Oleh : CLARA CHOOI
KOTA KINABALU : Setiap hari
di Kota Kinabalu, kira-kira 200 orang kebanyakannya warga Filipina menganyam,
menjual manik-manik dan cenderamata di pusat membeli belah bandar raya ini.
Kebanyakan mereka adalah
pendatang yang didaftarkan dari Filipina semasa perang saudara Jolo pada
sekitar 1970an.
Mereka adalah sebahagian
dari 80,000 orang yang memiliki dokumen IMM13, iaitu pas imigresen yang
membenarkan mereka berdaftar dengan United Nations High Commissioner for
Refugees (UNHCR), selain bebas untuk bergerak dan bekerja di sini.
Walaupun 'Filipino Market'
kini dikenali sebagai destinasi popular menarik pelancong, ia juga simbol
kegagalan Sabah menangani masalah imigran, isu yang dimainkan dalam pilihan
raya sejak 1970an.
Hilang
kedaulatan
Isu yang menjadi kemarahan
penduduk peribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM) ialah mereka
merasakan kedaulatan negeri mereka telah dirampas berterusan oleh pendatang
asing seperti dari Filipina dan Indonesia.
Ia bukan menjadi satu rahsia
bahawa warga Sabah sangat marah dan mahu pendatang ini dihantar pulang ke
negara masing-masing, dengan sering menuduh mereka sebagai merampas peluang
pekerjaan dan meningkatkan masalah sosial, ekonomi dan keselamatan negeri ini.
“Rakyat Malaysia di Sabah
merasakan hidup mereka dalam ketakutan kerana pendatang ini semakin ramai.
Insiden seperti dadah, pecah rumah dan rompakan semakin kerap berlaku,” kata
setiausaha negeri Sabah Tan Sri Simon Sipaun dalam tulisannya pada 18 Jun di
Sabahkini.
“Dahulu kami boleh tinggalkan
rumah tanpa berkunci, kini kami seperti terpenjara di rumah sendiri. Lebih
malang lagi, peluang pekerjaan tidak sebanyak orang yang memerlukannya,”
katanya lagi.
Kemarahan rakyat Sabah
selama empat dekad ini dilepaskan kepada kerajaan Barisan Nasional, kerana
didakwa telah memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk mendapatkan undi.
Tun Dr Mahathir Mohamad,
perdana menteri paling lama memerintah iaitu dari tahun 1981 hingga 2003, telah
beberapa kali dituduh melakukan inisiatif ini, dikenali sebagai “Projek M” atau
“Projek IC”.
Dalam siri temubual yang
dilakukan oleh The Malaysian Insider dengan ahli politik tempatan di sini,
mereka mempunyai sentimen yang sama seperti apa yang dikatakan oleh Sipaun.
“Memang benar penduduk di
sini sangat marah, banyak benda perlu diselesaikan atau pendatang ini semakin
ramai dan memberi kita masalah,” kata Datuk Isnin Aliasnih, ketua bahagian
Umno, memberitahu The Malaysian Insider.
“Penduduk Sabah tidak
gembira kerana ini telah berlaku sejak sekian lama. Pendatang tanpa izin ini
bukan perkara baru.
“Itu adalah isu semasa
pilihan raya 1976, ketika kerajaan Berjaya (Barisan Bersekutu Rakyat Sabah);
mereka memainkan isu ini pada tahun 1981, 1985, 1990, 1995, ia sering menjadi
isu di negeri Sabah sejak 1970an.
“Dan ini bakal menjadi isu
besar hari ini,” kata setiausaha agaung United Pasokmomogun Kadazandusun Murut
Organization Datuk Wilfred Madius Tangau selepas ditemubual.
Peningkatan
penduduk Sabah dan ‘Projek IC’
Sabah mempunyai hampir
sejuta penduduk - 926,638 orang mengikut laporan pada Jun di akhbar harian
bahasa Inggeris The Star.
Melihat kepada masalah ini,
perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang tiba di negeri ini akan mendedahkan
syarat-syarat untuk Suruhanjaya Diraja (RCI), yang akhirnya BN bersetuju untuk
tubuhkan untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin ini.
