PAPANTANDA.....Jawatankuasa
Penganjur bersama Francis (empat kanan), Timbalan Presiden merangkap Pengerusi
Penganjur Amde Sidik (lima kanan) dan Naib Presiden Jimmy Jawatan (enam kanan)
merakam gambar di hadapan papan tanda besar Perayaan Sabah Merdeka 49 Tahun di
Borneon Centre, Luyang, disini.
KOTA KINABALU : Parti Maju
Sabah (SAPP) telah memasang papan tanda memaklumkan orang ramai tentang majlis
perayaan memperingati hari kemerdekaan Sabah kali ke-49 pada 31 Ogos ini.
Papan tanda itu telah
dipasang diperkarangan ibu pejabat SAPP di Bornion Centre, Luyang di sini kelmarin.
Timbalan Pengerusi SAPP
Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) Moyog dan Setiausaha Penganjur, Francis
Mojikon berkata, acara itu akan diadakan di City Park di sini dan akan
dimulakan kira-kira jam 2 petang pada 31 Ogos ini.
“Pemasangan papan tanda itu
bertujuan untuk memberitahu rakyat negeri ini tentang tarikh sebenar Sabah
mencapai kemerdekaan.
“Sejarah jelas menyatakan
bahawa Sabah diberi kemerdekaan oleh British pada 31 Ogos 1963 manakala negara
Malaysia yang di anggotai Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura dibentuk pada 31
Ogos 1963.
“Fakta sejarah ini tidak
boleh dan tidak akan berubah tetapi nampaknya Kuala Lumpur cuba mengelirukan
rakyat Malaysia terutamanya Sabah tentang tarikh kemerdekaan.
“Perayaan hari kemerdekaan
yang diraikan selama ini termasuk pada tahun ini iaitu 55 tahun sebenarnya
adalah usia kemerdekaan Malaya yang diberi oleh British pada 31 Ogos 1957
manakala usia kemerdekaan Sabah sebenarnya 49 tahun,” katanya.
Beliau berkata, pemasangan
papan tanda itu akan dapat memberi maklumat para penduduk disekitar bandaraya
ini tentang usia sebenar kemerdekaan Sabah.
Katanya, majlis itu nanti
bakal menyedarkan rakyat Sabah tentang cubaan Kuala Lumpur memutarbelit fakta
sejarah tentang hari kemerdekaan.
Francis berkata, tema
perayaan hari kemerdekaan Sabah anjuran SAPP iaitu Sabah Merdeka 49 Tahun
adalah bertepatan dengan fakta sejarah dan usia sebenar kemerdekaan Sabah.
Beliau berkata, selama ini Kuala
Lumpur telah mengikis kekayaan Sabah serta tidak menghormati 20 Perkara yang
termaktub dalam Perjanjian Malaysia.
Katanya, tidak cukup dengan
itu Kuala Lumpur juga memutarbelit fakta sejarah terutamanya tarikh sebenar
kemerdekaan.
Apa pun kita masih menyambut kemerdekaan sama dengan kemerdekaan Negera kita. 31 ogos.
ReplyDeleteRakyat perlu didedahkan dengan Sejarah sebenar.
ReplyDelete“Perayaan hari kemerdekaan yang diraikan selama ini termasuk pada tahun ini iaitu 55 tahun sebenarnya adalah usia kemerdekaan Malaya yang diberi oleh British pada 31 Ogos 1957 manakala usia kemerdekaan Sabah sebenarnya 49 tahun,”
ReplyDeleteboleh pemimpin2 SAPP jawab, andaikata mereka berjaya merampas Puterajaya, mana satu tarikh kemerdekaan yang akan mereka gunakan?? 55 tahun atau 49 tahun untuk menggambarkan kemerdekaan Malaysia??
dalam isu ini, bagi saya pemimpin2 pembangkang la yang sedang mengelirukan rakyat berkenaan dengan tarikh kemerdekaan.. bolehkah Malaysia gunakan tarikh 49 tahun kemerdekaan sedangkan dalam Malaysia ada negeri yang mencapai kemerdekaan lebih awal dari Sabah??
ReplyDeletekebiasaannya, dalam situasi seperti ini, tarikh kemerdekaan yang lebih awal akan digunakan untuk sambutan hari merdeka, bukan yang paling last..
ReplyDeletenampaknya pembangkang semakin kekontangan isu sehingga sanggup mengelirukan rakyat berkenaan dengan tarikh kemerdekaan..
ReplyDeletejgnlah nak politikkan isu kemerdekaan.
ReplyDelete