Friday, 3 August 2012

SPNB JAMIN PEMAJU AKAN SIAPKAN PANGSAPURI




KOTA KINABALU: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Sabah memberi jaminan pemaju akan menyiapkan sepenuhnya pangsapuri Taman Vista Minintod, Penampang selewat-lewatnya penghujung tahun ini, kata Pengurus Cawangan SPNB Sabah, Mohd Hafiz Abdullah.

Beliau berkata, kelewatan berpunca daripada masalah kontraktor yang tidak mampu menyiapkan kerja mengikut tempoh ditetapkan.

Katanya, kontraktor yang dipertanggungjawabkan menyiapkan projek itu meminta tambahan masa beberapa kali menyebabkan jadual asal penyiapan gagal dipatuhi.

“Kontraktor meminta tambahan masa beberapa kali menyebabkan jadual asal penyiapan projek gagal dipatuhi.

“Sehingga kini, struktur bangunan hampir siap 99 peratus dan kini pemaju giat menyiapkan kerja fizikal luaran seperti perpaipan dan lain-lain lagi,” katanya, di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar mengenai ketidakpuasan hati para pembeli rumah di Vista Minintod Penampang dan meminta supaya SPNB memberikan penjelasan mengenai kelewatan itu.

Ramai pembeli rumah di taman perumahan itu turut mendakwa kelewatan penyiapan projek itu menyebabkan mereka terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi.

Mohd Hafiz berkata, semua kerja fizikal taman perumahan itu dijangka siap sepenuhnya September ini.

“Penyerahan kunci kepada pembeli dijangka hanya dapat dilakukan selepas sijil kelayakan menduduki diperolehi.

“SPNB sedia membayar caj kelewatan penyerahan rumah kepada pembeli mengikut kadar lapan peratus setahun seperti yang tertera pada perjanjian,” katanya.

Mohd Hafiz turut mengalu-alukan para pembeli untuk datang ke pejabat SPNB terdekat bagi mengetahui lebih lanjut mengenai status projek perumahan di bawah SPNB.

“Pihak kami sedia menerima kehadiran pembeli bagi mengetahui permasalahan yang dihadapi dan sedia menerangkan apa sahaja status mengenai projek perumahan di bawah SPNB,” katanya.

Projek SPNB itu yang dimulakan pada 2008, pada awalnya dijadualkan siap dan mendapat sijil kelayakan menduduki pada Februari 2010 namun gagal dipatuhi dipercayai akibat kelemahan kontraktor.

8 comments:

  1. kalau tiada aduan pasti sampai tahun depan pun perumahan ni tidak akan siap.

    ReplyDelete
  2. Kontraktor yang tidak dapat siapkan projek yang diberi pada masa yang ditetapkan harus diberi amaran dan dikenakan tindakan. lain kali perkara macam ni terjadi, blacklist saja. mujurlah SPNB sedia membayar caj kelewatan penyerahan rumah kepada pembeli.

    ReplyDelete
  3. moga projek perumahan itu akan siap seperti dijanjikan.

    ReplyDelete
  4. Learn from the private developer. Lessen down the bureaucracy problem.

    ReplyDelete
  5. Pity the buyers who have to bear the loss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The developers of Taman Vista Minintod Apartments should make due compensation to the buyers for the delay of the project completion.

      Delete
  6. Hopefully the developers of the Taman Vista Minintod Apartments in Penampang will be completed as guaranteed by the SPNB. We shall wait and see if they can successfully finish the project by end of this year.

    ReplyDelete
  7. SPNB Patut mula bayar pampasan sekarang utk mengurangkan beban pembeli. Jangan asyik tunggu di bawa ke Mahkamah baru mau runding
    SPNB Perlu proaktif la.

    ReplyDelete