Friday, 3 August 2012

PKR JANJI TURUNKAN HARGA BARANG DI MALAYSIA TIMUR




KABOTAJ......Anwar Ibrahim berkata Dasar Kabotaj “tidak masuk akal”.

Oleh : CLARA CHOOI

PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berjanji akan menghapuskan polisi kabotaj yang memerlukan barang hanya dihantar oleh kapal tempatan untuk menjadikan harga kereta dan barangan lain lebih murah di Sabah dan Sarawak.

Dasar kabotaj negara dianggap sebagai kontroversi dan sering dianggap sebagai punca kenaikan harga barang di Malaysia Timur.

Langkah baru PKR dilihat sebagai dasar Pakatan Rakyat untuk memenangi dua negeri yang telah dianggap sebagai 'kubu kuat' untuk Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum Parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam kenyataan medianya hari ini, dasar yang diperkenalkan pada tahun 1980an itu 'tidak ekonomik' dan perlu diubah sepenuhnya.

“Jika kita perlu ambil barang dari Hong Kong, kenapa perlu ke Pelabuhan Kelang dahulu? Ini tidak masuk akal.

“Ini langsung tidak ekonomik kecuali kepada para kroni yang berniat hanya mahu memperkayakan golongan tertentu dengan menaikkan harga barang di Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.

Dia juga berkata Pakatan Rakyat mencadangkan harga kereta diturunkan dengan menghapuskan duti eksais dan melihat semula dasar Permit Yang Dibenarkan (AP) untuk memastikan Sabah dan Sarawak dapat menikmati harga yang lebih murah.

Ahli politik dan ketua masyarakat di Sabah dan Sarawak sudah lama menentang dasar kabotaj, dengan mengatakan ini tidak perlu dilakukan untuk mengelakkan jurang ekonomi antara Malaysia Timur dan Semenanjung.

Dalam tahun 1980-an semua barangan yang dihantar perlu dihantar dengan kapal Malaysia yang menyebabkan kenaikan harga barang dan meningkatkan kos di Malaysia Timur. (TMI)

1 comment:

  1. Saya ada buat kajian lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, Giant dan 99 Speedmart. Takde kesempatan lagi untuk Carrefour. List tu belum complete.

    Tapi saya ada buat summary list membandingkan semua harga barang untuk lebih 20 barang dan dapat berjimat RM40 untuk 20 barang. List barang2 tu boleh download kat http://www.konfius.com

    Sebenarnya list ni utk mak saya dan saya harap dapat update list ni setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja.

    Ini youtube link untuk kempen kesedaran pengguna malaysia http://www.youtube.com/watch?v=8mCdL0sIXk0

    ReplyDelete