Parti-parti BN Sabah seperti
UPKO dan Parti Bersatu Sabah (PBS) gembira dengan penubuhan panel ini, setelah
sekian lama menuntut perkara ini hingga Kabinet Najib menunaikan permintaan
mereka pada 8 Februari yang lalu.
Tetapi ada kebimbangan
terhadap pemimpin mereka kerana keputusan itu mungkin terlalu lewat kerana
dikatakan hanya strategi politik BN untuk memenangi pilihan raya akan datang.
Ditambah lagi dengan
pemergian dua pemimpin BN di Sabah - ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred
Mojilip Bumburing, timbalan presiden UPKO, dan ahli parlimen Beaufort Datuk
Seri Lajim Ukin, ahli majlis tertinggi Umno.
Kedua mereka menunjukkan
ketidakpuasan hati terhadap mereka tentang isu pendatang asing ini dan
menyertai Pakatan Rakyat (PR) bulan lalu.
Bumburing memberitahu The
Malaysian Insider bahawa keengganan kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah ini
bakal menyebabkan menghancurkan dominasi mereka dalam politik Sabah.
“Sekarang, saya boleh
bercakap kerana saya kini dalam barisan pembangkang. Dan saya berkata kerajaan
mempunyai pelan mereka untuk mengubah demografi di Sabah,” kata ahli parlimen
itu.
Beliau berkata statistik
dari tahun 2010, menunjukkan peningkatan 390 peratus dari 636,431 penduduk pada
1970 kepada 3,120,040 pada tahun 2010, jauh lebih tinggi dari peningkatan
penduduk peringkat nasional iaitu 164 peratus.
Dari 3.12 juta penduduk
Sabah hari ini, laporan itu menganggarkan 27 peratus adalah pendatang asing.
Bumburing berkata bahawa
pendatang tanpa izin ini telah menggunakan nama “Islam” dan mengaburi mata
dengan menjadikan mereka 60 peratus dari Melayu Islam, dari mengekalkan bangsa
asal mereka.
Dakwaan Bumburing itu
disahkan oleh seorang penduduk tempatan yang namanya enggan untuk diberitahu
dalam temubual baru-baru ini.
Penduduk itu, berdarah
separuh dari Filipina, berkata ayahnya dan pakciknya telah meninggalkan
Filipina untuk ke Sabah pada lewat 1950an dan kedua mereka telah ditawarkan kad
pengenalan.
Tetapi, mereka diberikan
syarat - mereka mesti menggunakan nama orang Islam, “menjadi Melayu” dan
menganut agama Islam.
Lelaki itu berkata ayahnya
enggan untuk menerima tawaran itu, namun pakciknya mengambil peluang tersebut.
Kemudian pakciknya itu kini sering menghadiri mesyuarat Umno dan mengundi parti
pemerintah itu, sebagai pertukaran kepada kebebasannya di sini.
“Ini bukan cerita baru. Ada
banyak lagi cerita seperti ayah dan pakcik saya. Dan ramai yang bersetuju untuk
mengambil kad pengenalan itu dan menerima syarat itu, untuk tinggal di sini,”
katanya lagi.
Bumburing berkata
“warganegara-untuk-undi” ini telah berterusan dan tidak diperiksa selama
berkurun dan kini sampai ke satu tahap bila pendatang asing ini berani untuk
menguasai dan menghalau orang tempatan dalam perniagaan.
“Ini sudah ke tahap bila PTI
(pendatang tanpa izin) ini berani untuk bersuara. Saya mendengar ini setiap
hari, dari orang ramai. Bila mereka bergaduh untuk merebut tempat menjual sayur
di pasar, orang tempatan yang dihalau keluar.
“Semalam (Rabu) bila penduduk
tempatan melawan kembali dan berkata ‘ini negara kami’, pendatang ini melawan
dan berkata, kami akan merampas negeri ini dari kamu satu hari nanti,” kata
Bumburing.
“Bila pegawai kami datang,
mereka berkata, ‘nanti kami akan menguasai kerusi kerajaan, dan menguasai dalam
dewan negeri.
“Pendatang tanpa izin ini
menggunakan sumber kami, menyebabkan masalah sosial dan kesihatan kami
terganggu, mereka bawa dadah dan penyakit ke Sabah.
“Tetapi yang paling penting
mereka telah merampas kedaulatan negeri kami dan kerajaan tidak melakukan
apa-apa,” katanya lagi.
