Tuesday, 14 August 2012

GTP BELA NASIB NELAYAN




BERSAHUR….V.K Liew bersahur dengan penduduk-penduduk Sim-Sim Tengah.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

"SELAKU Ahli Parlimen P186 Sandakan dan Timbalan Menteri di Kerajaan Persekutuan saya terus membawa prinsip keadilan untuk semua  kaum di Sabah. Ini adalah untuk memastikan semua masyarakat di Sandakan terutamanya dan Sabah kesluruhannya terbela.

"Dalam hal ini tiada pihak yang terpinggir untuk menikmati pelbagai kemudahan asas  sebagaimana yang digariskan di bawah Konsep 1Malaysia dan semua suara kalian merupakan asas kepada saya untuk memaklumkan kepada kerajaan akan perubahan-perubahan sosio ekonomi dan peningkatan tarap hidup kita semua.

"Bagi memastikan negeri kita dapat terus menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara, saya selaku Ahli Parlimen Sandakan akan terus menyuarakan kehendak-kehendak rakyat kepada Kerajaan Persekutuan agar pengambilan kakitangan Perkhidmatan Kerajaan turut diberikan secara sama rata kepada kita semua yang layak di Sabah ini termasuklah  kakitangan dalam Perkhidmatan Polis,Guaman Guru dan lain-lain lagi jawatan penting.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Bantuan Rumah Nelayan (LKIM) seramai 46 orang  di Jambatan 4 Kampung Berhala Darat Sim-Sim Sandakan kelmarin.


 


SIMBOLIK… V.K Liew memotong riben sebagai simbolik merasmikan rumah nelayan LKIM.

Bagaimanapun tambah V.K Liew, kerjasama semua pihak adalah amat penting bagi menjulang Negeri di bawah Bayu ini ke satu tahap yang amat disegani di mana kita bakal dapat menyaksikan lebih banyak lagi peluang pekerjaan, pembangunan, pendidikan dan lain-lain lagi bagi kesenangan hidup kita dan anak-anak kita di masa hadapan.

"Saya sedar bahawa dalam menyumbangkan ke arah pembangunan negara kita masih lagi tidak mempunyai bekalan-bekalan yang cukup bagi memastikan segala curahan tenaga kami dapat dihargai sepenuhnya,” ujarnya.

Katanya, beliau pernah menerima memorandum berhubung permasalahan neayan di Sabah keseluruhannya, ini termasuklah keselamatan di laut yang tidak terjamin di mana tempoh bot-bot nelayan yang ditahan terlalu panjang.

“Dalam hal ini, saya akan berusaha dengan sepenuh hati dan gigih agar suara anda semua dapat didengar dan diberi perhatian penuh oleh Kerajaan.

"Saya ingin memaklumkan bahawa baru-baru ini iaitu pada bulan Jun yang lepas, Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah meluluskan sejumlah RM522,000 bagi Projek Membaik Pulih dan Membina Rumah Nelayan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan,” ujarnya.

Namun kata V.K.Liew beliau akan terus memohon peruntukan tambahan kerana ramai nelayan yang layak mendapat Tabung Khas Perumahan Nelayan masih terpinggir.

V.K Liew seterusnya menjelaskan bagi tahun 2012 ini di bawah Plan Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme) sebanyak 4 target utama telah dikenal pasti bagi meningkatkan tahap infrastruktur di Sabah demi memastikan rakyat Sabah dapat terus berjaya di Malaysia iaitu;

i) Menyiapkan jalan-jalan pedalaman (Rural Roads) yang merangkumi jarak 455 kilometer
ii) Menyediakan bekalan elektrik kepada 15,455 buah rumah
iii) Membina dan membaik pulih sebanyak 5,217 buah rumah bagi warga-warga miskin di pedalaman dan Menyediakan bekalan air bersih kepada kira-kira 68,093 rumah.

Terdahulu daripada itu, V.K Liew dan rombongan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan pejabat Perhubungan Parlimen Sandakan kira-kira jam 3.30 pagi telah menghadiri majlis bersahur dengan penduduk-penduduk kampung di kediaman Junaidie Duraman, Pengerusi UMNO Cawangan Kg Sim-Sim Tengah, Sandakan.


No comments:

Post a Comment