Oleh : ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT: Berikutan
perletakan jawatan Datuk Seri Paglima Lajim Hj Ukin sebagai Ketua Umno Bahagian
Beaufort, Timbalannya Isnin Aliasnih (Kanan sekali) berjanji akan memastikan Umno bahgain itu
akan terus mantap dan kukuh.
“Saya bagi jaminan, Insya
Allah selagi nyawa dikandung badan, saya bersama dengan Datuk Kimjus (Duin)
Naib Ketua Bahagian (Umno Beaufort) dan tetamu kita YB Datuk Salleh Tun Said,
Speaker (Dewan Undangan Negeri) yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno
(Negeri Sabah), akan menjaga bahagian ini daripada dikucar-kacirkan.
“Saya berjanji akan
bekerjasama dengan rakan-rakan dari ahli jawatankuasa yang lain untuk menjaga
parti (Umno) ini daripada dihancurkan dan dimusnahkan, Insya Allah saya akan
jaga. Percayalah,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika berucap pada Majlis Bersungkai dan Solat Tarawih Bersama rakyat dan
Pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah di Perkarangan Rumah Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna sabah, Datuk Azizah Mohd Dun di Kg Limbawang
di sini.
Majlis tazkirah sebelum
berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan sunat Tarwih dilangsungkan
dilangsungkan di Masjid Kg Limbawang yang terletak kira-kira 300 meter dari
situ.
Hadir sama Setiausaha
Perhubungan Umno Negeri Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Lumadan, Kamarlin Ombi, Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort,
Isnin Aliasnih, Naib Ketua Umno Bahagaian Beaufort, Datuk Kimjus Duin dan Ketua
Pergerakan Puteri Umno Bahagian Beaufort, Saridah Mohd Dun
Sementara itu Presiden JATI
yang juga Adun Gombak Setia Selangor, Dato' Dr Hassan Mohamed Ali turut hadir
sebagai penceramah khas pada majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk itu.
Dalam pada itu, kira-kira tiga
kilometer dari situ, Lajim turut mengadakan majlis seumpamanya di Masjid Kg
Kebatu dan di kediamannya dengan tetamu kehormatnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Isnin yang juga Setiuasaha
Poolitik kepada Menteri Pembangunan Infrastrukur berkata tindakan Lajim keluar
dari dasar perjuangan parti tidak menjejaskan Umno Beaufort malah beliau
menyatakan keyakinannya bahawa Umno masih kuat di Beaufort.
“Bersama-sama kita di sini, saya
lihat ramai ketua cawangan, ramai ahli-ahli cawangan, percayalah kita lebih
hebat dari mereka yang ada di sana.
“Di sini yang hadir sejak
berbuka puasa adalah rata-rata orang Kg Limbawang, Kg Lajau, Kg Kukut, Kg
Kebatu dan sekitar Kota Klias dan Parlimen Beaufort. Tapi di sana yang kononnya
ada 5,000 orang, rata-ratanya menggunakan plate number kenderaan dari luar. Ini
bermakna yang ada di sini adalah orang kita, orang yang mengundi untuk Dun
Klias dan juga PArlimen Beaufort,” katanya sambil mengucapkan terima kasih
kepada yang hadir dan jawatankuasa penganjur.
“Terima kasih juga kepada
yang bekerja kerana program kita baru juga dirancang pada malam khamis. Di sana
perancangan sudah lama, dari bulan Januari lagi,” katanya.
Sementara itu Azizah yang juga
Adun Klias dan Ketua Pergerakan Umno bahgian Beaufort berkata tindakan Lajim
berpaling tadah dari perjuangan Umno itu sudah dijangka lebih awal dan beliau
dan pemimpin yang lain sudah bersedia menghadapinya.
“Itu keputusan yang sudah
dijangka. Sudah sekian lama kita menjangka bahawa beliau akan mengambil
tindakan sedemikian. Dan kami pun pada keseluruhannya bersiap sedia untuk
menghadapi apa yang beliau lakukan ini. Dan Insya Allah kami di sini akan
bekerja dalam satu pasukan bagi memastikan bahawa Umno-BN akan kekal dan tetap
kuat di Dun Klias dan juga Parlimen (Beaufort),” katanya kepada media selepas
majlis itu.
Bagus buat perlantikan baru untuk mengisi jawatan yang dilepaskan oleh Lajim. atau timbalannya ni memang automatik terus jadi ketua Umno Beaufort??
ReplyDeleteYang penting perjuangan akan diteruskan tanpa ketiadaan Lajim.
ReplyDeletemusa menyeru pemimpin BN sabah agar memfokuskan kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat..
ReplyDeletedari fikir pasal Lajim, baik fikir pada pembangunan Sabah dan rakyat.
Deleteisu lajim adalah isu terpencil yang tidak penting..nasihat musa aman ini harus diambil dan dipraktikkan...
ReplyDeletemoga UMNO Beaufort akan terus kukuh.
ReplyDeleteApa yang penting, penduduk di beaufort tidak di lupakan kan.. isu lajim tu hanya menganggu sahaja.
ReplyDeleteDon't be like Lajim.
ReplyDeleteUMNO/BN in Beaufort remains strong.
ReplyDelete