Saudara Pengarang,
SAYA ingin membuat aduan berhubung
harga tiket bas ekspress yang terlalu mahal terutama bagi destinasi
Semporna-Sandakan yang dinaikkan sehingga RM45 sedangkan sebelum ini hanya RM30
sahaja. Mengapa tiada pemantauan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD)
atau KPDNKK di bawah Akta Percatutan?
Saya juga merasa kesal
kerana sekalipun sudah hampir 49 tahun Sabah merdeka dan Shafie Apdal dilantik
sebagai Menteri Kabinet Persekutuan, namun masalah bekalan air di Semporna
semakin meruncing. Sekalipun beratus juta dicurah masuk ke Semporna bagi
menaiktaraf bekalan air, namun banyak kampung di Semporna masih kering kontang?
Saya juga ingin menarik
perhatian bahawa saya malu kerana Semporna sinonim dengan gelaran Pekan Sampah
kerana Majlis Daerah gagal menyediakan tong sampah yang mencukupi dan gagal
menguatkuasakan Undang-Undang Anti-Liter sehingga Semporna seolah-olah berada
di tempat pembuangan sampah?
Inikah hadiah bagi rakyat
Semporna di ambang sambutan Hari Kemerdekaan? Di mana semua wakil rakyat?
Salam Hormat,
EINZA GD
Tidak hairan perkara ini berlaku. Bila saja menjelang hari raya pasti harga tiket bus pun boleh naik. Tidak pasti kenapa kenaikan ini berlaku.
ReplyDeleteBiasalah macam tu, tidak hanya berlaku di Semporna.
DeleteMengenail masalah air, wakil rakyat Semporna perlu menangani masalah tu. Segerakan tindakan.
ReplyDeletekalau mau buat aduan pasal tiket bas ni, baik lampirkan sekali tiket bas yang kononnya rm45 tu..
ReplyDeletepasal bekalan air di semporna, itu bukan salah kerajaan.. sebaliknya salah wakil rakyat di daerah itu atau menteri KKLW..
ReplyDelete