Oleh
: MOHD YUSRI BIN AZMAN SHAH
IKATAN
Pencari Kebenaran Sabah (IKPS) kali ini ingin meminta agar polis yang terlibat
dalam Mesyuarat Agung DPPIMS baru-baru ini yang telah dimaklumkan menerusi
artikel 'Polis Sabah Lindungi Pandikutty Dan DPPIMS?' agar mengambil tindakan
seperti yang diminta sesegera yang mungkin.
Kepada
pembaca, kami tidak lagi berminat untuk menerbitkan terlalu banyak artikel
sehingga pembaca juga sudah terlalu bosan kerana semua tahu perkara seperti ini
tidak akan ada tindakan susulan seperti yang kita harap.
Namun,
tuhan bersama kita apabila bukti kami semakin hari semakin bertambah. Terbaru, seorang
anggota Polis telah menghadirikan diri ke dalam program yang melibatkan
penjenayah dan mengeluarkan ucapan berusur ugutan dan menyokong tindak tanduk
penjenayah.
Polis
yang sepatutnya datang untuk menahan suspek sebaliknya menyokong dan
mengeluarkan kenyataan sebaliknya. Setelah video dan audio tersebut telah kami
terjemahkan dalam bahasa Melayu, kami terkejut dengan mendengar kenyataan polis
tersebut yang mengatakan perkara-perkara yang melanggar undang-undang di negara
kita. Jika video ini keluar, maka tahulah kita bagaimana sikap sesetengah pegawai
polis di Sabah terutama daripada bahagian penting di jabatan polis.
Anggota
Polis ini telah mengerluarkan ucapan seperti seorang yang langsung tidak
berpelajaran. Beliau membuat ugutan dan menyalahgunakan kuasa yang diberi. Kerajaan
bersusah payah membuat pelbagai program transformasi melibatkan semua anggota
keselamatan, namun seorang dua anggota seperti anggota polis ini menyebabkan
seluruh jabatan mengalami pelbagai masalah sehingga nama baik jabatan tersebut
tercalar teruk.
Saya
tidak ingin menyentuh banyak soal itu, ramai mengatakan di luar sana bahawa
IPKS tidak mempunyai sebarang video dan audio mesyuarat tersebut. Namun, pembaca
setia kami tahu apakah kami menipu atau bercakap benar. Kami telah memberikan pelbagai
suspen dan mengatakan akan tampil dengan bukti di kemudian hari dalam artikel
kami. Itu janji kami dan dalam kebanyakannya, kami telah tunaikan janji kami.
Namun,
untuk makluman polis yang terlibat, kami tekankan bahawa kami betul-betul
memiliki bukti video, audio dan saksi mengenai ucapan pegawai ini dalam mesyurat
tersebut.
Kami
tidak lagi mendedahkan video itu kerana kami mengharapkan polis yang terlibat
mengambil tindakan sewajarnya. Janji kami dalam masa 10 hingga 15 hari, jika
pegawai polis cawangan khas karamusing ini tidak mengambil sebarang tindakan
termasuk mohon maaf, skandal yang melibatkan anggota itu sendiri akan kami
dedahkan sehingga ke pegetahuan Ketua Polis Negara dan video itu pasti dimuat
naik di YouTube.
Namun,
kami akan dedahkan nama pegawai tersebut dahulu dalam masa 10 hari. Kemudian, kami
akan dedahkan sebahagian video tersebut untuk memberitahu kami benar-benar
memiliki video dan audio tersebut. Selepas itu, kami akan menayangkan rakaman
tersebut kepada umum dan kami akan pastikan polis terlibat dikenakan tindakan
disiplin sepatutnya kerana mengeluarkan ucapan berbaur ugutan selain menyokong
dan mengambil rasuah daripada penjenayah. Ini usaha terakhir daripada kami.
Semuanya
kita ada bukti. Jika polis itu benar-benar ingin menjaga kerjaya beliau, maka seharusnya
mengambil tindakan sebelum nama beliau terdedah kepada umum. Kami akan
menghargai dan berjanji akan melupuskan video tersebut.
Apa
yang kami mahu, penjenayah Nasir @ Latiff, Musakkar dan semua rangkaian mereka
ditumpaskan segera. Usah susah payah siasat kami IPKS siapa kerana kami tidak
takut dan tidak akan tunduk dengan mana-mana pegawai polis lagi kerana kami
yakin rakyat Sabah bersama kami.
