Oleh : CLARA CHOOI
KOTA KINABALU : Suruhanjaya
siasatan Di Raja (RCI) untuk pendatang haram di Sabah diberi masa enam bulan
untuk menyiasat dakwaan bahawa pendatang haram diberi kad pengenalan bagi
membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya
di negeri tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak mengumumkan lapan perkara terma RCi tersebut dan mengatakan ianya
telah mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
“Penubuhan RCI membuktikan
komitmen kerajaan untuk menyiasat isu yang berkaitan dengan pendatang haram di
Sabah,” kata Najib dalam sidang akhbar di ibupejabat Umno Sabah.
“Kerajaan berharap rakyat
Sabah akan mendapat manfaat daripada RCI ini dan membantu kerajaan untuk
mencari cara dan strategi terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.”
Lima ahli panel akan
dipengerusikan oleh bekas hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Chim Lip
Kiong, dan empat pesuruhjaya. Ianya bekas naib canselor Universiti Malaysia
Sabah, Datuk Seri Prof Dr Kamaruzaman Ampon; bekas peguam negeri Sabah, Tan Sri
Herman J. Luping; bekas timbalan pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
dan bekas ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Poy-Wu; dan bekas setiausaha
negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa.
Terma-terma RCI tersebut
adalah:
1. Untuk menyiasat berapakah
jumlah pendatang haram di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau status
kewargenegaraan;
2. Untuk menyiasat apakah
pemberian kad pengenalan atau status kewargenegaraan mengikut undang-undang;
3. Untuk menyiasat apakah
pihak yang menerima kad pengenalan atau status kewarganegaraan termasuk dalam
daftar pengundi di Sabah dengan mengikut undang-undang;
4. Untuk menyiasat apakah
pihak berkuasa sudah mengambil tindakan atau membuat penambahbaikan mengikut
kaedah dan regulasi prosedur standard operasi (SOP) untuk mencegah sebarang
kecurangan mengikut undang-undang;
5. Untuk melakukan siasatan
terperinci mengenai SOP, kaedah dan regulasi pemberian kad pengenalan biru atau
status kewarganegaraan kepada orang asing di Sabah dengan mengambil kira norma
antarabangsa dan standard yang digunapakai yang bersesuaian dengan Malaysia,
dan akan mencadangkan perubahan kepada prosedur sedia ada;
6. Untuk menyiasat apakah
yang menyebabkan pertumbuhan populasi di Sabah mengikut kategori berikut:
a) Rakyat Sabah yang menetap
dinegeri tersebut termasuk mereka yang diberikan kad pengenalan biru atau
kewargenegaraan mengikut surat beranak (mendaftar lambat);
b) pekerja asing (termasuk
ahli keluarga);
c) pendatang haram (termasuk
ahli keluarga); dan
d) pelarian
Untuk mengkaji kesan mereka
terhadap angka mereka yang mendaftar dan terdapat dalam daftar pengundi;
7. Untuk menyiasat kesan
permasalahan sosial terhadap rakyat Sabah berkenaan dengan pemberian kad
pengenalan biru dan status kewarganegaraan di negeri tersebut; dan
8) Untuk menyiasat angka
orang asing tanpa kewarganegaraan di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru
dan status kewarganegaraan.
Lima ahli panel akan
dipengerusikan oleh bekas hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong
dan empat pesuruhjaya - bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk
Seri Prof Dr Kamaruzaman Ampon, bekas peguam negeri Sabah, Tan Sri Herman J.
Luping, bekas timbalan pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan bekas
ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin dan bekas setiausaha negeri Sabah,
Datuk Kee Mustafa.
Setiausaha Agung Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Pengguna, Datuk Saripuddin Kasim
dilantik menjadi setiausaha panel tersebut.
Najib memberitahu sidang
akhbar bahawa panel tersebut ditubuhkan oleh kerana permintaan berulang kali
dari BN Sabah untuk menyelesaikan permasalahan tertangguh pendatang haram di
negeri tersebut.
"Ini adalah permintaan
dari rakyat Sabah dan dibentangkan kepada saya melalui BN Sabah.
"Parti komponen kami
telah menyuarakan kepada saya dan beritahu masa telah tiba untuk menubuhkan
RCI," katanya.
Pengumuman Najib hari ini selepas
cakap-cakap tentang pemberontakan rakyat Sabah terhadap BN lebih-lebih lagi
apabila dua ahli parlimen senior BN keluar parti bulan lalu.
Ahli parlimen Tuaran, Datuk
Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim
Ukin kedua-duanya pemimpin veteran telah meninggalkan BN dan menyatakan
sokongan terbuka mereka kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana mendakwa kerajaan
lambat menubuhkan RCI.
Sehari selepas dua pemimpin
itu meninggalkan BN, Najib mengumumkan rancangannya untuk mendedahkan terma RCI
hari ini, menyebabkan kritikan langkah tersebut untuk mengembalikan sokongan di
Sabah selepas Bumburing dan Lajim keluar parti.
Masalah pendatang haram yang
masih belum disemak di Sabah telah menjadi satu masalah di negeri Malaysia
Timur tersebut dan sering disalahkan dan dikatakan menjadi punca masalah
sosial, ekonomi dan keselamatan.
No comments:
Post a Comment