SEBUAH
organisasi yang digelar SUARAM telah kerap dipaparkan di dalam media Malaysia
dan antarabangsa kebelakangan ini. Organisasi tersebut sering diterangkan
sebagai “kumpulan hak asasi manusia bebas”. Maka, siapakah mereka?
Yang
membingungkan ialah, ketika kumpulan tersebut menyerang Perdana Menteri Najib
Razak secara umum, mereka adalah amat berahsia terhadap hal ehwal sendiri.
Laman web mereka tidak memberikan apa-apa maklumat tentang siapa di belakang
kumpulan tersebut.
Selepas
membuat sedikit penyelidikan media, kami dapat mengumpul dan menyusun
biografi-biografi di bawah. Seperti mana yang anda dapat lihat, kumpulan
tersebut dikuasai oleh gabungan-gabungan PKR, pegawai-pegawai dan ahli-ahli
politiknya yang mempunyai hubungan langsung Anwar Ibrahim dan
kepentingan-kepentingannya.
Kenapakah
ini penting? Pertama sekali, isu Scorpene yang berkontroversi telah dipanaskan
kembali kebelakangan ini semata-mata kerana tuntutan-tuntutan tidak berasas
oleh SUARAM, dan gambaran yang licik tapi mengelirukan tentang proses
undang-undang Perancis.
Adalah
amat keterlaluan bahawa dakwaan serius sedemikian rupa boleh berdasarkan kepada
perkataan-perkataan oleh satu kumpulan yang jelas bermotifkan politik tanpa
soalan.
Secara
asasnya, adalah amat sinis dan tidak jujur (malahan merosakkan reputasi negara
kita) untuk mengamalkan politik partisan sebegini cara. Sedihnya, kami telah
melihat kejadian tersebut sebelum ini (kononnya “misi pencarian faktaantarabangsa” oleh Anwar).
Maklumat
lanjut SILA KLIK DI SINI
Sumber : WHOARESUARAM
No comments:
Post a Comment