SANDAKAN : Presiden Parti
Liberal Demokratik (LDP) Datuk V.K Liew menggesa penduduk Sandakan memberikan
sokongan padu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, kedua-dua
pemimpin amat komited dalam membawa pembangunan positif di negeri dan negara
ini.
Semasa membuat gesaan itu,
beliau berkata rakyat dapat melihat sendiri pembangunan yang sedang berlaku di
Sandakan termasuk Hab Pendidikan dan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) yang
pesat berkembang.
"Semua ini menawarkan
pelbagai peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi setempat. Kami menghargai
dedikasi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang bekerja keras membawa
pembangunan (bagi Sabah).
"Sektor pelancongan
juga semakin berkembang dengan pelancaran sebuah hotel antarabangsa lima
bintang di dataran Sandakan Harbour yang terkenal ini.
"Malahan bandar lama di
Sandakan dan perniagaan di Central Market semakin rancak berikutan penduduk
kini mula kembali ke sini. Saya yakin lebih banyak peluang perniagaan akan
wujud dan ini akan membantu mewujudkan lebih banyak peluang kerja dan
merangsang lagi ekonomi setempat," katanya pada majlis berbuka puasa yang
dihadiri lebih 2,000 pemilih berdaftar di Dewan Orang Ramai Sandakan di sini
malam semalam.
V.K.Liew berkata rakyat
perlu terus memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) kerana ia
terbukti berupaya memperjuangkan kebajikan rakyat. (Bernama).
Teruskan menyokong parti yang mampu memberikan ynag terbaik kepada kita.
ReplyDeleteV. K Liew urged the people to continue to give support tothe BN government as it has been proven that they are capable of fighting for the people's rights. Hope that the people of Sandakan will make the right choice during the next GE, vote wisely.
ReplyDeleteThe Education Hub as well as the POIC are some of the developments brought to Sandakan which gives a boost to the local economics and job opportunities. Hopefully the government will also do their best to bring more developments in the district.
ReplyDeleteVK Liew also deserve support from sandakan folks for successfully bringing more development to Sandakan..
DeleteTeruskan menyokong parti yang benar-benar mampu memberikan penduduk dengan pelbagai kebaikkan dan kemudah yang terbaik.
ReplyDeletejangan sokong parti yang hanya tahu berkempen dan suka mengambil kesempatan disebalik kesempitan rakyat..
Deleteyup.. kedua2 pemimpin ini telahpun menunjukkan prestasi cemerlang diperingkat negeri dan persekutuan..
ReplyDeletePenduduk tetap akan beri sokongan padu selagi BN tunaikan janji mereka.
ReplyDeleteRakyat pasti bijak memilih bila pilihanraya nanti. kerajaan yang ada sekarang tetap kekal selagi rakyat merasakan hak dan kebajikan mereka terjaga.
DeleteMusa dan najib byk bawa perubahanm rakyat pasti akan terus memberi sokongan
ReplyDeletePerubahan yang positif hasil pimpinan Datuk Musa Aman di Sabah
DeleteMusa Aman memang patut disokong, beliau memimpin Sabah dengan baik.
ReplyDelete