Monday, 6 August 2012

JANGAN KACAU SABAH!





HAMPIR 12.40 tengah malam Khamis lalu, barulah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman muncul di hadapan kami. Sebelum itu sejak pukul 7 malam lagi beliau menghadiri program tahunan iaitu majlis berbuka puasa di PWTC, Kuala Lumpur dengan anak-anak Sabah di perantauan yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di Semenanjung.

Musa yang pernah diwawancara oleh kami pada akhir tahun lalu masih tetap tenang dan ceria. Jika pada November lepas dalam pertemuan itu beliau mengingatkan kepada pemimpin UMNO dan BN Sabah jangan sesekali tikam belakang mensabotaj parti, baru-baru ini apa yang dibayangkan oleh Musa telah pun terjadi.

Ia susulan tindakan dua Ahli Parlimen BN dari Beaufort dan Tuaran, masing-masing Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar parti.

Pengerusi BN Sabah itu bagaimanapun kelihatan tidak gusar malah sepanjang temubual yang menghampiri pukul 1 pagi itu, ungkapan-ungkapan beliau sarat dengan suara ketegasan, berterus-terang yang sesekali diselangi ketawa kecil bahawa perjuangan BN untuk memartabatkan maruah dan impak perkhidmatan wakil-wakil rakyatnya di mata rakyat Sabah harus mengatasi segala kepentingan peribadi.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia Zulkifli Jalil, Termizi Che Anuar dan jurugambar Safrizal Azmi, Musa berkongsi harapan BN dan Kerajaan Pusat kepada rakyat Sabah termasuk buat ahli dan pemimpin BN negeri itu. Manakala di Sabah Tarmizi Abdul Rahim mewawancara Timbalan Dekan Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah, Zaini Othman, bagi mengupas perkembangan yang berlaku.

MINGGUAN: Ada tanggapan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah kini goyah dengan tindakan Lajim dan Wilfred baru-baru ini?

MUSA: UMNO dan BN di Sabah tidak tergugat dengan tindakan tersebut. Saya yakin rakyat Sabah bijak menilai sendiri siapa yang benar. Tanggapan itu merupakan dakyah-dakyah yang digunakan pemimpin pembangkang untuk mengelirukan rakyat di Sabah kerana mereka tidak memiliki kekuatan.

Oleh sebab itu, pembangkang terpaksa menggunakan cara kotor itu sambil menabur pelbagai janji palsu yang tidak mungkin tercapai bagi mendapatkan sokongan rakyat. Ini berbeza dengan BN yang memang terbukti menggunakan pendekatan kata dikota, janji ditunai. Rakyat sendiri boleh melihat segala pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri meliputi kesemua kawasan sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Untuk makluman, sebenarnya tahun lalu sahaja Sabah telah menerima pelaburan swasta berjumlah RM10 bilion. Ini bukti kerajaan negeri telah melaksanakan tugas dengan baik. Rakyat dapat menerima faedah secara langsung dengan pelaburan itu dan saya tahu semua gembira dengan keadaan sekarang.

Hasil pelaburan itu juga meningkatkan taraf infrastruktur lain yang berbeza berbanding 10 atau 20 tahun lalu. Saya sendiri sebagai Ketua Menteri, selalu mengadakan perjumpaan pemimpin akar umbi seperti dengan Ketua Kampung, Kapitan Cina dan Ketua Daerah untuk mendengar sendiri masalah-masalah yang dihadapi kawasan yang terlibat. Justeru, jika ada pihak yang mendakwa BN Sabah kini tergugat, itu tidak benar sama sekali.

MINGGUAN : Apakah punca mereka bertindak demikian?

MUSA: Saya rasa mereka mahukan jawatan yang lebih besar berbanding sekarang. Ada yang bercita-cita tinggi dan sudah pasti mereka berbuat demikian bagi mencuba nasib. Itu hak masing-masing. Kita perlu mementingkan parti lebih daripada kepentingan peribadi serta ikhlas untuk berkhidmat, bukannya mengejar pangkat dan kedudukan semata-mata.

