gembira dengan penubuhan suruhanjaya diraja itu yang dibangkitkan sejak 1999 lagi apabila PBS masih lagi merupakan parti pembangkang sebelum menyertai Barisan Nasional sebagai parti komponen pada 2002.

    Bayangkan RCI dibangkitkan sejar 1999 lagi sehingga sekarang. Namun Datuk Najib adalah PM yang berani dengan penubuhan RCI ini untuk Sabah. Kita percaya Datuk Najib PM yang terbaik setakat ini. Begitu juga dengan ISA yang mana beliau berani mansuhkan, beliau ingin mendengar suara rakyat tanpa ada rasa takut ditahan ISA. Ini yang Najib lakukan. Suara rakyat itu yang penting baginya. Sebab itulah ISA dimansuhkan.

    ReplyDelete
  4. Dengan kehadiran RCI ini nanti telah mendapat sambutan yang baik di Sabah. Sana sini kedengaran suara mengenai RCI. Ramai pihak menyambut baik penubuhan RCI itu. Antaranya dari UMNO Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan MIC Sabah dan begitu juga dengan parti Pembangkang seperti SAPP dan STAR.

    ReplyDelete
  5. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyambut baik pengumuman itu kerana yakin dapat menyelesaikan aduan dan rayuan rakyat negeri Sabah yang berhadapan dengan pendatang tanpa izin di Sabah. Memang mendapat sambutan bukan RCI untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah. Kerajaan sememangnya cuba yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  6. BN buat RCI, Pakatan pun mahu buat. Semua aduan, masalah yang pembangkang lemparkan sebenarnya antara sudah dibuat atau dalam proses untuk dilaksanakanoleh kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila mahu dekat pilihan raya, semua pun mahu dijadikan isu.

      Delete
    2. Aduan yang tidak berkenaan harus diabaikan.

      Delete
  7. siapa tidak kenal dengan pembangkang2 di Malaysia.. betul atau tidak betul tindakan yang dibuat oleh kerajaan, mereka tetap akan bangkang..

    ReplyDelete
  8. kalaupun kerajaan ikut cakap pembangkang 100%, pembangkang tetap akan bangkang dan pertikaikan tindakan itu.. bagi mereka tindakn itu hanya betul jika mereka yang laksanakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar pembangkang akan sentiasa tidak bersetuju dengan usaha kerajaan.

      Delete
  9. mungkin lebih tepat lagi jika saya katakan pembangkang sebenarnya tidak mahu isu PATI dan projek IC ini diselesaikan sebelum mereka berjaya merampas Puterajaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang tidak peduli mengenai PATI di Sabah yang penting isu RCI dimainkan untuk menarik perhatian rakyat.

      Delete
    2. Sokongan semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan RCI terhadap projek ic.

      Delete
  10. Kerajaan Negeri sangat2 menyokong penubuhan RCI di Sabah dan akan mengutamakan suara2 rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokongan kerajaan negeri memang penting untuk menjayakan RCI ini.

      Delete
  11. RC dah ditubuhkan ada jg orang nak burukkan RCI. itulah pembanngkang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jugalah dengan tuntutan Bersih dulu untuk penambahbaikan PRU. bila kerajaan sudah tubuhkan PSC dan hasilnya diumumkan, masih juga ada yang tidak memuaskan hati pihak Bersih termasuklah pembangkang.

      Delete
  12. kita seharusnya beri kerjasama agar RCI dilaksanakan dgn jayanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat dan juga semua pemimpin serta parti sepatutnya memberikan sokongan penuh pada penubuhan RCI ni. janganlah setelah ditubuhkan pun masih juga bising2 tentang RCI.

      Delete
  13. Sejak Najib memimpin negara ini, semua usaha telah dijalankan bermula dengan program 6P bagi pendatang asing tanpa izin (5P di Sabah) dan sekarang menerusi penubuhan RCI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jelas 6p & 5p tidak dapat berfungsi seperti yang dijangka, itulah RCI diperlukan.

      Delete
    2. Terbukti kerajaan akan mencuba semua cara untuk menyelesaikan isu pendatang haram.

      Delete
  14. Kerajaan tidak tergugat dengan kenyataan2 pembangkang mengenai RCI. Kerajaan akan teruskan RCI yang prihatin terhadap suara2 rakyat.

    ReplyDelete
  15. Semoga RCI dpat berkhidmat dengan amanah untuk membawa golongan yang berkait dengan projek ic ke mahkamah.

    ReplyDelete
  16. Ada juga pihak memainkan isu ini untuk menarik perhatian.

    ReplyDelete
  17. Im sure opposition sincere to resolve pati also, we need to know the truth of bring in so many illegal immigrants.

    ReplyDelete
  18. memang pakatan tiada hati mahu menyelesaikan isu PATI di sabah kerana pakatan mahu berikan status penduduk tetap kepada PATI jika pakatan menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, PR pernah kata yang mereka mahu berikan status PR kepada golongan ini.

      Delete
  19. Pakatan mungkin gunakan pekara ini untuk mencari sokongan.

    ReplyDelete
  20. Isu pati harus disiasatan dengan terperinci, mungkin ada golongan yang berpangkat dan berkuasa terlibat.

    ReplyDelete