Tuesday, 14 August 2012

RCI HANYA SYOR CADANGAN DAN BUKAN HUKUMAN




KOTA KINABALU : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah kehadiran pendatang asing di Sabah tidak mempunyai kuasa perundangan untuk menentukan penghakiman terhadap pesalah seperti yang dicadangkan oleh beberapa pemimpin di negeri itu.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok berkata penghakiman dilakukan oleh mahkamah dan RCI hanya boleh mengesyorkan bentuk tindakan yang harus diambil oleh kerajaan.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perldangan dan Komoditi, mengulas mengenai gesaan beberapa pemimpin tertentu bahawa terma rujukan (TOR) penubuhan RCI itu harus membabitkan penentuan penghakiman dan hukuman terhadap pesalah.

Beliau berkata terma rujukan RCI itu tidak harus dipolitikkan kerana niatnya murni bagi menangani isu pendatang tanpa izin ke Sabah sama sekali.

"Saya fikir TOR cukup luas dan memadai untuk membenarkan siasatan dijalankan dari semua aspek," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sijil kepada kumpulan kedua graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), di sini.

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan TOR bagi RCI itu yang dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. (Bernama)


28 comments:

  1. Betul. RCI bukannya hukuman sebenarnya. Tapi dengan cara inilah yang dapat dibuat untuk memastikan keberkesanan menangani masalah yang dihadapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga melalui RCI penyelesaian terbaik akan dapat dibuat.

      Delete
    2. Pihak RCI harus membuktikan kebolehan untuk menanggani isu PATI.

      Delete
  2. Penubuhan RCI ini satu perkara yang patut kita terima sebaiknya. Kerana RCI ini dapat memastikan yang mana masalah PATI dan projek IC ini akan dapat diselesaikan. Jadi ini satu usaha yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak semestinya boleh tetapi satu cubaan yang baik untukmencari punca.

      Delete
  3. Sebab itulah juga kenapa RCI ini perlu ada TOR. Ini bagi memastikan RCI ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. RCI ini ditubuhkan bukannya suka-suka tapi untuk yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. RCI baru saja nak dilaksanakan. Sepatutnya biar ia dijalankan dahulu dan bukannya terus2 dikritik. Pihak pembangkang sengaja mahu kelirukan rakyat.

    ReplyDelete
  5. jika rakyat diminta mebuat pandangan berkenaan dengan terma RCI ini, pasti mereka akan bersetuju dan berpuas hati.. tapi kalau minta ahli2 politik pembangkang yang bagi pandangan, sekalipun terma itu datang dari idea mereka, mereka tetap akan pertikaikan selagi bukan mereka yang memerintah negara ini..

    ReplyDelete
  6. jika kerajaan tidak serius menangani masalah PATI ini, bagaimana ada operasi 2 kali seminggu oleh Jabatan Imigresen Sabah? bagaimana ada program 5P di negeri ini?, dan terbaru yang terbaru ialah RCI Sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan sentiasa berusaha menangani masalah PATI di Sabah

      Delete
  7. sebelum pemimpin2 pembangkang tampil mempertikaikan penubuhan RCI, baik mereka pertikaikan dulu janji buku jingga pakatan.. kerana dalam buku itu ada disenaraikan bahawa PATI di Sabah akan diberikan status PR sekiranya rakyat memberikan mereka mandat memerintah negara ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku Jingga PR tu tidak semuanya sesuai untuk Sabah.

      Delete
  8. Tranformasi yang dilakukan oleh PM harus disokong oleh rakyat.

    ReplyDelete
  9. RCI hnya akan jalankan siasatan, dan hasil siasatan boleh dijadikan bukti untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agak jabatan mana yang pertama disiasat?

      Delete
  10. TOR lapan perkara bagi RCI itu yang menurut PM telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

    ReplyDelete
  11. Diharap pesuruhjaya (RCI) akan bekerja keras dan cuba menyiapkan siasatan dalam tempoh masa yang diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panel2 yang dilantik memikul tanggungjawab yang besar dan perlu laksanakan tugas dengan amanah.

      Delete
  12. Kewarganegaraan harus berdasarkan undang2 yang sah.

    ReplyDelete
  13. Hoping the panel selection is carry out in accordance to capability.

    ReplyDelete
  14. Mereka yang disyaki berkait rapat dengan projek ic harus disiasat terlebih dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siasatan yang teliti harus dibuat agar isu pati dapat selesai sepenuhnya.

      Delete
  15. Golongan panel harus diberi kuasa yang mencukupi untuk membuat siasatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree to Anonymous, they should given enough authorise to handle the RCI.

      Delete
  16. RCI sudah dinanti sekian lama. harap penubuhan nya ini akan memberikan hasil yang positif untuk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  17. Semoga mereka yang terlibat akan dikenakan hukuman yang kuat.

    ReplyDelete
  18. Tempoh 6 bulan seharusnya mencukupi.

    ReplyDelete
  19. Mengharapkan RCI dapat melaksanakan tanggung jawab untuk menanggani isu PATI yang semakin serius.

    ReplyDelete