Jika kita ikhlas, Insya-Allah akan berjaya. Tetapi yang menghairankan saya, mereka itu sekarang sibuk mengatakan akan berjuang untuk membantu nasib rakyat. Sepatutnya ketika memegang pelbagai jawatan sama ada menteri atau timbalan menteri yang berkuasa waktu itulah sepatutnya sudah melakukannya.

Adakah ketika memegang jawatan tersebut yang memiliki ruang dan peluang, mereka ini tidak berbuat apa-apa? Ini menunjukkan mereka ini tidak ikhlas berjuang untuk rakyat dan ia juga hanyalah sekadar gimik politik sahaja. Ini semua adalah alasan lemah yang digunakan individu-individu terbabit untuk keluar daripada parti demi mengejar cita-cita lebih besar.

MINGGUAN : Pembangkang mendakwa kerajaan negeri Sabah terlalu bertuankan Kuala Lumpur. Apa komen Datuk Seri?

MUSA: Itu tidak betul. Hala tuju negeri ditentukan oleh kita sendiri melalui Jemaah Menteri atau Kabinet Negeri yang ada. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak pernah campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri Sabah.

Sebaliknya kita bersyukur mempunyai seorang pemimpin yang sentiasa merasai denyut nadi rakyat dan amat prihatin terhadap keperluan rakyat di seluruh pelosok negeri Sabah, terutama di kawasan luar bandar. Ini dibuktikan menerusi peruntukan yang besar daripada Kerajaan Pusat kerana Sabah negeri kedua terbesar di Malaysia dan banyak permintaan telah diluluskan.

Malah, banyak permintaan lain yang turut diterima oleh Kerajaan Pusat. Antaranya saya mahu melihat ramai anak tempatan memegang jawatan pengarah negeri dan itu juga sudah tercapai.

Sekarang, kita lihat jawatan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Pengarah Kastam, Pengarah Imigresen dan Pengarah Pelajaran Negeri telah diketuai oleh pegawai-pegawai tempatan Sabah. Itu antara bukti Kerajaan Persekutuan mengiktiraf kebolehan orang Sabah dan menghormati pentadbiran kerajaan negeri. Jelas dakwaan itu adalah fitnah jahat semata-mata yang cuba menafikan kejayaan dan pencapaian Sabah sekarang.

MINGGUAN : Mereka turut memainkan isu kebanjiran melampau pendatang asing tanpa izin di Sabah dalam beberapa tahun ini dan mungkin ada yang boleh dikongsikan kerajaan negeri dalam isu tersebut?

MUSA: Kemajuan dan kemakmuran ekonomi hasil usaha kerajaan negeri selama ini telah menarik minat warga asing mahu bekerja di Sabah. Kita sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut. Dan saya akui bukan mudah menyelesaikannya dalam tempoh yang singkat.

Kita sudah mempunyai jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga jawatankuasa negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut secara bersama. Banyak program yang dijalankan termasuk penguatkuasaan melalui pelbagai agensi iaitu polis, tentera dan imigresen bagi menghantar pulang mereka ke negara masing-masing.

Di Sabah yang paling ramai adalah warga Indonesia dan Filipina. Bagi warga Indonesia, kita tidak ada masalah untuk menghantar pulang kerana mereka mempunyai konsulat di Sabah.

Malangnya, masalah melibatkan warga Filipina agak sukar diuruskan kerana negara itu tidak mempunyai konsulat di sini. Jika pembangkang mengatakan kita tidak berbuat apa-apa, ia adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana kita sedaya upaya telah berusaha menyelesaikan masalah ini yang sudah pasti akan mengambil masa.


 

MINGGUAN : Bagaimana pula Datuk Seri melihat janji pembangkang mahu memberikan royalti minyak 20 peratus kepada kerajaan negeri jika mereka menang PRU13?

MUSA: Itu janji yang tidak logik. Sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur. Kita sedar sejak Sabah bersama-sama membentuk Malaysia, Kerajaan Pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membangun pelbagai infrastruktur termasuk sekolah, hospital, jalan raya dan sebagainya. Itu belum lagi dicampur dengan kos pertahanan dan keselamatan negeri yang memakan belanja besar. Kita perlu mengambil kira banyak pengagihan lain yang diberikan oleh Kerajaan Pusat melalui pelbagai kaedah. Kita perlu lihat dari skop yang lebih luas.

