SAYA merupakan salah seoarang
pembaca setia Sabahkini.net. Saya ingin memaklumkan bahawa ramai pembaca
menghadapi masalah untuk melayari laman sesawang Sabahkini.net. Antivirus yang
kami pasang sama ada avast, avira, avg dan sebagainya menghalang daripada masuk
ke dalam Sabahkini.net dengan mengeluarkan amaran malware.
Terpaksa kami menutup
antivirus untuk melayari Sabahkini.net dan antivirus seperti avg langsung tidak
membenarkan kami masuk ke web ini.
Kami harap Sabahkini.net
mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya secepat mungkin. Perkara ini boleh
menyebabkan ramai pembaca malas dan tidak melayari Sabahkini.net.
Di kesempatan ini saya ingin
mencadangkan agar Sabahkini.net harus berwajah baharu menjelang 2013. Sabahkini.net
telah memainkan peranan media paling bebas di Malaysia seperti Malaysiakini dan
seterusnya Sabahkini.net memerlukan perubahan yang ketara. Sabahkini.net juga
harus kelihatan seperti sebuah laman berita.
Saya mencadangkan agar Sabahkini
harus mengupdate semua artikel dari semasa ke semasa dan bukannya diterbitkan
serentak. Rakyat Sabah akan ketinggalan dalam mendapatkan maklumat yang cepat
dan tepat. Sabahkini.net harus melakukan perubahan yang sepatutnya.
Sabahkini.net menjadi portal
paling lambat dilayari oleh pembaca. Pembaca menghadapi pelbagai kesukaran dan
kelewatan dalam melayari laman ini. Lebih teruk, sekali sekala langsung tidak
dapat melayari laman ini.
Sabahkini.net juga harus
meningkatkan jumlah paparan artikel di muka hadapan laman ini. Ada artikel
dalam sehari boleh terkeluar ke muka ke 2 yang menjadikan artikel tersebut
terlepas daripada dibaca.
Pihak Sabahkini.net
seharusnya menjadikan satu ruangan khas untuk menunjukkan artikel mingguan yang
paling mendapat sambutan mengikut susunan seperti Harakah Daily. Kami berharap
di masa hadapan Sabahkini.net mempunyai banyak lagi pilihan tambahan yang boleh
menarik minat pembaca.
Antaranya yang saya ingat
perlu ialah butang like dan dislike. Yang ada sekarang harus ditukar dan diubah
sesuai dengan perubahan. Ruang komen juga harus diubah dan disesuaikan mengikut
laman berita lain. Jika dapat, ada baiknya kami mengetahui statistik jumlah
pembaca setiap artikel di Sabahkini.net
Kami faham Sabahkini.net
menghadapi pelbagai kesulitan dalam hal ini. Kami faham perkara ini agak susah
untuk dilaksanakan. Namun ia perlu sesuai dengan perubahan masa. Kami harap Sabahkini.net
menambah wartawan dan semua kawasan dan melaporkan berita tepat pada masanya. Kami
berharap Sabahkini berubah wajah menjelang 2013.
Sekian, Salam Hormat,
PEMINAT SETIA
(NOTA : Jutaan terima kasih
atas pandangan dan cadangan. Kami sedang dalam usaha menaiktaraf Sabahkini.net
dengan pelbagai info dan rupabentuk laman baru yang lebih mesra pengguna.
Berhubung masalah Virus sebagaimana yang menjadi rungutan beberapa pihak
termasuk John Babagon, kami mencadangkan anda menggunakan Kypersky Internet Security,
bukan sahaja untuk Sabahkini.net, malah sepanjang masa kerana antivirus yang
anda sebutkan tidak berupaya menentang serangan virus internet. Memang diakui
Sabahkini.net sering digodam dan diserang penjenayah siber. Kami telah
mengenalpasti serangan daripada halaman Persatuan Blogger Sabah yang sebelum
ini dilink dengan muka hadapan Sabahkini.net. Kami terpaksa membuang halaman
berkenaan buat sementara waktu. Begitu juga dengan virus yang dimuat naik melalui Disquss. Berhubung dengan cadangan lain akan
dipertimbangkan pihak editorial. Terima Kasih)
No comments:
Post a Comment