Tuesday, 14 August 2012

UPKO YAKIN BN AKAN MENANG PRU-13





KOTA KINABALU : Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang, terutama pada pilihan raya negeri Sabah.

Katanya berdasarkan sokongan rakyat, Sabah kekal sebagai kubu kuat BN dan sejajar dengan itu, beliau menyeru mereka, terutama masyarakat Kadazandusun Murut (KDM), supaya terus bersama BN demi kebaikan mereka.

“Memang tidak diragukan bahawa BN kuat di Sabah, tapi tidak boleh dinafikan akan ada cabaran di kawasan bandar dan sub bandar.

“Tapi, saya yakin BN akhirnya akan menang pada pilihan raya akan datang,” katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Ramadan 1 Malaysia di Kompleks Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di Kepayan, dekat sini malam tadi.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Utama dan Komoditi, menyangkal dakwaan bekas Timbalan Presiden Upko, Datuk Wilfred Bumburing bahawa 40 peratus pemimpin UPKO meninggalkan parti itu untuk menyertai Pakatan.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa hanya Bumburing, seorang Naib Presiden UPKO, seorang pengerusi tetap dan segelintir pemimpin termasuk anggota dewan tertinggi, telah meninggalkan parti ini,” katanya sambil menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya oleh pembangkang yang menabur janji untuk memancing undi mereka.

Semalam, Naib Presiden UPKO Senator Datuk Maijol Mahap mengesahkan keputusan beliau meninggalkan BN pada satu majlis di kediamannya di Kampung Kokobuan, Kota Marudu.

Maijol adalah pemimpin BN ketiga yang meninggalkan parti gabungan itu sejak bulan lepas, selain Bumburing dan Anggota Parlimen Beaufort, yang juga bekas timbalan menteri persekutuan serta Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin.

Sementara itu, Dompok mengumumkan pemberian peruntukan RM10,000 kepada surau yang terletak di kawasan kompleks itu.

“Di Sabah, kami boleh merapatkan hubungan melalui majlis berbuka puasa anjuran wakil rakyat beragama Islam dan bukan Islam.

“Jelas sekali, kecenderungan politik dapat diketepikan manakala ciri-ciri kemanusiaan kami ditonjolkan dan dengan jelas menunjukkan setiap rakyat dilayan secara sama rata,” katanya. (Bernama)

35 comments:

  1. Baguslah kalau UPKO begitu yakin akan mampu menang pada PRU13 ini. Buat yang terbaik kepada rakyat jika sentiasa mendapat sokongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN akan menang selagi mereka membantu rakyat.

      Delete
    2. khabar angin UPKO keluar parti sebelum ni memang salah sama sekali.

      Delete
  2. Berita mengenai Datuk Bumburing keluar daripada BN itu tidak memberikan kesan kepada UPKO/BN rasanya. Kerana Bumburing sememangnya bukannya pilihan penduduk Tuaran dan kemungkinan digugurkan pada PRU13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serba sedikit akan mendatangkan kesan juga.

      Delete
  3. APS parti baru untuk Bumburing. Namun ada yang mengatakan yang mana Bumburing akan menyokong PR. Sabah untuk orang Sabah. Tapi PR bukannya orang Sabah tapi orang semenanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumburing patut sokong parti tempatan Sabah yang sepatutnya bukannya pembangkang dari SM.

      Delete
  4. RLLAN,

    Betul kata kamu itu. Kalau benar Datuk Lajim dan Bumburing mahu berjuang Sabah untuk orang Sabah tidak patut mereka menyertai PR. Kerana PR bukan asal dari Sabah tapi dari Malaya. Kalau mahu Sabah untuk orang Sabah cuba sokong SAPP dan STAR. Namun parti ini pun rasanya tidak setanding BN. Jadi kita lihat saja apa yang akan berlaku.

    ReplyDelete
  5. Apa pun jangan terpedaya dengan permainan yang direka oleh pembangkang. Ini sebenarnya ada strategi pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Apa pun Parti BN harus bersatu untuk memastikan kejayaan milik bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bercakap pasal strategi.. semua ini adalah rancangan Anwar.. masa PRU12 dulu pun dia guna strategi yang sama, malah tanpa segan silu mengumumkan kononnya 31 MP BN akan keluar meninggalkan parti..

      Delete
  6. Kedudukan BN masih teguh dengan sokongan berterusan daripada penyokong setianya. Pengunduran Lajim dan Bumburing langsung tidak menggugat kedudukan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan BN yang akan ditolak oleh rakyat, sebaliknya Lajim dengan Bumburing yang akan ditolak oleh rakyat Sabah..

      Delete
    2. tanpa mereka, BN akan tetap kukuh.

      Delete
  7. rakyat perlu juga pertikaikan dan persoalkan tindakan pemimpin2 UPKO yang keluar meninggalkan parti disaat2 akhir sebelum berlakunya pilihanraya umum.. mungkin juga sebab jawatan, dan mungkin juga sebab tidak dicalonkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga MP2 keluar BN sebelum PRU13. tidak menjejaskan persiapan PRU13.

      Delete
    2. Mereka yang keluarlah sebenarnya yang menyebabkan parti tidak begitu stabil dan mengalami masalah. bila mereka keluar, itu jadi suatu kelegaan buat anggota2 parti.

      Delete
  8. ketika SAPP keluar dari BN, tidak ada apa2 kesan pun terhadap BN Sabah.. jika sebuah parti keluar BN masih gagal menjejaskan kedudukan BN Sabah, inikan pula beberapa pemimpin UPKO.. lagilah tidak membawa kesan kepada BN Sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Tiada terjejas pun SAPP keluar dari BN. BN tetap menang juga.

      Delete
    2. bahkan BN sabah bertambah kukuh dengan keluarnya pemimpin yang dikategorikan sebagai parasit..

      Delete
    3. Apapun, kita tunggu dan lihat saja keputusan PRU nanti.

      Delete
  9. Keyakinan perlu ada untuk bertanding dalam PRU13.

    ReplyDelete
  10. BN akan menang...ini kerana selain dari sokongan kuat dari rakyat, undi pembangkang pasti akan pecah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah pasti kalau pembangkang masih belum dapat mencapai kesepakatan bersama.

      Delete
    2. Sama2 kita tengok nanti ramalan mana yang akan menjadi kenyataan.

      Delete
  11. biar PRU13 menentukan menang kalah sesebuah parti..

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. sebenarnya pembangkanglah yang sering over confident. berimpian tinggi menawan Putrajaya dan Anwar sebagai pengganti PM sekarang.

      Delete
  13. tidak semestinya rakyat akan berpihak

    ReplyDelete
  14. rakyat perlu memilih dengan bijak bila musim PRU nanti

    ReplyDelete
  15. tunggu dan lihat sahaja nanti

    ReplyDelete
  16. Kebarangkalian BN menang masih tinggi lagi.

    ReplyDelete
  17. BN pasti menang, tetapi jumlah kerusi yang diperolehi berkemungkinan tidak sebaik PRU12.

    ReplyDelete
  18. lets wait and see whether the majority still vote for Bn?

    ReplyDelete
  19. Persaingan BN dan pembangkang semakin giat, harap PRU yang bersih dan adil akan dijalankan.

    ReplyDelete
  20. Khabar angin ada 3 lagi akan keluar dari BN, betul ke?

    ReplyDelete