MINGGUAN : Apakah BN telah bersedia di semua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bagi menghadapi PRU13?

MUSA: BN Sabah telah lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum nanti daripada semua aspek. Saya telah bertemu semua jentera di setiap bahagian dan gembira dengan tahap kesiapsiagaan mereka bagi menghadapi pilihan raya. Saya juga sentiasa berpesan kepada pemimpin-pemimpin BN agar terus turun padang bagi mengetahui segala masalah yang dihadapi.

Seterusnya cuba untuk membantu menyelesaikannya. Jika ini berterusan, rakyat akan menghargai dan terus memilih BN sebagai tempat mengadu nasib. Dengan rekod baik BN selama ini, ia tentu sekali akan dinilai sendiri oleh rakyat. Dalam bulan penuh keberkatan iaitu Ramadan ini juga, saya bersama-sama exco dan pimpinan parti turun padang untuk majlis berbuka puasa di enam zon UMNO di seluruh negeri bagi mendekati rakyat. Inilah tradisi kita, yang bukan sahaja dihadiri umat Islam, bahkan juga pemimpin parti-parti komponen dan rakyat pelbagai kaum dan agama.

MINGGUAN : Sabah menerima pelaburan berjumlah RM10.2 bilion pada suku pertama tahun ini dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat. Apakah usaha kerajaan BN bagi memastikan ekonomi Sabah terus mantap untuk dinikmati rakyat?

MUSA: Ini satu petanda yang menunjukkan mereka (pelabur) berani melabur di Sabah kerana politiknya stabil. Pelabur tertarik kerana negara ini aman dan selamat tanpa kekacauan jika dibandingkan sesetengah negara yang porak-peranda. Ini sudah tentu akan turut memberi nikmat kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. Contohnya perniagaan udang kara yang dijalankan di Semporna yang berjumlah berbilion ringgit turut memberikan peluang kerja kepada penduduk tempatan termasuk nelayan dan juga pengusaha di situ. Begitu juga industri pelancongan yang semakin berkembang di Sabah.

Jumlah kehadiran pelancong asing seperti dari Korea Selatan, Eropah serta Amerika Syarikat yang semakin meningkat turut menjana ekonomi negeri ke tahap lebih tinggi. Pelbagai tempat menarik di negeri ini seperti Pulau Sipadan dan Gunung Kinabalu adalah anugerah Tuhan.

Ini menjadikan Sabah pilihan ramai pelancong. Sebab itu rakyat perlu sedar semua kejayaan itu adalah hasil komitmen dan kesungguhan pemimpin BN dalam memacu pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Sebab itu pentingnya mengekalkan kestabilan politik dan juga keamanan di Sabah agar menarik lebih ramai pelabur untuk melabur. Jika sentiasa ada demonstrasi dan suasana tidak aman, mana mungkin ada pelabur yang akan berani untuk melabur. Saya percaya rakyat Sabah bijak memilih.

MINGGUAN : Apa nasihat Datuk Seri kepada mereka yang terpilih menjadi calon BN dan tidak terpilih pula bagaimana?

MUSA: Kepada yang terpilih untuk menjadi calon, saya mahu mereka berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira masa kerana ia adalah satu tanggungjawab serta amanah yang diberikan. Jika sudah menang, jangan sibuk mahu menjadi Yang Berhormat sebaliknya perlu menjadi seorang Yang Berkhidmat supaya nasib rakyat dapat dibela. Rakyat telah memilih kita, justeru khidmat terbaik perlu diberikan kepada mereka sebagai tanda membalas budi. Bagi yang tidak terpilih pula, perlu ingat bahawa perjuangan parti perlu diletakkan melebihi kepentingan peribadi. Jangan cuba sabotaj parti kerana kekalahan parti adalah kekalahan bersama.

