Tuesday, 14 August 2012

UTUSAN AKUI LAPORAN 'MEMIHAK ASPIRASI PARTI'




Oleh :  HAFIZ YATIM

KETUA PENGARANG Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak mengakui bahawa akhbar milik Umno itu tidak menyiarkan laporan seimbang tetapi memihak kepada aspirasi parti pemerintah.

Abdul Aziz, 48, berkata sebagai akhbar nasional, Utusan akan melaporkan mengenai isu nasional.

Bagaimanapun, dalam melaporkan mengenai pembangkang, beliau tidak menyifatkannya sebagai laporan seimbang, tetapi memihak kepada aspirasi parti.

Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya peguam, N Surendran dalam perbicaraan kes saman ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Surendran: Dalam memberi liputan isu politik, adakah anda setuju Utusan Malaysia tidak memberi liputan seimbang?

Abdul Aziz: Saya setuju, (laporan) memihak pada aspirasi pada parti pemerintah.

Terdahulu, Abdul Aziz mengakui bahawa Utusan sebahagian besarnya dimiliki Umno tetapi mendakwa parti itu tidak masuk campur dalam proses editorial.

Surendran bertanya sekiranya terdapat seorang wakil Umno dalam lembaga pengarah Utusanyang juga merupakan wakil perdana menteri.

Abdul Aziz mengakui dan berkata, individu dari Umno itu merupakan Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin.

No comments:

Post a Comment