Tuesday, 14 August 2012

TABIKA DERA MURID ISLAM SEMBAHYANG KRISTIAN




MANGSA DERA… Gara-gara tidak mahu sembahyang Kristian, Mohd Essy, 6 tahun menjadi mangsa dera oleh gurunya yang bertindak mengurungnya selama dua jam dalam bilik stor tanpa minum dan makan. Lidoh menunjukkan laporan polis yang dibuat setelah mendakwa anaknya didera berlatarkan gambar Guru Besar, Evianty yang enggan mempedulikan aduannya.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEORANG murid Sekolah TADIKA Anglican, Kg Kuala Sapi, tajaan Gereja Anglican, Mohd Essy Haidi Lidoh (Mykid 060313-12-1327) 6 tahun mendakwa telah didera (pukul, cubit, kurung) di dalam bilik selama dua jam tanpa diberi makan dan minuman.

Penderaan tersebut dilakukan oleh guru kelasnya yang dikenali Rozeaney Sanpin dan pembantunya Polina. Kes ini telah dilaporkan ke Balai Polis Beluran melalui No Report BELURAN/000806/12 sekitar jam 08.25 pagi 1 Ogos 2012 oleh bapa mangsa, Lidoh Bin Unang.

Menurut Lidoh, penderaan ini dilakukan kerana penjarahan agama terhadap beberapa murid-murid suku Dusun/Kadazan yang beragama Islam berlajar di Tabika berkenaan yang dimiliki oleh badan swasta iaitu Gereja Anglican.

Kata Lidoh lagi, majoriti penduduk di kampung Kuala Sapi Beluran adalah penganut agama Kristian dan hanya 20 peratus saja yang memeluk Islam.

"Memang wujud diskriminasi agama dan berlaku suasana tekan menekan terutama sekali terhadap suku Dusun/Kadazan yang memeluk Islam sejak 20 tahun yang lalu sehingga mereka terus terpinggir dan terhimpit dalam mengharungi kehidupan seharian," kata Lidoh yang kesal dengan kes penderaan anaknya.

Menurut Lidoh, beliau kesal kerana tidak ada pemantauan daripada badan agama terutama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) berhubung tindakan gereja memaksa murid-murid Islam mengikuti ritual sembahyang agama Kristian.

“Malangnya jika kanak-kanak Tabika ini engkar, maka mereka akan didera," kata Lidoh yang mengakui JHEAINS tidak pernah mempedulikan aduannya walaupun telah dibuat secara rasmi dan dalam masa yang sama tidak menyediakan rumah ibadat untuk kanak-kanak Islam.

Akibat daripada trauma dengan kejadian berkenaan, Lidoh memberitahu anaknya tidak lagi berani ke sekolah kerana bimbang didera oleh gurunya.

Dalam pada itu, Lidoh turut memaklumkan telah memaklumkan kes penderaan anaknya kepada Guru Besar Tabika dan Adun Labuk, namun tidak ada sebarang tindakan diambil setakat ini menyebabkan beliau terpaksa menghubungi Sabahkini.net.

4 comments:

  1. Ini cerita sebelah pihak saja..,mungkin betul,mungkin diperbesar-besarkan..pengarang tidak profesional...sepatutnya siasat dulu cerita ini dengan teliti, dapatkan keterangan kedua-dua belah pihak dan jika ada kebenarannya buat laporan polis. ini isu agama, isu sensitif, bukan main-main. pengarang sepatutnya lebih bertanggungjawab.Artikel ini kalau tersiar di Indonesia atau Semenanjung, boleh berlaku pertumpahan darah. Nasib baiklah 99% pembaca di Sabah ini terdiri dari orang-orang begitu matang sekali. Apa sebenarnya yang Pengarang artikel ini cuba buktikan disini ialah mencetuskan satu sensasi. Kalau sebelum ini saya begitu menghormati Sabahkini...sekarang ini sebaliknya. Artikel ini dengan jelasnya mencerminkan kecenderungan Pengarang yang bukannya memperjuangkan sesuatu yang murni untuk Sabah tetapi juga amat seronok jika berjaya menimbulkan sesuatu yang kontraversi. Nasihat saya kepada Pengarang ialah " bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar". Bertanggungjawab dan matanglah sedikit. Jangan jatuhkan nilai diri sendiri. sekian.

    ReplyDelete
  2. Ini cerita sebelah pihak saja..,mungkin betul,mungkin diperbesar-besarkan..pengarang tidak profesional...sepatutnya siasat dulu cerita ini dengan teliti, dapatkan keterangan kedua-dua belah pihak dan jika ada kebenarannya buat laporan polis. ini isu agama, isu sensitif, bukan main-main. pengarang sepatutnya lebih bertanggungjawab.Artikel ini kalau tersiar di Indonesia atau Semenanjung, boleh berlaku pertumpahan darah. Nasib baiklah 99% pembaca di Sabah ini terdiri dari orang-orang begitu matang sekali. Apa sebenarnya yang Pengarang artikel ini cuba buktikan disini ialah mencetuskan satu sensasi. Kalau sebelum ini saya begitu menghormati Sabahkini...sekarang ini sebaliknya. Artikel ini dengan jelasnya mencerminkan kecenderungan Pengarang yang bukannya memperjuangkan sesuatu yang murni untuk Sabah tetapi juga amat seronok jika berjaya menimbulkan sesuatu yang kontraversi. Nasihat saya kepada Pengarang ialah " bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar". Bertanggungjawab dan matanglah sedikit. Jangan jatuhkan nilai diri sendiri. sekian.

    ReplyDelete
  3. Saya percaya...apabila kita nak menimbulkan seberang isu,hendaklah disiasat terlebih dahulu sebab isu seperti ini adalah sensitif.Apa salahnya kalau bersikap toleransi....supaya tidak ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh....

    ReplyDelete
  4. satu bangsa bah juga kamu tu, kalau agama menjadi punca perpecahan, gunakanlah suku bangsa sebagai perpaduan..

    ReplyDelete