Lebih buruk lagi, Bumburing
berkata kini pendatang tanpa izin ini diberikan hak untuk mengundi untuk
menentukan masa depan politik negeri ini.
Menurut analisis yang
dijalankan, lebih 250,000 pendatang tanpa izin di Sabah dan mereka mengaburi
mata dengan status Bumiputera.
“Dari sini saya yakin
kerajaan tidak lakukan apa-apa. Inilah sebab kenapa saya meninggalkan parti ini
- kerana saya tidak yakin bahawa BN akan menyelesaikan masalah ini, dan satu-satunya
cara ialah mengubah kerajaan,” katanya lagi.
RCI
‘buat atau mati’
Kemarahan rakyat Sabah
semakin memuncak terhadap pendatang tanpa izin, ditambah dengan keluarnya
Bumburing dan Lajim, telah dikatakan bakal mencetuskan perubahan kepada politik
negeri ini.
Analisis telah mengatakan
bahawa akan berlaku berubahan kuasa tetapi penubuhan RCI ini mungkin dapat
menyelamatkan BN dari kehilangan Sabah yang dikatakan “simpanan tetap” mereka.
Untuk parti-parti Sabah BN
seperti UPKO dan PBS, RCI ini dilihat sebagai penting untuk survival politik
mereka dimana mereka sudah kehilangan undi.
Dr Arnold Puyok,
penganalisis politik tempatan yang pernah berkata bahawa BN mungkin akan tewas
di Sabah kepada pembangkang dalam pilihan raya kali ini, memberitahu The Malaysian
Insider bahawa parti-parti KDM dilihat semakin lemah.
“Mereka dilihat sangat
lemah, dan mereka tidak melawan untuk hak negeri dan KDM sangat kecewa.
Pergilah tanya mereka, sudah jelas bahawa penduduk KDM sudah kecewa dengan
pemimpin seperti (presiden PBS Tan Sri Joseph) Pairin Kitingan,” katanya
apabila ditemui.
Seorang pemimpin UPKO yang
ditemui yang namanya enggan diberitahu memberitahu The Malaysian Insider bahawa
sentimen itu adalah benar.
“Orang ramai sudah mula
penat dengan BN, terutamanya KDM yang beragama Kristian dan orang Cina.
“Mereka bersama Bumburing
dan Lajim dan ini bukan kelebihan untuk kami,” kata pemimpin itu lagi.
Pemimpin itu berkata lagi
masyarakat KDM kini marah dengan penguasaan Umno di Sabah dan merasakan
pemimpin tempatan sudah diketepikan.
“Orang ramai mungkin
menghormati pemimpin seperti Tan Sri Bernard Dompok (Presiden UPKO) untuk RCI
tetapi, Umno tidak mahu mendengarnya, jadi, lupakan,” katanya lagi.
Mereka berkata bahawa RCI
ini adalah penentu “hidup dan mati” bagi parti UPKO.
“Sebab ini adalah perjuangan utama parti kami,
jika kami tidak lakukan ini, habislah kami,” kata Wilfred Madeus Tangau lagi.
Ahli Parlimen Tuaran dua
penggal sebelum Bumburing itu berkata, UPKO mungkin terpaksa meninggalkan BN
jika kerajaan tidak bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya diraja.
Dia juga bersetuju bahawa
ini merupakan satu kesukaran kepada mereka jika mereka terus dikuasai oleh
Umno.
“Apa yang (BN) lakukan, jadi
sebab itu kami di sini. Jika tidak lakukan perkara ini, tidak ada sebab untuk
kekal. Rakyat akan bertanya, apa yang kamu lakukan? Kami akan jadi tidak
relevan. Kami hanya akan jadi relevan jika isu ini diselesaikan.
“Jadi kerajaan kini mahu
menyelesaikan dan saya menghormati Najib kerana berani melakukan perkara ini.
Saya tidak mahu komen apa-apa tentang RCI, tetapi walau apapun, ia adalah
langkah yang baik,” katanya lagi.
Najib dijangka akan
mengumumkan syarat-syarat untuk RCI selepas mesyuarat tertutup bersama pemimpin
BN negeri tengah hari ini.
No comments:
Post a Comment