Oleh : MUDA MOHD. NOOR
PETALING JAYA: Bibit-bibit
tidak puas hati Sabah terhadap kerajaan Pusat susah mula tercetus sejak pilihan
raya umum 2008, kata penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM),
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.
Beliau juga berkata, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga lambat bertindak untuk menyelesaikan
masalah di Sabah itu.
“Najib nak pergi Sabah pada
11 Ogos ini, ini sudah terlambat. Sepatutnya dia jumpa pemimpin-pemimpin itu
sejak awal lagi.
“Bincang dengan
mereka…selesaikan awal-awal,” kata beliau ketika dihubungi petang ini.
Walaupun, Sabah memberi
kemenangan besar kepada BN tetapi Pusat tidak melayannya dengan baik, tambah
beliau.
Bagaimanapun, Dr Mohd
Azizuddin menegaskan banyak faktor yang menyebabkan rakyat Sabah tidak puas
hati atau pun marah kepada Pusat.
“Orang Melayu marah kerana
isu pendatang asing tidak diselesaikan. Mereka merasa pendatang asing ini telah
merampas hak-hak mereka.
“Orang Kadazan pula mahukan
jawatan Ketua Menteri sebagaimana era
pemerintahan Tan Sri Pairin Kitingan. Mereka marah kerana penggiliran jawatan
Ketua Menteri sudah ditiadakan,” katanya lagi.
Jawatan Ketua Menteri kini
disandang oleh Datuk Seri Musa Aman dari Umno.
Isu
pembangkang lebih menarik
Dr Mohd Azizuddin menambah,
pembangkang telah membentangkan isu-isu yang lebih menarik minat orang Sabah.
Katanya, isu seperti
pemberian royalti minyak dan ekonomi diterima oleh orang Sabah.
Bagaimanapun, beliau berkata
masih awal untuk mengatakan Sabah akan membuka laluan kepada Pakatan Rakyat
mengambil alih kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.
“Tetapi jika lebih ramai
lagi pemimpin Sabah keluar BN, ini bermakna negeri itu bukan lagi simpanan
tetap kepada BN.
“Saya nampak gelombangnya
sudah ada tetapi masih awal untuk melihat hasilnya,” tambah Dr Mohd Azizuddin.
Beliau berkata demikian
sebagai mengulas keputusan dua pemimpin BN Sabah – Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing – meninggalkan parti itu.
Lajim merupakan ahli
Parlimen Beaufort dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Wilfred
adalah ahli Parlimen Tuaran. Senator Datuk Maijol Mahap juga mengisytiharkan
keluar BN hujung minggu lalu. (FMT)
Tindakan kedua2 pemimpin ni keluar parti adalah kemuncak kepada ketidakpuasan hati mereka. mungkin ini juga boleh dijadikan pengajaran buat kerajaan Pusat.
ReplyDeleteIt is possible the two leaders left because they wanted a higher position within the party, just like Jeffrey who left Sabah PKR because he couldn't become the president.
Deletemereka keluar kerana tidak puas hati dgn jawatan mereka dan inginkan jawatan lebih besar.
DeleteSudah berlainan agenda, lebih baik keluar dari Bn.
DeleteSemoga mereka ni bukan mengejar kepentingan diri semata2.
ReplyDeleteFrom the way I see it, the local opposition are still unwilling to let go of their interest and cooperate for the greater good of Sabahans.
DeleteThe oppositions' issues might be interesting but it doesn't mean they can solve them.
ReplyDeleteThe opposition better resolve their internal conflict before trying to face the next general elections.
DeleteThe opposition and BN has internal conflict too, both need to resolve it to regain trust and confidence.
DeleteSabahans should be treated fairly. PATI problems are !@#$.
ReplyDeleteThe illegal immigrants problem should be resolve as soon as possible. Hopefully the PM will announce the formation of RCI this week.
Deletepembangkang di sabah belum ada kerjasama antara mereka...jadi peluang kemenangan BN sabah pada pru13 lebih besar..
ReplyDeleteIt is true that the local opposition parties still have trouble uniting for mutual goals. It would be difficult to gain advantage over the united BN parties.
Deletemasih awal untuk mengatakan PR berpeluang menang di sabah...yang pasti BN sabah lebih kukuh dan mantap berbanding dengan parti2 pembangkang di sabah..
ReplyDeletePutatan MP Datuk Dr Marcus Makin Mojigoh said that BN is now more solid than it was before the defection of several leaders. Good that the traitors have left.
Deletekehilangan lajim dan bumbering akan memberi pandangan yang amat negatif terhadap BN oleh rakyat.
DeleteSemua mempunyai peluang yang adil, cuma harapkan PRU yang lebih bersih dan amanah dapat dilaksanakan.
DeleteHope that Datuk Najib Razak will work harder to resolve the problems arising in Sabah so that the people will feel more confident with his governance.
ReplyDeleteNajib harus menunaikan janji yang dibuat supaya rakyat berasa kerajaan juga mementingkan rakyat di Sabah.
Deletejika sabah dilayan dgn baik, pasti semua puast hati.
ReplyDeletePerasaan tidak puas hati bukan dari 2008 sahaja tetapi bertahun-tahun sebelumnya.
ReplyDeleteIts all been keep for ages, the people will do for the shake of their future.
DeleteKhabar angin mengesahkan ada lagi beberapa yang bersedia keluar dari BN, betul ke?
ReplyDelete“Najib nak pergi Sabah pada 11 Ogos ini, ini sudah terlambat. Sepatutnya dia jumpa pemimpin-pemimpin itu sejak awal lagi.
ReplyDeleteTidak lambat, Sabah masih banyak memerlukan perhatian dan bantuan oleh kerajaan.
Lajim dan Bumbering akan memberi kesan negatif kedapa BN juga. INi juga kebimbangan Najib untuk mengekalkan kuasa di Sabah.
ReplyDeletetiada kesan mereka lompat kepada BN.
DeleteBiar katak berkumpul dengan katak2 yag lain.
ReplyDelete