MINGGUAN : Apa mesej Datuk Seri kepada parti-parti pembangkang yang masih suka mengadu domba dalam kalangan rakyat Sabah serta rakyat Sabah keseluruhan?

MUSA: Itu memang cara pembangkang yang suka membuat hasutan dan tohmahan untuk meraih undi. Mereka terpaksa buat begitu. Tetapi terpulanglah kepada rakyat untuk menilai dan memilih. Saya berharap rakyat dapat membuat pilihan yang tepat dan menilai mana baik dan yang mana tidak. Rakyat, saya percaya sedar bahawa kerajaan BN adalah parti terbaik, kerajaan terbaik dan memiliki rekod yang baik. Apa yang penting kita tidak mudah leka dan akan terus bekerja untuk pilihan raya dan juga selepas pilihan raya.

Sumber : MINGGUAN MALAYSIA

18 comments:

  1. Rakyat buatlah penilaian dengan baik. undi dengan bijak PRU nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa Aman also urged to people not to be easily influenced by the opposition tactics to fish for votes. Hopefully they will make the best decision when voting.

      Delete
  2. Is the Philippines govt refuse to give their cooperation by not having a consulate here in Sabah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Philippine government still held hopes that they can get back Sabah as part of their states. Therefore they have always refused to form a consulate in Sabah, preferring to set up one in Sarawak or Semenanjung even though the most Filipino population is in Sabah.

      Delete
    2. rakyat Sabah takkan nak jg jadi sebahagian dari filipina.

      Delete
  3. Sabah is not part of Philippines!

    ReplyDelete
    Replies
    1. No, Sabah is not a part of Philippines and never will be. Don't worry.

      Delete
  4. Musa Aman is right, the party members should not backstab or sabotage the party. Good thing Lajim and Bumburing have left the party, at least some of the bad apples have been eliminated.

    ReplyDelete
  5. Musa Aman said Sabahans should not fall for the tactics of the opposition who tries to give the impression that Barisan Nasional is shaky and disunited due to the exit of Lajim and Bumburing.

    ReplyDelete
  6. BN takkan lemah walaupun ada MP tinggalkan BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN sebuah parti yang lama dalam politik pasti dapat mengatasi cabaran tu.

      Delete
  7. Semoga BN terus berjuang demi kepentingan rakyat

    ReplyDelete
  8. Barisan Nasional (BN) is a caring and responsible government that is committed to safeguarding the welfare of the people from all levels, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman. He said under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, various efforts have been taken, starting with the 1Malaysia People First, Performance Now concept, based on which various programmes were introduced to enable the government to serve the people better.

    ReplyDelete
  9. This included the Government Transformation Programme (GTP), Economic Transformation Programme (ETP), National Key Result Areas (NKEAs) and National Key Economic Areas (NKEAs), Political Transformation Programme (PTP), and now the National Transformation Policy (NTP).All these initiatives will be able to strengthen the government delivery system, consequently propel the economy forward and enhance our global competitiveness.

    ReplyDelete
  10. As such, all Malaysians in Sabah to continue supporting the government’s aspirations to further improve the economy towards ensuring prosperity for all.MSAM is an annual investment education exposition organized by Permodalan Nasional Berhad (PNB), and participated by major investment agencies and financial institutions.

    ReplyDelete


  11. Musa noted that Najib has also introduced 1Malaysia Clinic, 1Malaysia Store, Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) and Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).BN political achievement has been proven through the success of the GTP and ETP, as presented by the Prime Minister recently.

    ReplyDelete
  12. As a result, the governmen have managed to improve the socio-economy and the income of the people, widen access to high quality education, and improved basic amenities and infrastructure for the people in the rural areas.In conjunction with the MSAM being hosted at the Likas Sports Complex, Musa who is also State Finance Minister, urged the public to fully utilize the programme to gain knowledge and start their own investment.

    ReplyDelete
  13. He said the government wanted to create investment-literate society that would not be easily deceived into investing in unscrupulous loan and quick rich schemes that would only burden them.Musa said over 1.09 million people from Sabah have invested in Amanah Saham Nasional involving 12 billion units of shares, and the figure is expected to increase during the exhibition.



    ReplyDelete