LOGO
HALAL......Dato Sri Nasir (tiga kanan) diiringi Pengarah JHEAINS Datuk Amri
A.Suratman (kanan) dan Pengarah JAKIM Sabah, Mohd Zaki Arsad (dua kanan)
mendengar penjelasan dari seorang peniaga makanan Ala India sempena Walkabout-JHEAINS
& Agensi berkaitan di Kompleks Sinsuran,Kota Kinabalu.
Oleh:ARSHAD HUSSIN
KOTA KINABALU: Umat Islam
disaran sentiasa menghayatai dan mengamalkan ajaran Al-Qur'an sebagai pedoman
mencapai kejayaan yang lebih gemilang di dunia dan akhirat.
Menteri Di Jabatan Ketua
Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, berkata mesej utama Al-Qur'an ialah
manusia dan fungsi di dalam kehidupan manusia itu sendiri dan tidak hanya untuk dibaca atau dihafal
semata-mata; sebaliknya lebih penting sebagai petunjuk, hidayah serta rahmat
bagi manusia dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan pancaroba.
Nasir yang juga menteri
bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkata demikian
sempena merasmikan Program Bicara Al-Qur'an sempena majlis Istiqbal Nuzul
Al-Qur'an Peringkat Negeri Sabah 1433H/2012M di Wisma Muis dekat sini.
Hadir sama sempena majlis
itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Haji
Amri A.Suratman; Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah,
Haji Mohd Zaki Arsad; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias
dan Pengarah YADIM Cawangan Sabah, Datu Liman Datu Hussien.
Nasir berkata, umat terbaik
dengan Al-Qur'an, terbaik dalam segala aspek dan bidang kehidupan dengan erti
yang lain umat Islam mempelajari Al-Qur'an kemudian mengajarkannya seterusnya
memeahami serta mengamalkan ajarannya sebagai pemangkin kejayaan yang lebih
gemilang dalam kehidupan.
Katanya, kemajuan dan
kegemilangan tidak bermakna tanpa Al-Qur'an.
Nasir menambah, umat Islam
juga mesti memiliki jati diri dan bergerak dalam satu jemaah atau organisasi
yang tersusun.
Ujarnya lagi, kita
berkeyakinan jika umat Islam merencana, bekerja dan bertindak dengan panduan
serta kekuatan petunjuk Al-Qur'an, kita akan menempah kejayaan yang lebih
gemilang dengan izin Allah SWT.
Selain itu Nasir menegaskan,
cabaran terbesar umat Islam dalam era globalisasi kini, menangkis serangan
berbentuk propaganda media barat terhadap umat Islam termasuklah juga pihak
tidak bertanggungjawab menggunakan kaedah serangan budaya dengan menyelitkan
pelbagai pemikiran dan budaya songsang bagi mengaburi pemikiran umat Ilsam
khususnya generasi muda-mudi Islam.
Katanya, Islam tidak menolak
perubahan yang dibawa oleh globalis tetapi, Islam tidak akan berkompromi
terhadap sebarang konsep globalisasi yang bercanggah dengan aqidah Ahlus-Sunnah
Wal Jamaah yang menjadi asas, dasar dan pegangan kita, apatah lagi
konsep-konsep yang bertujuan memperluaskan fahaman dan budaya yang bercanggah
dengan ajaran dan syariat Islam.
"Sesungguhnya kita
tidak dapat menerima konsep globalisasi dengan kefahaman bahawa kita harus
menerima sesuatu pembangunan tanpa usul periksa yang bercanggah dengan aqidah
dan syariat Islam, nilai serta adabnya," kata Nasir.
Sempena majlis itu juga Dato
Sri Nasir diringi Pengarah Jheains, Pengarah Jakim, Pengarah YADIM dan
kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kota Kinabalu dan MUIS
melakukan tinjauan dan lawatan ke beberapa buah kedai makan dan restoran di
sekitar komples Sinsuran.
No comments:
Post a Comment