SUMBANGAN.....Mohd.
Shafie Apdal (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Felcra kepada Pusat
Hafazan Al-Quran, Maahad Tahfiz al-Quran Kerdau pada Majlis Berbuka Puasa
Bersama Warga Felcra di Kampung Seri Ketumbit, Temerloh, Pahang, kelmarin.
Oleh : ALI MAHMOOD dan
SALEHUDIN MAT RASAD
TEMERLOH 31 Julai -
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terus komited meningkatkan
kemudahan infrastruktur di lebih 25,000 kampung di seluruh negara bagi memberi
kemudahan terbaik kepada penduduk.
Menterinya, Datuk Seri Mohd.
Shafie Apdal berkata, ini selaras dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) untuk pembangunan luar bandar yang membabitkan projek pembinaan
jalan, bekalan air bersih dan elektrik 24 jam.
"Mengenai projek
pembinaan jalan luar bandar pula, kerajaan berjaya membina jalan baru sejauh
2,515.61 kilometer berbanding sasaran asal 2,062.05 kilometer menjelang akhir
tahun ini.
"Pembinaan jalan itu
telah dapat memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta penduduk kampung di
seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas majlis Ihya Ramadan di
Masjid Omar Abdul Aziz, Kerdau, dekat sini semalam.
Katanya, bagi bekalan air
luar bandar, pihak kementerian berjaya menyempurnakan projek tersebut kepada
163,762 rumah.
"Daripada jumlah itu,
38,468 buah rumah adalah di Sabah, 25,375 di Sarawak manakala 99,919 di
Semenanjung yang dinikmati 818,810 penduduk.
"Bagi bekalan elektrik
luar bandar sebanyak 63,950 buah rumah telah menikmati kemudahan berkenaan yang
memberikan manfaat kepada 319,550 orang,'' jelasnya.
Menurut Mohd. Shafie, bagi
program skim Bantuan Rumah, sebanyak 40,337 buah perlu disiapkan sehingga akhir
tahun ini dan hampir 89 peratus telah boleh dimasuki peserta.
Katanya, pihak kementerian
akan terus berusaha memberi kemudahan terbaik kepada rakyat semua golongan di
mana-mana sahaja walaupun jauh di pedalaman.
No comments:
Post a Comment