Friday, 10 August 2012

USTAZAH MUDA PAS DITANGKAP KHALWAT?



 



NAFSU tidak mengenal status. Begitulah yang boleh disifatkan dengan berita penangkapan seorang ustazah kerana berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, JAIM menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.

Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah.

Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.

Soal siasat pegawai JAIM turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.


Sumber : PENGGEMPUR MUTIARA

No comments:

Post a Comment