Oleh : KOH JUN LIN
TIMBALAN Menteri Pengajian
Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah memuji keputusan kerajaan menubuhkan
jawatankuasa khas untuk menyemak semula pengagihan bayaran hasil petroleum
kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Kelantan.
"Saya rasa ia satu idea
yang baik. Permintaan untuk sebahagian daripada hasil minyak merupakan tuntutan
sah daripada rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita hari ini.
Saifuddin berkata panel berkenaan perlu melihat terlebih dahulu persoalan
sama ada bayaran dibuat dalam bentuk royalti atau wang ehsan.
Menteri itu menyatakan
bahawa timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar telahpun
membuat ketetapan di dalam Dewan bahawa wang yang dibayar itu merupakan wang
ehsan manakala kerajaan Kelantan tetap menuntut bayaran royalti.
Katanya, perbezaan yang
wujud kini adalah istilah berhubung bayaran tersebut.
Sekiranya bayaran itu bukan
bayaran royalti tetapi tetap dituntut sedemikian, ia akan membangkitkan emosi
rakyat, katanya.
“Akhirnya, isu sebenar tidak
dapat dibincangkan dengan sebaiknya kerana kita terlalu sibuk berbahas mengenai
istilah," katanya.(MKINI)
;
ReplyDelete