Kami
juga mendengar usaha-usaha sesetengah pihak untuk memastikan saksi-saksi kami
memberi kenyataan sebaliknya sedang dilakukan. Namun harus diingat, semua bukti
jelas ada pada kami. Jangan cuba memutar belit fakta untuk menyelamatkan diri. Ambilah
peluang dan ruang ini.
Sesungguhnya
kami tidaklah jahat sangat dengan terburu-buru menerbitkan video melibatkan anggota
polis. Dari itu, pegawai tersebut harus tahu bahawa kami bersedia memberi kerjasama
sebaiknya.
Kepada
DPPIMS, tidak perlu terlalu risau rahsia kamu terdedah kepada umum. Di antara kami
ada yang berpelajaran tinggi juga. Kami akan menapis video tersebut dan hanya
mengeluarkan kenyataan dan pergaduhan yang berlaku pada hari mesyuarat agung
tersebut.
Kami
akan memastikan bahagian tidak penting video ini yang memudaratkan DPPIMS
dibuang. Itupun jika DPPIMS berkerjasama dengan kami membuang keahlian para
penjenayah dan suspek kami.
mahu membanteras jenayah ka atau sekadar mahukan populariti?? kenapa suka sangat bagi tempoh 10 hingga 15 hari?? adakah perompak juga akan bagi tempoh 10 hingga 15 hari sebelum membuat rompakan???
ReplyDeletededahkan saja sapa polis tersebut.
Deletekalau betul mahu mendedahkan kebenaran, buat la terus laporan polis dan follow up saja kes itu dibalai polis.. kalau tidak ada juga tindakan, barulah dedahkan kepada media sekali dengan bukti2 yang ada pada pihak IKPS..
ReplyDeleteDiharap laporan yang dibuat tu akan menyelesaikan masalah yang ada.
DeletePolis yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah tu pasti suatu hari nanti terima balasan.
ReplyDeleteMembers of the Royal Malaysia Police (PDRM) need to transform their attitude and work discipline by minimising the need for supervision by superior officers in facing challenges to fulfill the increasing complex demands of society, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeleteHe said, through steady self-discipline, the perception of society towards policing tasks would change, thus making the force a respected one.
ReplyDeleteThis is where the challenge is for policemen to carry out a transformation to enable PDRM to face the people who always want their lives to be assured in terms of security in this changing era.
ReplyDeleteThe Prime Minister Stressted that the need to have a positive attitude in responding to the challenge by updating existing standard operating procedures is deemed crutial.
ReplyDeleteSpeaking before 5,000 police personnel of various ranks, Najib said he believed every member of PDRM would respond to the challenge with full commitment and dedication.
ReplyDeleteThe Prime Minister said in whatever situation, PDRM needed to emerge as a team which was always respected by all levels.
ReplyDeleteHe regarded it as a new challenge, not only to PDRM, but also to the government in general, and as for the government. He motioned that all should endeavour in order to help boost every aspect of the capability of the team.
ReplyDeleteHe said the government would always assist PDRM to develop its true capability according to its affordability. The government will help PDRM to increase its capacity.
ReplyDeleteIn the meantime, Najib wanted PDRM to continue to make GTP2 (Government Transformation Progerqamme 2) a success as had been the case with GTP1. he encouraged them not to be disappointed if there is polemics and perception and what not on figures but rather to continue in their capability to go higher.
ReplyDeleteIn the meantime, Najib wanted PDRM to continue to make GTP2 (Government Transformation Progerqamme 2) a success as had been the case with GTP1. he encouraged them not to be disappointed if there is polemics and perception and what not on figures but rather to continue in their capability to go higher.
ReplyDeleteTerlibat atau tidak mengenai PATI dengan projek IC ini kita tunggu siasatan dibuat mengenai perkara ini.
ReplyDeleteTidak dinafikan terdapat juga anggota polis yang terlibat dengan kegiatan tidak baik tapi bukanlah 'kebanyakannya', hanya segelintir saja.
ReplyDeletepolis2 inilah yang mencemar nama baik PDRM.
Deleteharap setiap anggota polis dapat memberikan sepenuh komitmen pada tugas dan menjaga disiplin tidak kira di dalam atau di luar masa bekerja.
ReplyDeleteThe police must fulfill their duty to protect the citizens and ensure the safety within the state.
DeleteThe police officers who are involved in the IC scandal will be investigated and action taken when the allegations proven true.
ReplyDelete