Oleh : CLARA CHOOI
KOTA MARUDU : Datuk Seri
Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan sengaja mendedahkan siapa yang bertanggungjawab
dalam menjadikan pendatang asing sebagai 'Pengundi Untuk Disewa' dengan
melindungi orang tertentu.
Ketua pembangkang itu
berkata Suruhanjaya Diraja itu telah gagal dari awal kerana tidak ada langkah
seperti mencari siapa yang bertanggungjawab dan menghukum orang-orang yang
terlibat.
“Ini adalah jenayah yang
besar, terutamanya melibatkan rasuah, penipuan dan pemalsuan dokumen. Tetapi,
tidak ada dalam terma untuk menghukum pesalah dalam RCI ini,” beliau
memberitahu wartawan selepas majlis pengumuman kemasukan seorang bekas anggota
Barisan Nasional (BN) ke Pakatan Rakyat (PR) kelmarin.
RCI yang ditubuhkan bagi
menyiasat pendatang tanpa izin di Sabah bagi menyiasat jika adanya kesalahan
memberi kad pengenalan kepada warga asing dan diletakkan dalam daftar pemilih.
Tetapi dalam terma panel
yang diumumkan di Kota Kinabalu semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak, tidak termasuk mendedahkan identiti mereka yang terlibat dalam memberi
kad pengenalan kepada warga asing ini.
Pembangkang sering
menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam peningkatan pendatang asing dalam
negeri itu dengan mendakwa beliau terlibat dengan projek yang dikenali sebagai 'Projek
M' atau 'Projek IC'.
'Projek IC' dikatakan
bermula pada 1980-an ketika Dr Mahathir berkuasa, di mana kad pengenalan
Malaysia diberikan kepada warga asing di Sabah untuk mengekalkan BN dalam
pemerintahan.
“Ya, nampaknya Dr Mahathir
gementar dengan RCI,” kata Anwar di sini.
“Tetapi BN mesti memberi
jaminan bahawa mereka tidak memilih bulu, dalam mencari siapa yang menerima
rasuah dan memalsukan dokumen, jika tidak seluruh RCI akan gagal,” katanya
lagi.
Anwar menambah bahawa
pengundi Sabah mungkin ada yang meragui RCI, kerana keengganan kerajaan selama
bertahun-tahun untuk mewujudkan panel.
Dia menerangkan masalah
berdekad ini tidak mampu diselesaikan dalam masa enam bulan untuk panel ini
memberi cadangan kepada kerajaan.
Ketua umum PKR itu berkata
ini cuma permainan politik, kerana penubuhannya hampir dengan pilihan raya akan
datang, dan menambah bahawa Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) dalam
membaiki pilihan raya, akan gagal untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa
izin di Sabah.
"Ini semua cuma gimik.
Mereka (kerajaan) tidak serius. Saya percaya ramai rakyat Sabah tidak percaya
dengan RCI kerana sudah beberapa kali permintaan mereka untuk panel ini tidak
diterima," katanya lagi.
Najib semalam mengumumkan
terma dalam RCI selepas dua minggu dua ahli politik Sabah Ahli Parlimen Tuaran,
Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri
Lajim Ukin keluar parti.
Mereka berdua tidak berpuas
hati dengan kerajaan melengah-lengahkan RCI, walaupun Kabinet telah bersetuju
untuk mewujudkannya pada 8 Februari tahun ini.
Di Sabah, topik pendatang
tanpa izin ini sudah menguasai isu pilihan raya sejak 1970 dengan kebanyakan
penduduk asal percaya pendatang ini mencipta masalah sosial, ekonomi dan
keselamatan.
Anwar tidak perlulah lagi cuba memburukkan kerajaan sedangkan diri sendiri pun tidak kurangnya dulu semasa menjadi TPM. Anwarlah yang berkuasa dengan perkara ini dahulu.
ReplyDeleteWhen the RCI is established, Anwar should be one of the people to be investigated as he was the DPM when Dr Mahathir initialize Project M. Surely he knew something about it if not indirectly involved.
DeleteEwon Benedict said Sabah leaders and residents should appreciate the Royal Commission of Inquiry on illegal immigrants in Sabah as it could resolve the issue. He also thanked the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s commitment to forming the RCI. We should wait for the government's go ahead to start the inquiry now.
ReplyDeleteThe government had just announced the appointment of members for the RCI panel which includes former Universiti Malaysia Sabah vice chancellor Datuk Dr Kamaruzaman Ampon , former Sabah Attorney General Tan Sri Herman Luping , former Kuala Lumpur police chief Datuk Henry Chin and former State Secretary Datuk KY Mustafa.
ReplyDeleteThe panel will also be lead by Former High Court judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Steve Shim.
Now we should just wait for the government's announcement for the RCI panel to begin their investigation.
Anwar cuma mencari sesuatu daripada penduduk Sabah sebenarnya. Beliau cuma mencari sokongan dan bukannya kepentingan penduduk Sabah.
ReplyDeleteAnwar hanya mahu undi rakyat Sabah. bila berjaya nanti, jangan harap janji akan ditunaikan kepada rakyat.
Deletesi Anwar pun terlibat ba ni.. pura2 konon mempertikaikan terma2 RCI..
ReplyDeletekalau mahu disiasat pihak2 yang terlibat, rakyat Sabah pun terlibat.. ada laporan sebelum ini dimana penduduk kampung sendiri mebantu PATI mendapatkan kerakyatan Malaysia..
ReplyDeletekalaupun tidak disenaraikan dalam terma2 itu, masa siasatan nanti, tetap melarat juga siasatan itu sehingga kepada dalang pemberian projek IC..
ReplyDeleteterma2 RCI yang diumumkan Najib ini telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.. adakah Anwar berniat mahu mempertikaikan keputusan yang dipersetujui oleh Agong?
ReplyDeleteNama Anwar bakal2 muncul sebagai orang2 yang bertanggungjawab dalam projek ic ni kan? Siapa suruh tolak RCI ni masa 1994 dulu. Kena balik sudah.
ReplyDeleteAnwar mula sudah dgn putar belit dia tu. rakyat jgn mudah terpengaruh dgn kata2 Anwar.
ReplyDeleteAnwar memang pintar dalam belit membelit.
DeleteJangan mudah terpengaruh dengan cakap2 Anwar tu
ReplyDelete