PENGECUT....Bumburing
kata Najib 'pengecut' kerana hidup dalam bayangan Dr Mahathir?
Oleh : CLARA CHOOI
KOTA KINABALU : Pakatan
Rakyat hari ini memberi tugas kepada sekutu politik baru mereka Datuk Seri
Wilfred Mojilip Bumburing untuk mendapatkan undi Kadazandusun dan Murut (KDM),
dengan berharap etnik bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) itu dapat membantu
misi Pakatan memenangi hati masyarakat.
“Kami ada senarai yang menunjukkan 24 kerusi
dewan undangan negeri dan sembilan kerusi parlimen adalah kerusi KDM. Jika kita
menang di sana, ia adalah satu kelebihan untuk Pakatan,” kata ahli parlimen
Tuaran kepada The Malaysian Insider melalui temubual di sini.
Dia berkata calon-calon dari
KDM juga datang dari pemimpin PR dan mereka yang popular di kawasan
masing-masing.
Kebanyakan KDM adalah
beragama Kristian walaupun sesetengahnya menganut agama Islam, dan dikatakan
semakin tidak berpuas hati dengan pentadbiran BN yang gagal menyelesaikan
masalah pendatang tanpa izin.
Bumburing telah meninggalkan
jawatannya sebagai timbalan presiden
United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) dalam parti
pemerintah itu dengan menyokong PR beberapa minggu lepas.
Dia juga disertai oleh rakan
dari BN yang keluar, ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang pada
ketika itu memegang jawatan timbalan menteri dan ahli majlis tertinggi Umno.
Kedua-duanya telah
menubuhkan pergerakan mesra PR - Angkatan Pemuda Sabah (APS) dari Bumburing dan
Pakatan Perubahan Sabah (PPS) untuk Lajim — sebagai pentas politik untuk
pilihan raya akan datang.
BN bagaimanapun mengatakan
mereka keluar parti bukan kerana prinsip tetapi mereka tidak dapat menjadi
calon untuk pilihan raya akan datang.
Tetapi Bumburing berkata ini
bukan isu yang sebenar.
Beliau memberitahu The
Malaysian Insider yang dia sudah muak dengan pentadbiran BN, dengan kegagalan
parti itu mempertahankan Sabah dari pendatang tanpa izin.
“Apa yang saya dapat kalau
sertai pembangkang? Pilihan raya ini tidak tentu, anda boleh menang atau kalah,
Pakatan mungkin akan kalah.
“Tetapi bagi kami, ini
adalah alternatif terbaik untuk kami berjuang demi rakyat Sabah,” katanya lagi.
Ahli politik veteran itu
berkata selain masalah BN yang gagal menunaikan janji menyelesaikan masalah
imigran, masalah yang berlaku ialah pembangunan di Sabah berbanding di
Semenanjung.
“BN telah gagal menjaga
masyarakat di sini. Mereka di sini mahu pembangunan, tetapi mereka mengambil 95
peratus hasil minyak kami ke Kuala Lumpur, untuk projek mega kroni.
“Cuba lihat Menara Berkembar
Petronas, Lebuhraya Utara-Selatan, apa yang kami ada? Kami di Sabah diibaratkan
hanya makan pasir sahaja. Kami sudah tidak tahan dengan BN,” katanya lagi.
Bumburing juga memanggil
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “pengecut” kerana hidup dalam
bayangan Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana enggan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di
Raja mengenai pendatang tanpa izin.
“Dia takut dengan Dr
Mahathir. Dia pengecut. Kenapa datang sini nak umumkan Suruhanjaya Diraja hanya
kerana kami telah meninggalkan parti? Rakyat telah bersama dengan kami,”
katanya lagi.
Dr Mahathir telah lama
dituduh menjadi dalang kepada “Projek IC”, inisiatif yang diberikan kepada
pendatang asing untuk mendapatkan kewarganegaraan dan mendapatkan undi di
negeri-negeri Malaysia di Borneo untuk BN kekal memerintah.
Najib di Sabah hari ini
untuk bertemu dengan pemimpin BN negeri, dijangka untuk mengumumkan Suruhanjaya
Diraja untuk pendatang tanpa izin sekaligus menyelesaikan masalah selama empat
dekad itu.
Perdana Menteri mengumumkan
Suruhanjaya Diraja secara terperinci hanya selepas Bumburing dan Lajim keluar
BN dan dikatakan strategi untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat selepas
kedua ahli politik veteran itu keluar parti.
Bumburing berkata walaupun
Suruhanjaya Diraja telah menjadi apa yang beliau perjuangkan sepanjang karier
politiknya bersama BN, beliau tidak akan mengiktiraf panel tersebut.
“Mereka tidak ikhlas. Yang
kami tahu, kami tidak sekali-kali mempercayai pengumumannya,” katanya lagi.
Bumburing memuji janji-janji
PR kepada Sabah dan berkata masalah-masalah ekonomi di negeri di bawah bayu
tersebut hanya akan selesai apabila BN disingkirkan dari Putrajaya.
Dia memberitahu bahawa
pembangkang di Sabah adalah kuat tetapi memerlukan satu formula untuk
menjadikan semuanya menjadikan “satu lawan satu” dalam setiap kerusi yang
dipertandingkan.
“Kami percaya bila pilihan
raya datang, rakyat akan berfikir, hanya ada dua parti jadi kita boleh kata ia
antara BN atau Pakatan,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment