KUALA
LUMPUR : Amalan mencari sewa, naungan dan kronisme terus untuk berkembang maju
di Malaysia seperti yang terbukti dalam keputusan kontroversi Putrajaya untuk
menganugerahkan kontrak RM1 bilion untuk pengembangan rel kepada konsortium
kejuruteraan George Kent yang telah dilaporkan memberikan kontrak luar 80
peratus daripada kerja-kerjanya, kata setiausaha agung DAP, Tony Pua.
Ahli
parlimen pembangkang itu berkata, beliau terkejut bagaimana perdana menteri
mahu melakukan reformasi dalam ekonomi dan pentadbirannya apabila projek besar
masih diberikan kepada kroni Barisan Nasional (BN).
“Kami
benar-benar terkejut bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak boleh terus bercakap
tentang ‘Model Ekonomi Baru’ dan ‘Transformasi Ekonomi’ apabila kroni Barisan
Nasional (BN) terus memenangi tender kerajaan yang lumayan melalui pencarian
sewa dan naungan, dan bukan kerana kecekapan, kualiti dan daya saing harga.
“Anugerah
itu menunjukkan bahawa kontraktor Ali Baba yang masih hidup kerana hubungan
politik mereka serta pakar navigasi dalam proses perolehan kerajaan terus
mendominasi di Malaysia,” kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Najib
telah mengumumkan polisi Model Ekonomi Baru (NEM) pada bulan Mac 2010 untuk
menggantikan polisi tua Dasar Ekonomi Baru (NEP) yang diperkenalkan oleh
ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein yang juga perdana menteri kedua.
Najib
membuat percubaan untuk mereformasikan sistem tender kerajaaan dengan membuka
ruang kepada bukan bumiputera dengan lebih telus di mana sebelum ini kontrak
kerajaan hanya diagihkan kepada yang rapat dengan pihak berkuasa.
Amalan
ini dikatakan sebagai budaya 'Ali Baba' oleh pengkritik dan parti pembangkang.
Penganugerahan
projek lumayan penambahan LRT Ampang itu kepada Konsortium George Kent minggu
lalu dikritik hebat kerana dikatakan mempunyai campurtangan politik dalam
urusan pemberian tender seperti yang didakwa oleh pengarah strategi PKR, Rafizi
Ramli.
Pua
merujuk kepada laporan terbaru oleh akhbar kewangan tempatan, The Edge Business
and Financial Weekly yang telah dikeluarkan hujung minggu lalu menekankan firma
kejuruteraan tempatan George Kent mengsubkontrakkan 80 peratus daripada
kerja-kerja untuk transit aliran ringan (LRT) projek pengembangan pada jalur
Ampang.
Akhbar
mingguan itu melaporkan, menurut sumber dalam industri yang tidak mahu dikenali
berkata, menganugerahkan kontrak luar lebih daripada 30 peratus daripada pakej
kerja khusus dipersoalkan kerana George Kent dipilih kerana mempunyai keupayaan
pengkhususan teknikal yang spesifik.
Kepakaran
George Kent, yang diperhatikan dalam pembuatan itu seperti bekalan
“instrumentasi kawalan telemetri, paip, injap dan kelengkapan, meter air
industri dan domestik, dandang”, serta “kaca gentian bertetulang poliester
(FRP) tangki panel untuk simpanan air secara pukal”.
“Tetapi
maklum balas daripada industri mengenai penganugerahan seperti itu yang
dilaporkan dalam isu terbaru The Edge adalah yang paling mencalarkan integriti
dan kredibiliti kementerian kewangan di mana jawatankuasa kewangan diketuai
oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri,” kata setiausaha publisiti DAP itu.
No comments:
Post a Comment