Tuesday 7 August 2012

HARGAI KEMAKMURAN SUMBANGAN BN





SUMBANGAN.....Azizah menyampaikan sumbangan kepad seorang penduduk sambil disaksikan John.

Oleh : ABU BAKAR ESAH


KUALA PENYU : Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pangguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun menyeru rakyat di negeri ini agar terus menghargai sumbangan dan jasa kerajaan dan pemimpin yang telah berjaya mewujudkan kemakmuran hidup di negara ini sejak sekian lama.

Beliau berkata, pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional (BN) bijaksana menjaga rakyat yang berbilang kaum tanpa ada diskriminasi.

“Inilah yang menjadi kelebihan dan kebanggaan kita yang dapat hidup dalam keadaan makmur dan harmoni walaupun negara ini mempunyai penduduk pelbagai kaum, budaya dan anutan agama.

“Justeru itu bagi memastikan kemakmuran dan keharmoni hari ini dapat diwariskan untuk generasi masa hadapan marilah kita sama-sama bertekad menjaga asas yang kukuh ini,” katanya sambil meminta agar rakyat terus memberi sokongan padau kepada kerajaan Bn bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara berterusan.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Tempurong di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, John Teo Mau Sing, Ketua Daerah Kuala Penyu, Raymond Insi, Timbalan Ketua Pemuda UPKO Beaufort, Fredolin Penggo, ahli-ahli jawatankuasa masjid dan penduduk setempat.

Pada majlis itu, Azizah yang juga Adun Klias menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 30 penduduk yang kurang bernasib baik. Beliua juga turt menyerahkan sumbangan kewangan untuk keperluan Masjid Kg Tempurung dan dua surau kampung berhampiran.

Sementara itu John dan Fredolin turut menyampaikan sumbangan masing-masing kepada Masjid Kg Tempurong.

Selepas majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaaah, Azizah meneruskan ziarah Ramadan ke Masjid Kampung Nukahan Beaufort untuk menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih bersama penduduk.

No comments:

Post a Comment